Sunday 10 May 2015

Kolagen Terbaik Untuk Kulit Membantu Meremajakan Wajah.


Pada usia yang semakin meningkat, ramai wanita kini mencari jalan penyelesaian yang paling mudah dan cepat berkesan untuk kecantikan wajah. Namun, adakah kita semua sedar bahawa produk yang mudah, murah dan berkesan dalam jangka masa yang singkat boleh memudaratkan kesihatan kita? Seharusnya kita selidik dahulu tentang produk yang bakal kita ambil.

Kenapa kita perlukan kolagen? Padahal dalam sistem tubuh badan kita sememangnya sudah ada kolagen semulajadi. Sebabnya, kolagen dalam badan kita akan semakin berkurang seiring peningkatan umur kita. Ini juga bermakna, antioksidan yang diperlukan oleh tubuh kita juga semakin berkurangan. Antara fungsi kolagen adalah membantu merawat luka pada kulit, ia meransang platlet darah supaya cepat membeku dan membentukan selapisan bagi melindungi luka.

Penghasilan kolagen akan berkurang 1.5% setiap tahun selepas usia 25 tahun. Namun, dalam masa lebih kurang 10 tahun kemudian kita akan mula merasai kesan kehilangan kolagen pada tubuh badan kita. Pada usia kita 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan separuh daripada kolagen yang telah sedia ada. Jadi, semakin meningkat usia kita, semakin kurang kolagen dalam tubuh kita.

Fungsi kolagen dalam badan kita.

1.       Memelihara keanjalan dan ketegangan kulit
2.       Memelihara kelembapan kulit
3.       Menyokong proses pembaikpulihan tisu daripada kecederaan otot dan tulang
4.       Menguatkan otot dan tulang
5.       Mengurangkan keradangan
6.       Memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf
7.       Membantu hati dalam proses detoksifikasi

Terdapat juga bahan-bahan semula jadi yang dapat membantu pembentukan kolagen dalam tubuh badan kita. Antaranya adalah bahan-bahan yang mengandungi vitamin C dan E. Vitamin C dan E merupakan bahan antioksidan yang membantu melindungi kulit kita daripada radikal bebas dan dan melawan oksida yang mengakibatkan penuaan. Vitamin C boleh didapati di dalam buah-buahan seperti lemon, kiwi, mangga dan juga betik. Sementara itu, vitamin E pula boleh didapati daripada buah aprikot dan juga kekacang.
Kolagen buatan manusia.

Dalam zaman yang serba moden dan canggih sekarang ini, terdapat pelbagai jenis produk kolagen dihasilkan oleh usahawan dan usahawanita kosmetik. Ada diantaranya menawarkan harga yang murah untuk melariskan produk kolagen yang diwar-warkan dapat mencantikkan wajah dalam masa yang amat singkat. Namun, sebagai pengguna yang bijak, kita perlu bijak menilai produk untuk tubuh badan kita. Tidak sewenang-wenangnya kita telan apa saja produk yang murah dan memberikan kesan yang sementara.

Sumber kolagen yang berlambak di pasaran
1.       Bovine (lembu)
2.       Babi (porcine original)
3.       Haiwan laut (ikan dan gamat)
4.       Tumbuhan (kacang soya, acai beri, stemcell apple)
5.       Yak
6.       Manusia (plasenta, janin yang digugurkan)

Oleh itu, pilihlah produk yang halalan toiyyiban, halal dan suci. Shaklee ada mengeluarkansatu produk kolagen yang bernama Collagen Powder yang dihasilkan daripada sumber yang bersih dan halal. Ia juga telah melalui beberapa proses kajian saintifik dan kawalan penghasilan yang amat ketat sebelum dipasarkan.

Kelebihan Collagen Powder Shaklee

1.       Mempunyai molekul yang sangat kecil dan ringan di mana ia memudahkan penyerapan oleh badan (1000dalton) dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

2.        Mengandungi 4000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) kolagen. Kolagen berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Ia terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. (selepas 8minggu penggunaan, keputusan menunjukkan kulit menjadi lebih baik secara menyeluruh).

3.       Mudah larut dalam minuman dan makanan kesukaan kita. Hanya ambil 1 sachet sehari seeloknya ketika perut kosong untuk kesan yang optimum. Atau boleh sahaja diambil pada bila-bila masa.

4.       Mengandungi Isoflavon, bahan antioksida semulajadi yang melindungi kulit daripada radikal bebas.

5.       Menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik yang berkemampuan tinggi dalam mengikat jumlah air yang besar.

6.       Sumber daripada ikan merah yang terdapat di laut dalam yang mana kurang terdedah kepada pencemaran berbanding kolagen yang boleh didapati di permukaan laut dan daratan.

7.       Memudahkan pembinaan semula sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen.

Kebaikan Collagen Powder Shaklee

1.       Antipenuaan – mengurangkan kedutan dan mengecilkan liang roma
2.       Melembap – ia dapat melembapkan kulit dan mengelakkan kulit menjadi kering
3.       Mencerah – dapat mengurangkan pigmentasu jeragat dan mencerahkan kulit
4.       Anjal – dapat mengembalikan keanjalan kulit wajah
5.       Tegang – dapat menegangkan payudara dan punggung

Tips rahsia: seeloknya collagen powder Shaklee diambil ketika perut kosong bersama-sama air iaitu sebelum tidur. Ini kerana, banyak proses baikpulih dan penggantian sel berlaku pada waktu malam semasa kita tidur, iaitu diantara jam 11 malam hingga 4 pagi keesokkan hari.

Tempah secara atas talian sekarang!!
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultansi percuma!!
FB: Idayu Irdina
SID No: 1133646
No.Telefon: 013-918 9500
FB page: Irdina’s Closet


Tonik Ajaib Berjaya Merawat Penyakit SLE



SLE (Systemic Lupus Erythematosus) merupakan penyakit kronik auto-imun yang mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan sangat banyak. Protein darah merupakan antibodi badan kita, yang mana ia akan memberikan tindak balas dengan sendirinya terhadap tisu seseorang. Punca penyakit ini masih belum diketahui.

Dikhabarkan bahawa lebih kurang 90% penghidap SLE adalah wanita yang berumur antara 15-50 tahun.  Lagi 10% adalah kaum adam dan juga kanak-kanak. Di Malaysia, dianggarkan lebih 10,000 orang telah disahkan penghidap penyakit SLE sejak 30tahun kebelakangan ini. Selain SLE,terdapat juga 1 lagi lupus iaitu DLE (Discoid Lupus Erythmatous) yang hanya melibatkan kulit dan jarang merebak ke organ lain. Berbeza halnya pula dengan SLE yang boleh merebak ke organ lain serta boleh mengakibatkan kematian.

Tanda-tanda yang berkaitan SLE:
  • 1.       Terdapat ruam pada kulit muka dan badan.
  • 2.       Mengalami ulser mulut.
  • 3.       Mengalami kulit sensitif pada cahaya matahari.
  • 4.       Keguguran rambut.
  • 5.       Mengalami sakit dan radang pada sendi.
  • 6.       Demam yang berlarutan.
  • 7.       Kerap rasa letih dan lesu.
  • 8.       Mengalami sakit pada bahagian dada apabila bernafas.
  • 9.       Radang pada saluran darah.

Kebiasaannya SLE sering menyerang buah pinggang pesakit sehingga mengakibatkan kegagalan fungsi buah pinggang. Selain itu, SLE berupaya mengakibatkan kematian disebabkan oleh kegagalan fungsi organ atau serangan SLE yang terlalu kuat yang dinamakan krisis lupus. Lebih parah lagi, antibodi itu sendiri bolehmemecahkansel-sel darah merah dan menyebabkan pesakit kurang darah merah.

Semakin hari,pesakit SLE menjadi semakin risau dan murung disebabkan oleh pemikiran negatif tentang penyakit yang dihidapi. Akan tetapi, dengan kecanggihan teknologi sekarang ini, satu ‘tonik ajaib’ telah dapat dihasilkan setelah berpuluh tahun kajian dijalankan. ‘Tonik ajaib’ ini mempunyai pelbagai khasiat dan salah satunya ia mampu untuk merawat dan mengawal penyakit SLE. Jangan tak tahu, pesakit kanser pun amalkan ‘tonik ajaib’ ini untuk mengawal sel-sel kanser dalam tubuh mereka.




Keistimewaan Vivix:
1.      Memperbaiki DNA
a.   Vivix mampu membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita.
b.   Melambatkan proses penuaan.
c.   Sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, contohnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

2.       Memperbaiki tenaga sel
a.  Sel tubuh kita cepat kehilangan tenaga disebabkan oleh pendedahan terhadap radikal bebas yang menurunkan fungsi sel.
b.   Vivix mampu membantu menguatkan kembali sel-sel tubuh kita.

3.       Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi
a.  Semakin bertambah umur, semakin banyak penyakit yang datang, ditambah pula dengan daya ingatan yang semakin lemah.
b.   Vivix dapat membantu mengembalikan keremajaan wajah, meningkatkan daya ingatan dan juga daya ketahanan tubuh badan kita.

Vivix merupakan minuman campuran botani yang merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol yang membuatkan Vivix sangat unik. Polifenol merupakan kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Vivix Shaklee merupakan supplement terbaik untuk merawat SLE. Ia dapat memelihara kesihatan kita secara total dan sangat bagus untuk memperbaiki kerosakan sel dan DNA. Masih belum terlambat untuk kita mencuba dan merasai sendiri kehebatan Vivix. SLE bukan satu penyakit yang boleh dibiarkan tanpa mendapatkan rawatan yang sebetulnya. Perkenalkan kehebatan Vivix kepada diri sendiri, ahli keluarga dan rakan taulan sekira mereka penghidap SLE ataupun DLE.

Di sini, saya kongsikan beberapa testimoni penghidap penyakit SLE yang telah sembuh setelah mengamalkan VIVIX Shaklee. Semoga dapat membantu meyakinkan kita tentang kehebatan Vivix. Bagi peluang kepada saya untuk membantu anda dan bagi peluang kepada diri anda sendiri untuk menikmati hidup yang lebih sihat.
Hubungi saya untuk khidmat nasihat tentang produk Shaklee

FB: Idayu Irdina
No.Tel: 013-918 9500 (whatsapp,telegram, viber, wechat)
FB page: Irdina’s Closet


Sunday 5 April 2015

Pengedar sah Shaklee di Pulau Langkawi


Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.

Saya Puan Idayu Irdina akan membantu mereka yang berada sekitar kawasan pulau lagenda yang popular dengan kisah Mahsuri, puteri Pandak Mayah yang jelita. Video di atas adalah perkongsian seorang ibu hamil yang kekal cergas melancong ketika usia kandungan 7bulan. 

Hubungi saya untuk khidmat nasihat percuma tentang produk Shaklee. Khidmat nasihat yang berterusan akan diberi kepada pelanggan saya sahaja.

Anda boleh hubungi saya di talian 01137547279 menggunakan whatsapp. Ataupun dengan cara like fanpage saya BabyIrdina's Closet. Juga boleh tinggalkan pesanan di facebook saya iaitu IdayuIrdina.

Sesungguhnya produk Shaklee telah banyak membantu saya dan keluarga menjaga kesihatan kami. Sejak daripada bangku sekolah lagi saya telah mengambil supplement Shaklee seperti vitamin c dan b complex. Sebagai remaja aktif, saya perlukan supplement untuk kekal cantik, aktif, terhindar daripada penyakit dan tidak stress. Semasa hamil, saya mengambil set kehamilan Shaklee. Alhamdulillah, saya diberikan tenaga yang kuat untuk melakukan aktiviti seharian dan dapat menjaga bayi saya ketika dalam pantang tanpa terlalu bergantung kepada pertolongan orang lain.




Insya Allah, dengan adanya produk Shaklee, kita dapat menjaga kesihatan dan kecantikan kita dan keluarga dengan secara semula jadi. Ini kerana produk Shaklee bebas daripada bahan-bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan.

Noor Idayu Mad Rosip
Id: 1133646
phone: 013-918 9500

Baby Irdina merupakan salah satu testimonial saya sendiri...Alhamdulillah syukur, saya selamat melahirkan seorang puteri yang sihat dengan kuasa Allah dan pengambilan berterusan produk Shaklee semasa hamil.


Friday 20 March 2015

Risiko Melancong Semasa Hamil dan Cara Mengatasinya

Ibu hamil cenderung mengalami emosi yang tidak stabil. Kadang-kadang rasa gembira yang tiada bersebab, kadang kala rasa kemarahan yang meluap-luap, kemurungan, semua perasaan ini bercampur aduk tanpa sebab yang munasabah. 

Oleh yang demikian, ada eloknya juga sang suami yang prihatin membawa si isteri pergi bercuti. Tidak kisah lah ke mana destinasi percutian itu, asalkan dapat mententeramkan hati dan minda pujaan hati yang sedang mengandung. Kebiasaannya, ibu atau bakal ibu lebih selesa memilih kawasan yang berpantai dan juga kawasan sejuk yang mempunyai banyak tumbuhan hijau. Ini mungkin kerana, apabila sejuk mata memandang, sejuk hati yang terasa maka lapang lah perasaan dan minda kita.



wanita ini telah melakukan beberapa perkara yang ohsem semasa mengandung...jom saksikan!!!

Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.


Risiko melancong semasa hamil ini boleh terjadi pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Antara risiko-risiko yang lazimnya dihadapi oleh ibu hamil semasa melancong adalah:

1. Tidak dibenarkan menaiki kapal terbang.
Bakal-bakal ibu perlu mengetahui terlebih dahulu syarat-syarat penerbangan yanh telah ditetapkan oleh sesebuah syarikat penerbangan.
antara syarat-syarat penerbangan yang telah ditetapkan oleh Air Asia adalah seperti berikut:

1-27 minggu kehamilan, penumpang dibenarkan menaiki pesawat tanpa surat akuan daripada doktor. tetapi, penumpang mesti menandatangani penyata liabiliti terhad.

28-34 minggu kehamilan, penumpang hendaklah mengemukakan surat akuan doktor yang mengesahkan bilangan minggu kehamilan dan bertarikh tidak melebihi 30 hari daripada hari sama ada penerbangan keluar atau masuk ke dalam negara.  Disarankan agar terdapat pernyataan daripada doktor bahawa penumpang dalam keadaan sihat untuk melakukan perjalanan. penumpang juga mesti menandatangani penyata liabiliti terhad.

35 minggu dan melebihinya, penumpang tidak dibenarkan menaiki kapal terbang.
perkara penting yang patut di bawa bersama adalah buku rekod kesihatan penumpang, surat akuan doktor dan ubat/vitamin yang diperlukan semasa melancong.




2. Risiko kaki bengkak.
Masalah utama ibu hamil adalah kaki akan bengkak sekiranya berdiri terlalu lama ataupun berjalan jauh.  secara saintifiknya dipanggil Deep Vein Thrombosis (DVT), yang mana darah mula membeku di bahagian kaki.  sekiranya ia terjadi, rawatan segera diperlukan oleh ibu hamil bagi mengelakkan kesulitan di masa akan datang.
selain itu, duduk terlalu lama juga akan menyebabkan kaki bengkak. biasanya berlaku semasa perjalanan jauh menaiki kereta ataupun bas dan juga kapal terbang. ini kerana, apabila perut kita semakin membesar, ia memberi tekanan kepada pengaliran darah daripada bahagian atas ke bawah.



3. Kesalahan memakai tali pinggang keledar
Walaupun sedang hamil, bakal ibu perlu mematuhi peraturan memakai tali pinggang keledar.  gambar di bawah menunjukkan cara yang betul memakai tali pinggang keledar.



4. Risiko divaksin semasa melancong
Kebanyakan pakar akan menasihatkan supaya ibu hamil dielakkan daripada divaksin. hal ini kerana, ubat yang digunakan untuk vaksin belum terbukti selamat untuk kandungan.


Pengambilan supplement yang betul dan secara konsisten dapat membantu ibu hamil untuk kekal cergas disamping dapat menjaga kandungan dengan lebih baik.

Apakah Kebaikan Set Mengandung Shaklee buat Ibu Hamil?

Setiap Ibu Mengandung pasti mahukan bayi dalam kandungannya mendapat khasiat yang terbaik untuk pembesaran yang sempurna dan pertumbuhan otak yang cemerlang. Set Mengandung Shaklee memenuhi kesemua keperluan Ibu Hamil dengan rangkaian set kehamilannya.

1) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)

Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral.
Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi. Juga dapat meningkatkan paras HB dalam darah.

2) Sustained Release Vita-C

Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik.
Membantu Penyerapan iron.


3) B-Complex

Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik.

4) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)

Antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu.

- Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.
- Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.
- ESP memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. 
- Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.

Set kehamilan dan semasa pantang 2in1


5) Ostematrix (Calcium & Magnesium)

Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium.
Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh.
Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.
Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.

6) OmegaGuard (EPA & DHA)

DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak.
DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.

Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.

Pakar mencadangkan supplement Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.

Pengambilan nutrisi yang lengkap dan berkhasiat sepanjang kehamilan adalah kunci utama kepada :

1- Perkembangan otak dan minda bayi yang sempurna
2- Perkembangan bayi yang sihat
3- Pencegahan baby dari mendapat jaundice.




013-918 9500
SID:1133646





Thursday 19 March 2015

Tips Hidup Bahagia dan Lebih Produktif

Dalam zaman yang serba memerlukan duit sekarang ini, banyak kita lihat berlakunya kes-kes penceraian, perebutan harta, hasad dengki dan banyak lagi perkara negatif telah berlaku. Kenapa kita perlu lalui hidup yang penuh dengan fikiran yang kacau-bilau sedangkan kita mampu untuk hidup lebih tenang dan bahagia.




Terdapat satu situasi di mana terdapat sebuah keluarga yang sangat sibuk mencari harta dunia. Ayah seorang ahli perniagaan tersohor, ibu pula seorang usahawanita berjaya. Namun, kehidupan mewah mereka tidak mampu untuk memberikan ketenangan dan kepuasan hati. Kenapa ini semua terjadi?Di manakah kegembiraan mereka?

Seandainya manusia diberikan lembah yang dipenuhi emas, nescaya mereka akan mencari lembah yang lain pula. Ini menunjukkan sikap tamak kita yang ada dalam diri kita. Seharusnya kita mendidik diri untuk jadi lebih baik dan produktif seperti wanita ini. Apakah rahsia tips kejayaan hidup dia.


Tip Menjadi Manusia Produktif & Tak Kesal Dengan Apa Yg Ada from iReach HD on Vimeo.

5 Tips mudah untuk bahagia dan produktif dalam hidup.

Menurut Monty Satiadarma iaitu seorang psikologist, kebahagian seseorang adalah kebolehan dia menerima sesuatu keadaan. Cara dia melihat dan menilai situasi itu samada dari sudut pandangan positif, menghayati makna pengalaman hidup, merelakan pengalamannya dan melakukan perubahan dalam hidup dan berupaya melepaskan dirinya daripada belenggu pengalaman yang emosional.



1- Buang perasaan takut dan khuatir

Positifkan fikiran kita supaya kita dapat menjadi insan yang lebih produktif. Perasaan takut dan khuatir adalah aura negatif yang menjadi penghalang untuk kita melakukan sesuatu yang di luar kotak pemikiran kita.

2- Buang perasan hasad dengki dan dendam

Perasaan iri hati atau hasad dengki dan juga suka berdendam adalah merupakan penyakit hati. Sejauh mungkin perlu dielakkan daripada perasaan ini menghuni di hati. Jangan sia-siakan tenaga kita untuk berdendam dan menyimpan rasa tidak puas hati melihat kejayaan orang lain. Seeloknya kita memikirkan cara untuk memajukan diri seperti mereka.

3- Catat 101 impian yang ingin dicapai

Semua orang mempunyai matlamat, azam, cita-cita dan impian yang ingin dicapai. Tulis 101 impian yang ingin dicapai di dalam buku nota kita. Baca setiap hari impian yang kita tulis, supaya menjadi pendorong untuk kita capai impian kita.




4- Rancang kehidupan

Rancang corak kehidupan kita agar selari dengan cita-cita kita untuk merealisasikan impian yang kita idamkan. Tanam semangat untuk terus berusaha sehingga mencapai impian kita.

5- Tingkatkan jati diri

Jadikan impian kita suatu kenyataan adalah pendorong untuk kita terus melakukan sesuatu hingga berjaya. Tanamkan disiplin dalam diri, kuatkan jati diri dan semangat untuk terus melakukan gerak untuk mencapai impian kita.

Setiap perkara yang kita lakukan di dunia ini tidak lepas daripada pandangan Yang Maha Esa. Sesungguhnya setiap rezeki yang diberikan kepada kita datang daripada-Nya. Bersyukurlah di atas kurniaan rezeki yang diberikan. Bersedekahlah sebahagian daripadanya kerana Allah pernah berfirman bahawa sebahagian rezeki yang kita peeolehi adalah milik orang lain. Bahagikanlah harta yang diperolehi supaya mendapat keberkatan daripada-Nya.




Sekiranya kita sentiasa stress dan buntu dalam menyusun percaturan hidup kita. Kita seharusnya mencari alternatif lain untuk meredakannya seperti mengambil supplemen untuk kesihatan otak dan tubuh badan kita.

B complex
Vitamin ni mengandungi kesemua jenis vitamin B yang diperlukan oleh badan kita. Ia juga dapat meredakan stress dan membantu menguatkan antibodi badan.





Hubungi saya untuk konsultansi percuma 

013-918 9500
SID: 1133646



Atasi Masalah Penat Bekerja Agar Si Manja Kekal Ceria

Melancong ke sana-sini mungkin perkara yang sangat mengujakan bagi mereka yang gemar melancong. Namun, jika terpaksa melancong disebabkan hal pekerjaan tentu ianya sangat memenatkan. Ini mungkin kerana kita terpaksa terkejar-kejar untuk melakukan sesuatu aktiviti yang menyebabkan badan dan otak kita penat.

Habis kerja terus balik rumah sebab hendak rehat. Buka je pintu rumah tengok keadaan rumah berselerak penuh dengan mainan anak-anak. Mula la  emak meroyan, bertempik macam tarzan suruh anak kemas balik mainannya bukan?

Wanita ini dahulunya sering penat dan mengalami masalah kesihatan setelah pulang daripada melakukan kerja luar ataupun melancong. Namun, setelah beberapa ketika, dia mampu mengatasi masalah tersebut sehingga kini. Apakah yang telah dilakukan olehnya??? Jom saksikan video ini.


Atasi Badan Letih Lesu Setiap Kali Travel. Say NO to Panadol or MC Lagi Dah! from iReach HD on Vimeo.

5 Cara mengatasi penat setelah habis waktu kerja.

Dikongsikan di sini  5 cara untuk mengatasi penat setelah seharian bekerja ataupun setelah pulang daripada melakukan kerja di luar kawasan.

1. Mandi air panas

Berendam di dalam tab mandi yang mengandungi air suam dicampur sedikit minyak aromaterapi pasti dapat melegakan rasa penat badan kita setelah seharian bekerja. Ataupun, boleh juga rendam kaki kita di dalam besen yang berisi air suam. Lega rasanya lenguh-lenguh kaki yang penat berjalan ke sana ke mari.

2. Jauhkan diri daripada kuasa medan magnetik

Hidup kita sekarang dikelilingi oleh gajet-gajet canggih yang tanpa kita sedar ianya memberi kesan buruk kepada kita.  Contohnya, balik kerja patutnya kita rehatkan otak, pancaindera, tenaga. Namun, kita sekarang ibarat tidak boleh berenggang dengan i phone, tab, ipad. Jadi, otak kita sentiasa bekerja untuk membalas komen di facebook, twitter, wechat dan sebagainya.



3. Minum teh hijau

Umum mengetahui bahawa teh hijau banyak khasiatnya. Minum teh hijau suam dapat melegakan perasan kita. Selain itu, ia juga dapat mengelakkan kerosakan jantung dan mencegah strok disebabkan oleh tekanan.

4. Amalkan zikir

Ada kisah yang menceritakan Fatimah Az zahra pernah meminta suaminya menggajikan orang untuk membantunya. Namun Rasulullah menegahkan dan menasihatinya supaya berzikir untuk hilangkan rasa penat.
   
    Subhanallah-33x
    Alhamdulillah-33x
    Allahuakbar-33x

5. Mengamalkan pengambilan pemakanan tambahan

Pemakanan tambahan ataupun supplement sudah menjadi satu keperluan bagi tubuh kita, bukan lagi kehendak. Kajian mengatakan, individu yang mengamalkan pengambilan supplement dengan konsisten dan berterusan dapat mengelakkan mendapat penyakit kronik (selain penyakit keturunan) dan awet muda.

Antara supplemen yang bagus dan banyak disarankan oleh pakar-pakar nutrisi adalah:

Energizing Soy Protein
ESP dapat membantu stimulatekan sistem badan kita supaya kekal cergas. Ia diperkaya dengan 9 jenis asid amino yang diperlukan oleh badan.

B complex
Ia dapat membantu menstabilkan metabolisme badan supaya kita bertenaga hasil daripada pertukaran kalori yang diambil ketika makan. Tambahan, B complex juga dapat membantu meredakan stress.

Vita Lea
Mengandungi pelbagai multivitamin yang diperlukan oleh badan. Antara khasiatnya ialah ia dapat membantu memberikan tenaga seharian, membantu melengkapkan nutrisi utama bagi mereka yang memilih makan dan dapat membantu melambatkan proses penuaan.

Vitamin C
Vitamin C dapat membantu mengurangkan kadar kolestrol dan tekanan darah. Disamping dapat membantu memperbaiki masalah insomia, stress dan mengelakkan daripada terkena selsema dan demam.

CoQ Health Plus
Vitamin ini dapat menyokong penghasilan tenaga daripada jantung, meningkatkan peredaran darah dan mengelakkan penyakit kardiovaskular termasuklah arteri tersumbat.


Jom sama-sama kita amalkan gaya hidup yang lebih sihat. Supaya sentiasa kekal bertenaga dan cergas, Barulah anak-anak pun sayang, ibu ayah balik kerja masih boleh lagi melayan mereka bermain. Sayangi keluarga anda, amalkan pengambilan supplemen yang semula jadi untuk kesihatan kita.

Anda boleh klik pada gambar di atas untuk tempah produk anda sekarang!!
Hubungi saya untuk mendapatkan khidmat konsultansi percuma,

013-918 9500
SID : 1133646




Wednesday 18 March 2015

Gastrik vs Gastrik Kronik!Bahaya dan Cara Mengatasinya.

Sedang sibuk bekerja, tiba-tiba rasa tidak selesa di dalam dada. Sakit di perut rasa bagai dicucuk-cucuk. Jeling tengok jam ditangan, 'Oh...dah jam 1 petang. Patut la rasa semacam je...dah rasa lapar. Pagi tadi tak sempat nak sarapan'. Pergi ke kafeteria untuk membeli makanan, baru je makan sikit perut dah rasa tak selesa. Teruskan juga habiskan makanan, tapi...muntah akhirnya sebab perut dah masuk angin, rasa berasid saja dalam perut ni. 'Kenapa?'. Itu merupakan salah satu simptom penghidap gastrik sebenarnya. 

Wanita ini telah mengalami penyakit gastrik yang kronik sehingga tidak mampu makan dan berdiri dengan betul. Tetapi, sekarang sudah mampu meneruskan pekerjaan walaupun lambat bersarapan atau lewat makan tengah hari.


Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.

Menurut keterangan Dr. Mohd Faisal Jabar ( Pakar perunding pembedahan laparoskopi), gastrik terbahagi kepada dua bahagian iaitu gastritis dan ulser perut ataupun peptik.


Perbezaan Antara Gastrik dan Gastrik Kronik

Gastritis merupakan keradangan mukosa yang melapik dinding perut. Secara semula jadinya, perut kita mengeluarkan asid hidroklorik yang berfungsi mencerna makanan. Asid hidroklorik sangat kuat dan bersifat menghakis. Sebab itu lah lapisan perut kita dilapisi dengan mukosa bagi mengelakkannya terhakis. Gastrik berlaku sekiranya tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik dengan kekuatan lapisan pertahanan. 


Sekiranya kita merasa sakit perut ketika lapar, itu bermakna asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut. Namun, seandainya kita merasa sakit perut selepas makan. Itu bermakna kita mungkin mengalami ulser. Ini kerana lapisan mukosa telah menjadi lemah dan tidak mampu melawan beban asid hidroklorik yang dirembeskan. Tambahan, ia mampu mengakibatkan berlakunya keradangan.

Antara tanda utama sakit gastrik adalah rasa sakit perut, senak, berangin, pedih, sendawa berulang kali, kerap kentut selepas makan, loya, muntah, hilang selera makan dan berat badan turun.

Pada tahap gastrik kronik, pesakit boleh mengalami ulser perut yang menyebabkan pendarahan. Pendarahan boleh dilihat dalam dua bentuk iaitu najis menjadi hitam seperti tar dan muntah mengandungi darah ataupun hitam seperti kopi.


Kebiasaannya, lelaki lebih berisiko menghidap penyakit ini dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda daripada wanita. 

Punca penyakit gastrik

Tambah Dr. Mohd Faisal lagi, cara pengambilan makanan yang tidak betul dan merokok adalah antara punca utama penyakit gastrik. Minuman keras, berkafein, berkarbonat, makanan pedas, berlemak dan kari antara stimulus untuk jus usus dirembes dengan banyak. Selain itu, individua yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh masa yang lama seperti ubat keradangan anti steroid (NSAID) termasuklah aspirin yang diambil oleh pesakit jantung untuk mencairkan darah. Ini semua merupakan faktor yang menyebabkan gastrik.

Cara merawat sakit gastrik

Kebanyakan pesakit gastrik ini tidak mendapatkan rawatan yang betul. Ramai yang salah anggap kerana tidak mengambil ubat tetapi menggantikannya dengan makanan. Walhal, mereka seharusnya mengambil ubat seperti yang disarankan oleh pakar.

Selain daripada pengambilan ubat-ubatan yang dibekalkan di hospital atau pun klinik. Pengambilan makanan tambahan juga bagus untuk elakkan gastrik daripada menyerang. Antaranya adalah pengambilan Energizing Soy Protein ( ESP ), B complex, Ostematrix dan Peppermint Ginger Plus.


Set melegakan gastrik Shaklee


Energizing Soy Protein (ESP)
- merupakan protein kacang soya yang bersifat alkali dan dapat meneutralkan asid.
- dapat memberikan rasa kenyang dan mengandungi zat asid amino yang perlu untuk
  membina dan membaiki semula sel-sel yang terhakis akibat rembesan asid hidroklorik.

B complex
- berfungsi untuk melancarkan aliran darah yang seterusnya memberikan kita rasa tenang
  dan tidak tertekan yang boleh menjadi punca sakit gastrik.
- membantu meringankan rasa sakit perut bagi mengelakkan kebergantungan kepada ubat.

Ostematrix
- alternatif bagi menggantikan susu bagi mereka yang tidak gemarkan susu.
- bersifat alkali dan membantu meneutralkan asid yang telah memasuki kawasan esofagus
  yang menyebabkan rasa pedih ulu hati.

Peppermint Ginger Plus
- membantu membuang angin yang berkumpul di dalam badan.
- membantu melegakan ketidakselesaan dalam perut.
- membantu pencernaan dan mengelakkan daripada ketidakhadaman.

Hubungi saya Puan Idayu Irdina untuk konsultansi percuma dan dapatkan produk anda sekarang dengan harga promosi. Anda juga boleh whatsapp/telegram/wechat/viber pada 013-918 9500



Hubungi pengedar sah Shaklee Kelantan
011-37547279
SID: 1133646

COD kawasan Rantau Panjang, Pasir Mas, Lati, Lubok Jong, Meranti, Salor, Kota, Pintu Geng, Tesco, KB Mall, Kota Bharu.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=367c9ae075bd4d63b91356f0206bebe5