Pada usia yang semakin meningkat,
ramai wanita kini mencari jalan penyelesaian yang paling mudah dan cepat
berkesan untuk kecantikan wajah. Namun, adakah kita semua sedar bahawa produk
yang mudah, murah dan berkesan dalam jangka masa yang singkat boleh
memudaratkan kesihatan kita? Seharusnya kita selidik dahulu tentang produk yang
bakal kita ambil.
Kenapa kita perlukan kolagen?
Padahal dalam sistem tubuh badan kita sememangnya sudah ada kolagen semulajadi.
Sebabnya, kolagen dalam badan kita akan semakin berkurang seiring peningkatan
umur kita. Ini juga bermakna, antioksidan yang diperlukan oleh tubuh kita juga
semakin berkurangan. Antara fungsi kolagen adalah membantu merawat luka pada
kulit, ia meransang platlet darah supaya cepat membeku dan membentukan
selapisan bagi melindungi luka.
Penghasilan kolagen akan
berkurang 1.5% setiap tahun selepas usia 25 tahun. Namun, dalam masa lebih
kurang 10 tahun kemudian kita akan mula merasai kesan kehilangan kolagen pada
tubuh badan kita. Pada usia kita 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan
separuh daripada kolagen yang telah sedia ada. Jadi, semakin meningkat usia
kita, semakin kurang kolagen dalam tubuh kita.
Fungsi kolagen dalam badan kita.
1. Memelihara
keanjalan dan ketegangan kulit
2. Memelihara
kelembapan kulit
3. Menyokong
proses pembaikpulihan tisu daripada kecederaan otot dan tulang
4. Menguatkan
otot dan tulang
5. Mengurangkan
keradangan
6. Memulihkan
penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf
7. Membantu
hati dalam proses detoksifikasi
Terdapat juga bahan-bahan semula
jadi yang dapat membantu pembentukan kolagen dalam tubuh badan kita. Antaranya
adalah bahan-bahan yang mengandungi vitamin C dan E. Vitamin C dan E merupakan
bahan antioksidan yang membantu melindungi kulit kita daripada radikal bebas
dan dan melawan oksida yang mengakibatkan penuaan. Vitamin C boleh didapati di
dalam buah-buahan seperti lemon, kiwi, mangga dan juga betik. Sementara itu,
vitamin E pula boleh didapati daripada buah aprikot dan juga kekacang.
Kolagen buatan manusia.
Dalam zaman yang serba moden dan
canggih sekarang ini, terdapat pelbagai jenis produk kolagen dihasilkan oleh usahawan
dan usahawanita kosmetik. Ada diantaranya menawarkan harga yang murah untuk
melariskan produk kolagen yang diwar-warkan dapat mencantikkan wajah dalam masa
yang amat singkat. Namun, sebagai pengguna yang bijak, kita perlu bijak menilai
produk untuk tubuh badan kita. Tidak sewenang-wenangnya kita telan apa saja
produk yang murah dan memberikan kesan yang sementara.
Sumber kolagen yang berlambak di
pasaran
1. Bovine
(lembu)
2. Babi
(porcine original)
3. Haiwan
laut (ikan dan gamat)
4. Tumbuhan
(kacang soya, acai beri, stemcell apple)
5. Yak
6. Manusia
(plasenta, janin yang digugurkan)
Oleh itu, pilihlah produk yang
halalan toiyyiban, halal dan suci. Shaklee ada mengeluarkansatu produk kolagen
yang bernama Collagen Powder yang dihasilkan daripada sumber yang bersih dan
halal. Ia juga telah melalui beberapa proses kajian saintifik dan kawalan
penghasilan yang amat ketat sebelum dipasarkan.
Kelebihan Collagen Powder Shaklee
1. Mempunyai
molekul yang sangat kecil dan ringan di mana ia memudahkan penyerapan oleh
badan (1000dalton) dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan
dermis dengan berkesan.
2. Mengandungi 4000mg proprietari RSS (Red
Snapper Scale) kolagen. Kolagen berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak
daripada sisik ikan merah. Ia terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah
dan menghilangkan kedutan. (selepas 8minggu penggunaan, keputusan menunjukkan
kulit menjadi lebih baik secara menyeluruh).
3. Mudah
larut dalam minuman dan makanan kesukaan kita. Hanya ambil 1 sachet sehari
seeloknya ketika perut kosong untuk kesan yang optimum. Atau boleh sahaja
diambil pada bila-bila masa.
4. Mengandungi
Isoflavon, bahan antioksida semulajadi yang melindungi kulit daripada radikal
bebas.
5. Menyokong
pembentukan kolagen dan asid hialuronik yang berkemampuan tinggi dalam mengikat
jumlah air yang besar.
6. Sumber
daripada ikan merah yang terdapat di laut dalam yang mana kurang terdedah
kepada pencemaran berbanding kolagen yang boleh didapati di permukaan laut dan
daratan.
7. Memudahkan
pembinaan semula sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen.
Kebaikan Collagen Powder Shaklee
1. Antipenuaan
– mengurangkan kedutan dan mengecilkan liang roma
2. Melembap
– ia dapat melembapkan kulit dan mengelakkan kulit menjadi kering
3. Mencerah
– dapat mengurangkan pigmentasu jeragat dan mencerahkan kulit
4. Anjal
– dapat mengembalikan keanjalan kulit wajah
5. Tegang
– dapat menegangkan payudara dan punggung
Tips rahsia: seeloknya collagen
powder Shaklee diambil ketika perut kosong bersama-sama air iaitu sebelum
tidur. Ini kerana, banyak proses baikpulih dan penggantian sel berlaku pada
waktu malam semasa kita tidur, iaitu diantara jam 11 malam hingga 4 pagi
keesokkan hari.
Tempah secara atas talian
sekarang!!
Hubungi saya untuk mendapatkan
konsultansi percuma!!
FB: Idayu Irdina
SID No: 1133646
No.Telefon: 013-918 9500
FB page: Irdina’s Closet
No comments:
Post a Comment