Thursday 4 December 2014

KEBAIKAN VITAMIN E COMPLEX SHAKLEE

Assalamualaikum....
Bulan Disember merupakan bulan penutup setiap tahun. Cuti sekolah sudah bermula.. Undangan perkawinan sana sini. Maklum la, bermulanya cuti sekolah bermakna bermula lah kenduri-kendara. Bagi penganut kristian, tidak lama lagi akan menyambut perayaan Hari Natal.
Semestinya nak pakai cantik2. Tapi, sebelum cantik berpakaian, kena la cantikkan wajah dulu. Wajah cantik dengan mekap adalah tidak original. Kalau kulit yang bermasalah memakai mekap, ia akan menyebabkan kulit semakin bermasalah. Seeloknya kita cuba cantik dari dalam dan secara semulajadi.
Produk Shaklee memang sudah terkenal dengan keberkesanannya. Bukan saja di Malaysia penggunaannya, malahan di beberapa buah negara seluruh dunia yang mana rakyatnya merupakan pengguna produk-produk shaklee yang tegar. Bulan Disember 2014,  Shaklee membuat kejutan untuk mempromosikan SR VITAMIN C & VITAMIN E COMPLEX.....
Dalam entri yang lepa, saya banyak cerita pasal vitamin C... sekarang nak cerita pasal kebaikan dan kelebihan mengamalkan vitamin E pulak...vitamin E merupakan vitami larut lemak, dimana ia disimpan di dalam hati, tisu lemak, jantung, testis, uterus, darah, kelenjar adrenari dan kelenjar putuitari. Vitamin E tidak boleh diambil serentak dengan alfafa kerana alfafa akan mengganggu penyerap vitamin E dalam tubuh kita.
Siapa yang perlukan vitamin E??
-mereka yang inginkan kulit cantik.
-yang mempunyai masalah jerawat, jeragat, kulit kusam, tona tak sekata, strechmark dan parut.
-Anemia
-mempunyai masalah saraf & otot.
-penghidap darah tinggi
-masalah rambut gugur.
-Atlet (mengelakkan kekejangan otot).
-penyakit diabetis
-Lelaki
-wanita
-warga tua
-remaja
Apa akan berlaku sekiranya kita kekurangan vitamin E? ??
-sel darah merah terbelah.
-perubahan degenerative pada saraf dan otot
-kelemahan & kesulitan semasa berjalan
- gangguan penglihatan
-memiliki tona kulit tidak sekata
-mudah mengalami keradangan
-rambut gugur
-Anemia
Kebaikan vitamin E
-melindungi kesihatan jantung
-memperbaiki sistem reproduktif
-mempunyai sifat anti-oksidan yang kuat
-bertindak sebagai agen anti-penuaan
-meningkatkan keanjalan salur darah
-memperbaiki parut
Kelebihan Vitamin E shaklee....
-menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan sel-sel penuaan yang disebabkan oleh radikal bebas
-melindungi paru-paru daripada pencemaran
-meningkatkan kuasa sel T untuk melawan penyakit
-antioksidan
-membekalkan oksigen ke sel-sel badan
-mengurangkan risiko alzhiemer (nyanyuk)
-mengurangkan risiko keguguran bagi wanita
-membantu menyelesaikan masalah kelesuan
-mengurangkan risiko parut
-merendahkan kadar kolestrol
-membantu mencegah kanser
-mengurangkan risiko katarak
Bulan ni Shaklee buat 2 promosi iaitu SR VITAMIN C & VITAMIN E COMPLEX...
Beli 6 percuma 1
Beli 2 diskaun 5%
Beli dengan saya bulan ni percuma postage ke semenanjung Malaysia...hihihi...
COD kawasan Rantau Panjang, Pasir Mas, Kota Bharu, Pengkalan Chepa.
Whatsapp / telegram : 013-918 9500

SID - 1133646

Tuesday 2 December 2014

CARA CANTIK SECARA SIHAT.... COD RANTAU PANJANG, PASIR MAS DAN KOTA BHARU

Assalamualaikum...


Alhamdulillah...Syukur bulan Disember ni penutup tahun 2014
Shaklee buat kejutan buat peminat 
Sustained Released Vitamin C dan Vitamin E Complex
Promosi Kombo SR Vit C & Vit E cik kak oii!!!
siapa-siapa yang nak cantik tu memang elok la beli sekarang ni

beli 6 dapat free 1 botol
beli 2 dapat less 5%

1 botol Vitamin C ada 180 biji = 1biji setiap pagi selama 6 bulan (JIMAT!!!)
1 botol Vitamin E ada 120 biji = 1biji setiap pagi selama 4 bulan ( OMG!!!)

nak beli 1 pun boleh...saya kumpul order cukupkan 7 botol
jadi cik kak semua dapat jimat lagi la..
nak lagi jimat jom join ahli shaklee...hihihihi...

Testimonial diri sendiri:
Saya mengamalkan pengambilan 1biji SR Vitamin C setiap pagi semasa mengandung.
Saya memang mengamalkan set kehamilan Shaklee semasa mengandung.
Mengalami alahan yang teruk..hampir 3bulan tak boleh buat kerja.
Dulu kulit muka saya berminyak + jerawat + jeragat + parut jerawat yang sangat ketara
Sekarang umur anak saya dah 5bulan.
Berat badan dah turun ( alfafa + lecithin)... jerawat dah malu-malu nak timbul
kulit muka dah tak berminyak..tak perlu pakai bedak kalau nak keluar gi mana2..
kulit muka semakin putih & berseri..
Sekarang saya ambil Vitamin C setiap pagi untuk kekal jelita...hihihi
Alfafa+Lecithin untuk langsing macam dulu dan sebagai milk booster
Zinc untuk elakkan keguguran rambut
Ostematrix untuk lawaskan sistem pencernaan dan bekalkan kalsium dalam badan

apa-apa hal pun..kita study dulu pasal vit C & vit E Shaklee ni ye..






Sebab-sebab perlunya Vitamin C dalam kehidupan seharian kita:
  1. Tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendiri.
  2. Tubuh kita akan kehilangan vitamin C  semasa melakukan aktiviti harian.
  3. Vitamin C dalam badan akan menyusut apabila kita berada dalam keadaan tertekan (stress).
  4. Bagi perokok, kandungan vitamin C dalam mereka sangat terjejas kerana 1 batang rokok mampu memusnahkan 50-100mg vitamin C dalam badan.
  5. Pil perancang dan ubat tahan sakit juga mengurangkan kandungan vitamin C dalam badan.
Pengambilan vitamin C Shaklee secara berterusan mampu meberikan kesan positif kepada badan kita, terutamanya dari segi kecantikan. Ini kerana ianya:
  1. Membentuk kolagen dalam kulit – vitamin C Shaklee ini akan merangsang pembentukan kolagen dan menyebabkan kulit menjadi tegang.
  2. Mencerahkan kulit.
  3. Melambatkan proses penuaan.
  4. Menghalang pembetukan pigmen yang menyebabkan masalah jeragat.
Selain dari sudut kecantikan. vitamin C Shaklee jgua bagus untuk:
  1. Meningkatkan sistem imunisasi badan.
  2. Membantu mengurangkan masalah alergi dan resdung.
  3. Mengatasi masalah gusi berdarah.




Friday 28 November 2014

CARA UNTUK MENGEMPISKAN PERUT

Assalamualaikum...

hihihi...belanja gambar ni dulu sekeping


Bila sudah habis pantang ini, nafsu makan macam gorila...kihkihkih... pantang tengok makanan yang sedap di mata aje...terus rasa nak ngap...nasib baik boleh tahan lagi godaan bila tengok minuman berais....sejuk je tekak ni rasa..hihihi...belum minum lagi tu....asal nak minum je tengok bawah... sabar...sabar...anak dah umur 5bulan...lagi 7 bulan lagi kena sabar....perut buncit tak turun lagi.... mau nangis..kalau ada yang tegur... "eh...dah brapa bulan ni pregnant?"...memang nagis kat situ gak aaa....

patut makan yang macam ni baru sihat...hihihi...

tapi kan...sejak duk tengok kawan2 layan program kevin zahari tu...macam best gak kan....ada kawan tu...dah kurus macam dulu balik...tercabar gak la rasa nak kurus macam dia jugak..tapi tak dapat la join program tu...tengok you tube je la....tapi...supplement kena amek jugak..baru cepat nampak hasil..nak jugak kurus secara sihat...

Baru-baru saya ada join seminar...tentang weight loss...rupanya senang je kalau kita nak dapatkan berat ideal kita...Cuma,apa yang penting adalah usaha....selain daripada mengamalkan pengambilan supplement secara teratur dan berterusan...kia juga perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat... dalam erti kata lainnya..kita harusla bersenam...paling kurang pun 3x seminggu...setengah jam tiap sesi...minum air banyak-banyak...sekurang-kurangnya 3 liter sehari...amalkan secara konsisten..insya Allah kita akan nampak hasilnya nanti....

nah...senang je workout...duk setempat je pun leh buat


Ok...meh saya citer skit xbanyak mana pasal weight loss ni...jangan fikir kita nak buang terus lemak... tak boleh macam tu sebab badan kita perlukan lemak untuk melindungi organ-organ utama badan kita...lemak juga merukan sumber tenaga kita untuk melakukan aktiviti harian...selain itu, lemak membantu badan menyerap vitamin larut lemak....vitamin larut lemak adalah vitamin A, D, E, K.. supplement yang mengandungi vitamin-vitamin ni...seeloknya diambil selepas kita makan makanan berat...sebabnya...makanan yang kita makan tadi dapat membantu lemak menyerap vitamin larut lemak dengan lebih baik...jangan lupa...kena minum air banyak-banyak ye...supaya senang nak detox...

Sebenarnya...apa yang kita perlu buang adalah lemak berlebihan...tahukah anda bahawasanya (cewaahh...hihihi) lemak ideal bagi seorang individu dewasa adalah diantara 18-24% sahaja... yang selebihnya sila buang ye...kihkihkih....apa yag perlu kita lakukan untuk memastikan kita dapat peratusan lemak macam ni???

Jawapannya mudah je cik kiah sekalian...kita perlu bersenam....ramai antara kita yang silap... telan pil utuk kurus tapi tak bersenam...badan akan jadi tak sihat kalau terus amalkan gaya hidup macam tu ye cik kiah sekalian ye...hihihi....badan kita nak pakai lama...kita perlu ingat...kalori yang diambil perlu bersamaan kalori yang keluar baru la mantooopppp....

tak payah keluar rumah pun leh buat ni...jomm...





Jadi, kesimpulannya...kita perlukan lemak...tetapi kita tak perlukan lemak yang berlebihan....dan kita perlu kekalkan otot....sebagai nasihat daripada tuan rumah...sila elakkan makanan segera, berminyak, bergoreng dan yang manis...sebagai tambahan..amalkanlah pengambilan supplement Shaklee yang semulajadi dan tiada bahan pengawet...kurus secara sihat adalah lebih baik daripada nak cepat kurus...bukan apa..kita perlu sedar bahawasanya..semakin meningkat usia kita...semakin kurang metabolisme dalam badan kita...semakin banyak lemak senang terkumpul jikalau kita tidak menjaganya....masalah ini dapat dibantu dengan pengambilan supplement shaklee...jom la kita sambung dalam wasap la plak ye...wasap or telegram kat no ni 013-918 9500....insya Allah saya akan bantu anda mengenal lebih lagi tentang supplement Shaklee ni...FB saya Idayu Irdina



iols belanja uols youtube kevin zahari..senaman untuk kempiskan perut masa kat rumah...jom join iols buat ni...




Saturday 15 November 2014

PERBEZAAN ANTARA UBAT DAN SUPPLEMENT ATAUPUN VITAMIN

Assalamualaikum w.b.t...


Mari kenali ubat dan supplement...

1. Apabila kita sakit..kita akan mengambil ubat. dah telan ubat 2-3hari then kita pun sihat.,,
Supplement diambil untuk mengelakkan kita jatuh sakit..jadi bila2 masa je kita boleh ambil supplement..Paling penting..kena minum banyak air apabila ambil supplement...lagipun..minum banyak air kan bagus..leh sihatkan kulit..leh kawal berat badan...

2. Ubat kadang kala boleh membahayakan nyawa anda...seringkali kita dengar yang orang mati tertelan ubat yang salah...atau pun terlebih dos...
Supplement mengandungi bahan2 yang berkhasiat untuk tubuh kita dan ianya tidak menimbulkan kesan sampingan jika diambil terlebih dos. Jika diambil terlebih dos...sistem badan kita akan terganggu buat sementara waktu..then ok balik lepas tu...

3. Ubat mengandungi dadah yang dibenarkan...sebab tu la ia cepat bertindak...telan ubat jap je..duk 1-2jam dah sihat....
Supplement tidak mengandungi dadah tetapi ia mengandungi vitamin2 yang bagus untuk sistem tubuh kita...kehadiran vitamin2 inilah yang akan membantu tubuh kita melawan penyakit...

Kenapa doktor tidak menyarankan kita untuk ambil supplement??
Sebab...doktor dipraktikkan ke arah medikal dan farmaseutikal yang merawat pesakit.
Tetapi..pengamal supplement dan perubatan alternatif..kami lebih kepada mencegah penyakit daripada menghuni di dalam tubuh badan kita.. menitikberatkan tentang nutritional dan nutraseutikal.

Nahhh...sekarang dah tau kan pasal perbezaan ubat dan supplement..jadi..jom la kita sama2 menjaga kesihatan badan kita secara semula jadi...tak payah la nak susahkan diri makan ulam2 sampai 1guni sehari..hehehe...memadailah kita mengambil supplement yang betul setiap hari...Shaklee ada pelbagai jenis supplement untuk membantu memulihkan,menyihatkan tubuh badan kita...sila whatsapp/telegram saya di talian 01137547279....fb saya Idayu Irdina dan fb page Baby Irdina's Closet.... boleh saya terangkan dengan lebih lanjut pasal produk Shaklee ni...

saya melakukan COD di sekitar kawsan Rantau Panjang, Pasir Mas dan Kota Bharu..ambo mek Klate deh...hehehe...ambo duk Rantau Panjang...


Promosi Bulan November 2014






Tuesday 11 November 2014

PENGEDAR SHAKLEE RANTAU PANJANG, PASIR MAS DAN KOTA BHARU SERTA KAWASAN DI SEKITARNYA

Assalamualaikum.....

Anda ingin membeli produk Shaklee tapi tidak mahu menanggung kos pengeposan barang tersebut???? Tidak mengapa....saya boleh tolong hantarkan produk-produk Shaklee yang anda pesan tanpa sebarang bayaran pun....Anda boleh hubungi saya untuk urus niaga di samping kita dapat berkongsi ilmu pengetahuan tentang produk yang bagus ini...

Produk-produk Shaklee ni bukan la ubat...
Ubat tujuannya untuk merawat...Shaklee membekalkan supplement yang bagus untuk tubuh badan kita...mencegah adalah lebih baik daripada mengubati...
Itulah shaklee....ia dihasilkan daripada bahan-bahan semula jadi... 
Kebanyakan ubat-ubatan sekarang guna bahan kimia yang dibenarkan...
Namun, cuba kita fikir...kalau boleh elak...baik elak je...hihihihi

Jom la cuci mata dengan produk-produk best ni...

Wasap/telegram :01137547279 - ayu
SID - 1133646



Sunday 2 November 2014

PROMOSI HEBAT OMEGA GUARD...


Assalamualaikum...

BUY 6 FREE 1

sharing is caring...kepada yang berminat untuk beli Omega Guard
boleh whatsapp 01137547279
fb saya Idayu Irdina 


Siapa sayang jantung dia angkat tangan????

Omega Guard ini dapat melindungi jantung anda. Ia membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

menurut penyelidikan yang telah dilakukan, pengambilan asid-asid lemak omega-3
seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki 
kesihatan kardiovaskular disamping membantu memelihara tekanan darah dan 
paras trigliserida yang normal.

Tambahan lagi, yang best nyer....
Omega Guard ini dapat membantu memelihara kesihatan otak,
penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Omega Guard mengandungi 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi.
EPA fungsinya untuk menyihatkan jantung dan sendi.
DHA sememangnya kita tahu ia penting untuk perkembangan 
fungsi-fungsi otak.

Tak faham apa itu Ultratulen???
Ok...ultratulen bergred farmaseutikal bermaksud Omega Guard ini
dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan
asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semula jadi sementara
menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum
yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.






sharing is caring...kepada yang berminat untuk beli Omega Guard
boleh whatsapp 01137547279

Saturday 1 November 2014

PROMOSI HEBAT OMEGA GUARD...BUY 6 FREE 1

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..promosi bulan November 2014

buy 6 free 1 omega guard...

nak beli 1 pun boleh..saya kumpul order..nanti dapat la harga murah


Wednesday 15 October 2014

VITAMIN LENGKAP UNTUK IBU HAMIL

Assalamualaikum w.b.t


Nikmat mengandung adalah satu pengalaman yang amat bermakna bagi bakal ibu dan ibu. Bagi bakal-bakal ibu yang baru pertama kali mengandung, perasaan teruja untuk memiliki anak sendiri tidak dapat digambarkan. Setiap hari pasti akan bersama en.google mencari info2 yang berguna untuk tumbesaran janin yang dikandung.


Namun begitu,adakah ibu2 semua tahu bahawa kita perlukan makanan tambahan untuk memastikan tubuh badan kita serta anak yang dikandung mempunyai vitamin yang cukup. Apabila mengandung, banyak perubahan yang berlaku pada tubuh badan kita. Segalanya kena lebih, ibu hamil perlukan lebih kalsium bagi memastikan tumbesaran bayi berlaku dengan baik. Ibu hamil perlukan acid folic bagi mengelakkan anak yang dilahirkan itu cacat. ibu hamil juga sering stress disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan mereka. 


Oleh sebab itu, Shaklee telah menyediakan set hamil yang lengkap untuk ibu-ibu hamil. Set hamil juga sangat menjimatkan sebab dapat digunakan sehingga dalam pantang. Jadi, ibu-ibu tak perlu beli set berpantang yang mahal2... jom kita baca apa yang Shaklee dapat bagi pada kita...

B Comlex Shaklee 

         Vitamin B merupakan salah satu vitamin yang penting bagi memelihara kesihatan kita. Terdapat 8 jenis vitamin B dalam B complex Shaklee yang dapat membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga. Ia tidak mengandungi bahan-bahan pengawet yang boleh memudaratkan kesihatan.

           Selain itu,terdapat juga acid folic yang dapat membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah dalam tubuh. B complex Shaklee membekalkan 200 mcg setiap tablet, mencukupi untuk ibu hamil ambil 1biji sehari.

             B Complex mengandungi 120biji tablet dan diambil 1biji sehari dalam diet harian kita. 1 botol B complex dapat digunakan selama 4bulan. Jimatkan??
2.     
           Vita Lea Shaklee

        Vita Lea Shaklee merupakan multi-vitamin dan mineral yang hebat, terdapat 28 jenis vitamin dan mineral dalam sebotol Vita Lea Shaklee. Sekiranya Vita Lea diambil setiap hari dalam diet harian ibu hamil semua, ia dapat membantu mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu dengan adanya beta kerotena di dalamnya. Selain mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi. Manakala, Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh. Vitamin B12 pula dapat membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah. Produk ini dapat membantu menaikkan nilai hb ibu hamil.
    
      Produk ini tidak mengandungi bahan-bahan pengawet atau tiruan. Namun, individu yang meghidap lupus eritematosus sitemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini sebab ia mengandungi alfafa (medicago sativa).
         
          1 botol Vita Lea Shaklee mengandungi 120 tablet yang diambil 2 biji sehari. Bermaksud 1 botol Vita Lea Shaklee kegunaannya selama 2 bulan.Jimatkan??
3.      
      Sustained Release Vita-C Plus Shaklee
       
        Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
        
        1 botol Sustained Release Vita-C Plus Shaklee mengandungi 180 tablet yang diambil 1 biji sehari. Bermaksud 1 botol Sustained Release Vita-C Plus Shaklee kegunaannya selama 6 bulan. Sangat jimatkan??
4.       
      Ostematrix Shaklee
       
       Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.  Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.
          
          OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
       
         Membantu Mengurangkan Risiko Osteoporosis, Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis. Sebagai tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam OsteMatrix berupaya:

-Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
-Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
-Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.

        1 botol Ostematrix Shaklee mengandungi 120 tablet yang diambil 4 biji sehari. Bermaksud 1 botol Ostematrix Shakleekegunaannya selama 1 bulan. Sangat jimatkan??

      Bagi ibu hamil, Ostematrik Shaklee dapat mengelakkan kekejangan kaki dan membekalkan kalsium untuk bayi dalam kandungan. Bagi ibu hamil yang tak suka/tak boleh minum susu, ini la gantinya.
5.      
          Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee

         Protein Bukan-GMO (di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya) yang Lengkap dengan semua Asid Amino perlu. Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:

•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada
keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian
menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.

Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:

Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.

Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.
6.      
          OmegaGuard

        Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure , dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik.

Siapa Yang Sesuai Mengambil Omega Guard?
  1. Ibu hamil
  2. Ibu menyusu
  3. Kanak-kanak (1 tahun ke atas)
  4. Lelaki
  5. Warga Emas
  6. Mereka yang mengalami darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes
  7. Mereka yang mementingkan kehidupan sihat.
Faedah & kepentingan Omega-3:
  1. Merendahkan tahap trigliserida dalam darah
  2. Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
  3. Mengurangkan risiko ritma jantung tidak normal yang berbahaya
  4. Mengurangkan risiko strok
  5. Melambatkan pembentukan plak atherosclerotic
  6. Merendahkan tekanan darah                   
  7. Mengurangkan kekakuan dan kelembutan sendi
  8. Mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa omega-3 menggalakkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah yang normal. Omega-3 juga menyokong otak, visi, dan fungsi sendi yang sihat




Monday 13 October 2014

MILK BOOSTER SHAKLEE

Assalamualaikum w.b.t....

Ibu-ibu comel yang tengah berpantang tu diucapkan selamat berpantang. Pantang elok2 untuk kesihatan diri masing2 jugak...Pantang yang betul2 berdisiplin akan membuahkan hasil yang baik. Badan langsing macam anak dara kalau berbengkung hari2 dalam pantang..dapat la nanti seiring dan sejalan dengan Che Ta...tak gitew ibu2???hehhee..

Gelak..gelak jugak...baby dah lapar tu..minta susu..hehehehe...aikk?? kenapa muka sedih je bila cakap suruh breastfeed baby??susu kurang??laa...laa...bakpo tok ghoyak awal2....ambo bulih tulung.. hah...tubik dah bahaso klate kito..kihkihkih....

Ibu2 sayang, Shaklee ada produk milk booster yang sememangnya dah jd viral kat luar sana... hampir semua rakyat Malaysia ni tahu tentang ESP dan Alfafa yang terbukti berkesan sebagai milk booster. Dah ramai yang cuba..dan dah ramai yang repeat order dgn ejen2 Shaklee seluruh Malaysia. Kalau ada yang nak order dan cod area kota bharu, pasir mas dan rantau panjang boleh la contact saya 01137547279-Idayu Irdina....nak like page saya pun boleh Baby Irdina’s Closet.


Lagipun...bulan ni ada promosi ESP..kalau kumpul order sampai 6 canister...dapat 1 percuma.. anda perlu bayar harga untuk beli 7 canister pada harga 6 canister..kan dah jimat banyak dah tu...hehehe.. lagipun, 1canister ESP leh tahan sampai 2bulan kalau minum tiap2hari pun...kalau nak cantik..ambil la sekali dengan vitamin C...kulit gebu gebas nanti..ye la..selain leh telan..leh gak wat masker... semakin cantik la uols....hihihihi..











OSTEMATRIK SHAKLEE

Assalamualaikum....

Tumpang tanya sikit boleh??

Bakal-bakal ibu ni ada tak yang tak suka minum susu???

Yang tak boleh minum susu???

Yang tak suka produk2 tenusu yang membantu membekalkan kalsium untuk tubuh???

Risau tak kot2 baby tak dapat cukup kalsium yang sepatutnya???

Risau tak kalau lepas bersalin nanti gigi sakit dan kena cabut???

Hmmmm....kes parah ni...risau pulak jadinya...tapi tak pe..cool aje ye mommies semua... Ostematrik ni memang khas untuk membekalkan kalsium kepada tubuh badan kita menggantikan kalsium yang telah disedut oleh baby... Ostematrik dapat membantu menguatkan tulang kita, selain dapat mengelakkan berlakunya kekejangan otot disebabkan kekurangan kalsium dalam tubuh.  Ia juga dapat memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik. Mereka yang mempunyai masalah haid juga boleh ambil ostematrik sebab ia dapat membantu memperbaiki masalah haid dan seterusnya dapat meringankan stress...


Entry ni pendek je...tak sempat nak mengarang panjang..anak nak tido...jangan lupa ye 01137547279.. yang teringin nak try produk shaklee ni harap whatapps saya ye..untuk khidmat nasihat percuma pun boleh...like page fb saya pon bolehhh... Baby Irdina’s Closet...





SHAKLEE PROMOSI OKTOBER 2014

Assalamualaikum w.b.t....

Mari..mari..mari....mari singgah ini blog...mau citer pasal promosi bulan Oktober..

Memang betul2 tragedi Oktober...bulan ni promosi beli 6 percuma 1 ESP...dan beli 3 percuma 1 milkshake...berbaloi2 baq hang...mau tak nyer...ESP kalau beli 6 dah leh buat stok untuk setahun dah..kalau beli kongsi dengan kawan2 dapat harga murah dah...ESP untuk ibu dan ayah, atok dan nenek...milkshake untuk anak2...rasa pun sedap..leh campur dengan bahan2 lain plak..
Ada yang nak resepi ESP x???kihkihkihkih...ramai rupanya yang jawab nak dalam hati tu..
Hehehe....cepat2 la ajak kawan2 pakat2 beli ESP...dapat la berjimat skit...

Jom kita ber’whatapps 01137547279 untuk gosip lebih lagi untuk promosi tragedi oktober ni...jom!!




SET KEHAMILAN SHAKLEE BHGN 2

Assalamualaikum w.b.t...

Bertemu lagi kita dalam entry kedua saya pasal set kehamilan Shaklee yang super best ni... ok.. bagi yang dah baca entry saya sebelum ni iaitu SET KEHAMILAN SHAKLEE, anda perasan tak saya hanya cerita pasal b complex, vita lea, ostematrik dan vitamin C?? Padahal kat gambar yang saya post itu hari ada gambar Omega guard dan ESP!!!kenapa saya tak bagitahu apa2 pun pasal tu kan??
Rilex...chill out ladies!!!sebenarnya, yang set 4 jenis supplement yang saya cerita hari tu adalah set basic untuk ibu hamil yang comel macam saya ni...hehehe..yang suri rumah macam saya ni mana nak ada duit beli banyak2 sekaligus...yang dulu tu pun nasib baik cik abang sayang yang sponsor...hehehe..jangan maraaaahh yeee...

Orait...semasa usia kandungan saya nak masuk 6 bulan saya balik kampung...sebelum ni saya duk seorang diri menguruskan diri sendiri di rumah sewa tempat saya belajar. Bayangkan lah betapa susahnya hidup apabila mendapat alahan yang teruk tanpa kehadiran sang suami...tapi saya bersyukur sebab Allah menguji saya dengan cara begitu. Saya menjadi lebih kuat untuk menempuhi hari2 yang mendatang sebab nak jaga kandungan sebaik mungkin.  Alhamdulillah... lepas amalkan supplement Shaklee ( jangan lupan makan makanan sunnah seperti kurma, delima dan kismis) badan saya bertambah sihat. Dah boleh kemas sendiri barang2 untuk balik kampung.

Sampai kat kampung saya hairan tengok ada botol ESP kat rumah..Aiikkk????saper  plak yang minum ESP ni?? Risik punya risik..rupa-rupanya adik lelaki saya beli set untuk kuruskan badan. Patut la ada lecithin,alfafa,herba lax dan ESP kat rumah. Saya pun da order gak 1 canister kebetulan masa tu ada offer, dapat la harga murah. Lagi la bertenaga rasa badan, setiap pagi mesti breakfast dengan ESP, perut pun kenyang. Saya lahirkan baby masa hari kedua puasa, dan saya sempat puasa tanpa rasa lapar sebab dah bersahur dan minum ESP masa sahur tu. Tapi tak sempat puasa penuh sebab jam 6.30petang terpaksa buka puasa sebab dah ada tanda2 nak bersalin. Jam 11.15pg esoknya lahirlah puteri saya yang cute itu..kihkihkih...tapi mereka2 yang datang melawat saya lepas bersalin cakap muka saya tak nampak pun penat sangat sebab bersalin. Lepas bersalin perut lapar...orang lain puasa, saya bedal makan nasi..lapar oiii lepas bersalin..hehehe...

Kita cerita plak pasal Omega Guard, ok...omega guard ni bagus untuk perkembangan otak janin yang ada dalam kandungan kita...disarankan ambil semasa fasa ketiga kehamilan. Selain itu juga, ia juga baik untuk mendapatkan kulit yang cantik, elok untuk sistem imun tubuh dan kesihatan kanak2,memelihara fugsi2 sendi dan mecegah gout, paling penting dapat mengawal obesiti... kikikiki...semasa pregnant memang selera membuak-buak bagai ‘membela’ plak orang kata kn..elok la ambil omega guard ni..dapat control berat badan...

Dah panjang sangat ni berceloteh..tekak pun dah haus ni...pekena milkshake coklat ESP pon sodap ni...opsss...lupa plak masih berpantang ais...minum ESP coklat suam pon sodapp jugak...ESP dan alfafa adalah milk booster untuk ibu2 yang breastfeed baby mereka...like me!!hehehe....


Ore-ore klate ataupun mereka yang berada di sekitar negeri Kelantan...bulih la cari ambo untuk beli produk Shaklee ni... wasap jah ko nombor tlipon ni 0139189500..nak tengok fb page pun boleh Idayu Irdina...ambo sedia jawab pertanyaan demo belako....




SET KEHAMILAN SHAKLEE TERBAIK


Assalamualaikum w.b.t....

Umum telah mengetahui dan menyedari bahawa kehamilan adalah perkara paling menyeronokkan bagi kaum ibu. Tambah-tambah lagi bagi ibu-ibu muda, yang pertama kali merasai nikmat mengandungkan benih cinta daripada suami tersayang. Sudah semestinya mom to be semua mahu cari supplement yang paling bagus untuk diri sendiri dan juga janin yang sedang membesar menjadi bayi.

Pengalaman saya sendiri semasa mengandungkan anak pertama, saya mengalami alahan aka morning sickness yang agak teruk. Nak kata teruk sangat kan..takut ada lagi mommies yang lebih teruk alahan daripada saya. Saya ni alahan muntah sampai tak boleh nak buat kerja, tak lalu makan, saya hanya boleh makan biskut dan roti. Biasanya saya lalu makan biskut je. Samapai kandungan saya berusia 15minggu. Saya solat sambil duduk. Merangkak ke tandas untuk muntah adalah perkara biasa pada masa itu. Tapi saya tetap telan pil-pil yang dibekalkan oleh KK.

Pada masa saya tengah alahan teruk tu, saya ada survey pasal supplement shaklee dalam facebook. Kebetulan seorang kenalan saya memang agen shaklee di Penang. Saya hubungi dia untuk minta advice berkenaan supplement ibu hamil Shaklee. Setelah dengar penjelasan yang panjang lebar daripada beliau, saya bersetuju untuk mencuba set kehamilan Shaklee iaitu b complex, vitamin c, vita lea dan ostematrik. Saya mula mengamalkan set bersalin Shaklee bila kandungan saya dah nak masuk 5 bulan. Masa tu baru yakin nak telan semua pil, sebab dah kurang alahan. Mula2 macam tak sanggup je nak telan semua pil yang banyak tu dah la beli mahal2...mahal ke? Sebenarnya tak mahal pun..saya telan pil2 tu sampai bersalin..lepas bersalin pun masih ada yang berbaki...sangat jimat dan berbaloikan?

Kesan supplement shaklee ni memang bagus...semasa hamil 8 bulan, kenduri kahwin adik perempuan saya...semua kerja saya dan umi yang buat..bayangkan la saya ke hulu ke hilir bawa kereta pergi beli barang persiapan, kemas rumah, kemas halaman rumah..memang sangat penat..tapi saya mampu buat tu semua....semasa dah sampai hari nak bersalin pun saya masih larat bawa kereta ke sana ke mari dan kemas rumah memasak untuk famili... kandungan saya 8 bulan baru dapat masak..kalau tak...bau menumis pun muntah lagi masa 8months of pregnancy..huhuhu...memang sangat2 bertenaga lepas amalkan set hamil shaklee...saya jarang kena kejang otot kaki walaupun sangat aktif berjalan sebab saya ambil ostematrik...saya tak pernah migrain dan stress melampau semasa hamil..saya ambil b complex yang ada acid folic di dalamnya..bacaan hb saya 11 ke atas setiap kali checkup kat KK...saya ambil vita lea...kulit saya semakin cantik dan berseri semasa mengandung sebab saya ambil vitamin C yang sememangnya amat bagus untuk kulit.


Kita sambung cerita ni kat entry akan datang ye...kalau nak free consultant pasal shaklee leh contact saya..nak senang whatapps je kat nombor ni...0139189500-Idayu Irdina fb sy... kalau nak like page pun ok gak... ..see u next time!!!