Thursday 12 January 2017

7 jars system merupakan kaedah menabung yang bijak

Sekarang ini, kalau keluar rumah bawa duit RM50. Nanti sampai rumah balik kadang-kadang ada baki...kadang-kadang habuk pun tak ada dalam poket tu kan???hihihihihi...



Beginilah lumrah hidup kita sekarang ini, taraf hidup semakin tinggi. Kadang-kadang kita keluar dah bawa senarai barang-barang keperluan yang hendak dibeli, tetapi ada juga terbeli barang yang menjadi kehendak kita. Jadi, kita sering tewas dengan diri kita sendiri.

Macam mana kita nak disiplinkan diri kita supaya dapat menguruskan kewangan kita dengan lebih bijak dan sistematik? Baiklah, di sini saya ingin kongsikan tentang sistem 7 balang.



Sebenarnya idea sistem 7 balang atau '7 jars system' ini telah diadaptasikan daripada idea 'money jar system'. Jom kita tengok apakah 7 balang yang dimaksudkan itu???

Sistem 7 balang

1. NEC (necessity)
Tabung ini kita gunakan untuk simpan duit bagi perbelajaan harian dan bulanan kita. Contohnya duit tabung ini untuk membeli lauk pauk, bayar ansuran pinjaman kereta @ rumah, bayar bil-bil utiliti dan keperluan anak-anak.

2. EDU (education)
Balang ni memang khas untuk menyimpan duit untuk kos pembelajaran anak-anak bila mereka masuk universiti nanti. Kalau kita menabung untuk mereka sejak lahir lagi, i.allah anak kita tak perlukan PTPTN untuk sambung belajar nanti.



3. LTSS (long term saving for spending)
Ok..yang ni pulak untuk kita simpan dalam masa panjang untuk capai target kita untuk beli rumah, kereta, hartanah.

4. FFA (financial freedom)
Simpanan untuk hari tua kita nanti, macam duit kwsp jugak lah konsep dia. Simpan duit ini untuk kegunaan masa tua kita nanti, apabila sudah tidak berdaya untuk keluar mencari duit lagi.



5. PLAY (leisure)
Balang ini pula untuk menyimpan wang untuk kita melakukan apa saja kesukaan kita, contahnya kumpul duit untuk pergi umrah sekeluarga, melancong, atau melakukan hobi sukan lasak ke...

6. GIVE (charity)
Sedekah. Tabung ini untuk kita gunakan bagi tujuan sedekah kepada mereka yang lebih memerlukan. Allah kan dah pesan, dalam rezeki kita ada bahagian untuk orang lain...ingat tak??

Dah cukup 6 balang kan??? macam dalam gambar tu..tapi...balang yang ke-7 untuk apa @ siapa???




7. Parents (ibu bapa)
Ibu bapa dah berkorban untuk kita sejak kita lahir lagi. Mereka berkorban segalanya untuk kita, jadi adalah lebih manis jika duit gaji@bonus kita dapat itu kita kongsi dengan mereka kan?? Selain dapat menggembirakan hati mereka, kita juga mendapat lebih berkat dalam menjalani kehidupan kita dan juga pencarian rezeki kita. Jangan kedekut untuk bagi duit kepada ibu bapa kita.



Jom agihkan duit gaji @ bonus bisnes kita mengikut '7 jars system' ini. Tak payah beli tabung mahal-mahal baru nak mulakan. Guna je apa-apa bekas, sampul surat, angpow atau apa saja yang ada untuk simpan duit agihan kita. 

Peratus agihan wang kita boleh tetapkan sendiri bersesuaian dengan situasi kewangan kita sekarang ni. Tapi, bila sudah tetapkan berapa peratus untuk semua balang tu, kenalah disiplin untuk mengamalkannya pada setiap bulan ye...hihihihihi..




No comments:

Post a Comment