Monday 9 January 2017

Filem yang memberikan inspirasi terbaik dalam hidup

Hari ini tiba-tiba rindu pulak nak masuk panggung wayang. Rasanya kali terakhir tengok wayang bersama suami akhir tahun lepas, cerita ala-ala Harry Potter gitu. Lupa la pulak tajuknya. 

Kalau dulu memang saya suka sangat filem aksi dan adventure. Fast and Furius dan Transformer memang saya tengok kat panggung wayang sebab lebih seronok. Dulu la, masa bujang dan tak ada anak. Suami pun layan je, sebab dia pun suka tengok wayang jugak kalau filem aksi ni.



Tapi, yang paling memberikan kesan berbekas dihati saya adalah filem Sanctum arahan Aliester Grierson. Jangan kata saya memilih, cerita melayu pun saya tengok wayang juga macam filem Adnan Sempit dan filem-filem arahan Syamsul Yusof yang ditayangkan sebelum ada anak memang saya tengok di panggung wayang.

Sanctum merupakan filem 3D pertama yang saya tonton. Ia mengisahkan tentang sekumpulan ekspidisi peneroka gua yang cuba mencari laluan untuk keluar daripada gua itu melalui terowong dasar laut. Filem ini dah lama ditayangkan, rasanya pada awal tahun 2011 lagi. Terdapat beberapa adegan yang memberikan inspirasi untuk kita motivasikan diri sendiri.



Diawal cerita, Josh (pelajar yang sedang cuti semester dipaksa oleh ayahnya, ketua ekspidisi untuk turut serta di dalam ekspidisi tersebut), Victoria (teman wanita pelabur yang menaja kos ekspidisi) dan Carl Hurley (pelabur @ penaja ekspidisi) baru je tiba di 'base camp' di atas gua yang berlokasi di Esa'ala Cave di Papua New Guinea. Gua yang belum diteroka oleh sesiapa pun laluan keluar di dasar laut.



Josh dan Victoria turun ke dasar gua dengan cara biasa orang 'rock climbing' tu, yang kena pasang macam-macam alat dan tali kat badan. Tapi, Carl punyai cara yang lebih mudah dan lebih menyeronokkan. 

Carl turun ke dasar gua menggunakan payung terjun. Awesome!!! Dan Carl terlebih dahulu sampai ke bawah sedangkan Josh dan Victoria yang mula mendaki turun ke dasar gua.

Dari sudut ini kita dapat lihat bahawa Carl, seorang pelabur yang sentiasa menjadi peluang dan ruang untuk mencari kelainan di saat orang lain menjalankan rutin biasa. 

Mungkin, jika ekspidisi mereka berjaya, mereka boleh pelbagaikan tawaran pakej pelancongan yang menarik kepada pelancong yang sukakan sukan ekstrem. Dia boleh pelbagaikan pilihan dalam perniagaannya.



Sama juga seperti kita, kita perlu berfikir diluar kotak untuk mendapatkan hasil yang lebih baik lagi. Tidak salah rasanya mencuba pelbagai kaedah yang boleh membantu memudahkan kerja kita. Kita juga boleh pelbagaikan kemahiran yang kita ada.

Ok, bila mereka sampai di bawah, ayah Josh iaitu Frank seorang 'master diver' sedang bersiap sedia bersama 'team'nya untuk menyelam lagi bagi meneroka terowong dasar laut yang mereka belum pernah mereka terokai. 



Sudah beberapa minggu mereka di dalam gua itu, ahli kumpulannya mula lemah dan beransur tidak sihat. Apabila Frank menyelam bersama Judes, tanpa disangka hos tangki oksigen Judes telah bocor dan dia memaksa Frank untuk berkongsi oksigen dengannya. Pada mulanya Frank bersetuju, tetapi setelah beberapa kali berkongsi oksigen, Judes mula panik dan inginkan oksigen hanya untuk dirinya. 

Frank yang pada masa itu 'realize' Judes menyelam dalam keadaan tidak sihat. Memaksa dirinya merebut kembali topeng oksigen daripada Judes dan mengakibat Judes mati lemas. Josh yang menyaksikan adegan itu melalui skrin monitor merasakan amat marah kepada ayahnya kerana telah membunuh Judes.



Tanpa mereka sedar, taufan telah melanda di luar bahagian gua, pihak 'base camp' cuba hubungi kumpulan di dasar gua untuk memaklumkan hal itu namun gagal. Apabila air hujan mencurah dan mereka rasakan sedikit gegaran, barulah mereka cuba hubungi base camp dan base camp maklumkan tentang taufan berkenaan. Banyak cabaran yang terpaksa mereka hadapi untuk panjat naik semula ke atas dan gagal.

Ramai yang terkorban disebabkan air hujan yang masuk ke dalam gua deras macam air terjun. Salah seorang pekerja suruhan mereka telah cedera parah. Frank merasa sangat kasihan melihat rakannya itu dan mengambil keputusan untuk melemaskan dia di dalam air. Josh menyaksikannya dan merasa bertambah marah dengan tindakan ayahnya itu kerana membunuh tanpa mengetahui sebab sebenar perbuatan ayahnya.

Dengan peralatan yang tidak mencukupi bekala oksigen yang kurang, mereka terpaksa mencari laluan dasar laut untuk keluar dari gua tersebut sebelum ia dipenuhi air lumpur.



Dalam ekspidisi mencari jalan keluar, hanya Josh yang berjaya keluar setelah hampir lemas. Dia juga terpaksa berdepan dengan detik paling sukar di dalam hidupnya apabila terpaksa melemaskan ayah sendiri bagi menghentikan penderitaan ayahnya yang cedera parah setelah bergaduh dengan Carl yang kemudiannya telah mati semasa curi-curi  mencari jalan keluar sendirian ketika mereka sedang berehat.

Lampu kecil yang sentiasa tergantung di leher Josh menjadi penerang bagi dia ketika mencari jalan keluar di dasar laut. Lampu kecil itu adalah pemberian seseorang kepadanya. Terlalu banyak pengajaran di dalam filem ini, antaranya:

1. Kekuatan mental sangat penting selain kekuatan fizikal. Sebab apa??? Kekuatan mental yang menggerakkan kekuatan fizikal kita. Hati kena kuat, cekal dan tabah dalam menghadapi apa saja ujian dan dugaan dalam perniagaan dan juga hidup kita.



2. Selalu berfikir di luar kotak dan cabar diri untuk keluar daripada zon selesa untuk capai impian @ target kita. Jika kita selalu saja buat apa yang orang lain buat dan kita takut untuk keluar daripada zon selesa yang kita rasai sekarang, kita takkan dapat rasa berada di dalam zon yang lebih selesa di hari akan datang.



3. Sentiasa bersiap sedia dan mempunyai ilmu yang secukupnya sebelum melakukan sesuatu yang ekstrem yang mungkin akan merisikokan diri kita dan juga perniagaan kita. Ilmu ni, semakin kita cari dia semakin banyak dan semakin kita gali ilmu semakin banyak ilmu yang kita dapat. Nak buat apa pun kena ada ilmu, bukan setakat ilmu belajar kat sekolah aje ye.



4. Jangan tamak dan jangan sesekali pentingkan diri sendiri. Orang kata kalau berniaga ni mesti kena pentingkan diri baru untung. Kenyataan ini tidak salah dan juga tidak betul, kenapa?? Sebab kita perlu pentingkan diri untuk mengaut keuntungan dengan tidak merugikan diri kita sendiri. 

Contohnya ada customer minta COD herbal blend ke Pasir Puteh sedangkan kita tinggal di Rantau Panjang, kos minyak kereta untuk ulang alik COD pun dah RM20 kot. Tapi customer tak nak bayar kos minyak kereta, jadi, tidak salah kalau kita menolak supaya kita tidak mengalami kerugian. Jadi, kita juga jangan tamak sebab nak dapat untung yang sedikit tapi kita mengalami kerugian tanpa sedar yang banyak.



5. Sentiasa bersangka baik, berfikiran positif dan tawakal kepada Sang Pencipta. Walaupun kita hampir kecundang, bisnes semakin merudum, buntu untuk cari jalan keluar sentiasa ingalah bahawa Allah ada untuk membantu kita. Kembali sujud dan mintalah pertolongan kepadaNYA, insya Allah kita akan jumpa penyelesaian disetiap kebuntuan kita.



Sanctum Film <--- klik sini untuk tonton filem Sanctum di Youtube




No comments:

Post a Comment