Saturday, 10 June 2017

Penapis Air Shaklee mudah alih, selamat dan sihat

Zaman sekarang ini semuanya nak mudah, senang dan mudah alih. Sebab senang untuk dibawa ke mana - mana, memandangkan lifestyle sekarang yang sangat sibuk dan kerap perlu "outstation". Penapis air Shaklee mudah alih, selamat dan sihat ini sangat sesuai untuk mereka yang kerap melancong atau kerja luar.


Apa yang best sangat pasal penapis air Shaklee ini???

- Saiz jag biasa, memang tak memerlukan ruang penyimpanan yang besar.

- Menggunakan sistem penurasan air multipaten untuk menghasilkan air yang lebih selamat untuk diminum.

- Blok karbon digunakan untuk menuras air terus daripada paip rumah kita dan ia dapat membersihkan air tersebut daripada bahan-bahan tercemar, termasuklah menyingkirkan kandungan plumbum sehingga 99%.

-  1batang blok karbon mampu menuras 303liter air atau bersamaan hampir 4bulan penggunaan. 

- Sangat menjimatkan :
         1 set blok karbon (3batang) = RM169
         1 batang blok karbon = RM56.30
         Kadar untuk 1 liter air = RM56.30/303L
                                                  = RM0.19/liter 

Jauh lebih murah berbanding kita beli air 1botol air mineral 1.5L yang berharga RM2.50.

- Selain daripada rasa airnya yang sedap, malah lebih sedap daripada air mineral yang biasa kita beli itu. Ia disahkan mampu mengurangkan kandungan merkuri, plumbum, kadmium dan bahan-bahan tercemar yang lain. Disamping ia dapat mengekalkan kandungan mineral air yang sihat.



- Minum air yang banyak kandungan klorin akan buat tekak kita terasa perit dan sakit. Penapis air Shaklee ini mampu mengurangkan kandungan klorin di dalam air sekaligus dapat merendahkan risiko ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin.

- Mempunyai meter automatik di atas penutup jag yang menunjukkan kadar air yang telah ditapis. (303liter = 80 gelen) meter menunjukkan kadar dalam unit gelen.

- Tidak menggunakan tenaga elektrik untuk menapis air.

- Air yang telah ditapis tak perlu dimasak dan boleh diminum terus dari jag.



Keistimewaan Penapis Air Shaklee

1- Pilihan yang bijak
Kita sebenarnya banyak membazir wang untuk membeli air mineral yang harganya jauh lebih mahal berbanding harga sebenarnya. Kita bayar RM1.00 untuk 500ml air mineral atau air minuman. 

Sedangkan dengan menggunakan penapis air shaklee ni kita dapat jimat lebih lagi. 

2-  Sistem penapis air mesra alam
Blok karbon yang digunakan untuk menapis air diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan tidak mendatangakan keburukan kepada alam sekitar.

3- Selamat
Penapis air Shaklee ini mendapat pengiktirafan daripada Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association) kerana ia dapat mengurangkan kandungan plumbum dan bendasing yang lain serta mengurangkan pelbagai jenis bahan tercemar yang merbahaya yang mungkin terkandung di dalam air paip tersebut.





Apa kata mereka tentang penapis air Shaklee



















Jom dapatkannya sekarang!!!! Anda boleh hubungi saya untuk dapatkan khidmat konsultansi percuma sebelum, semasa dan selepas pembelian produk.

FB Page: Idayu Irdina
IG: @idayu_irdina

Jika anda ingin membeli secara online, sila klik link di bawah.



Untuk mendapatkan harga lebih murah, jom sertai kami menjadi ahli Shaklee





Thursday, 8 June 2017

Tips untuk kekal cergas bertenaga di bulan Ramadhan

Bulan-bulan puasa ni ada ke yang mengayuh basikal 50km??? Jangan buat muka hairan macam tu, sebab memang ada kumpulan kayuhan basikal yang tetap aktif mengayuh selepas terawih tau. Puasa bukan penghalang untuk mereka meneruskan latihan kayuhan basikal. Jadi, saya ingin kongsikan tips untuk kekal cergas di bulan Ramadhan.



1- Banyakkan minum air masak
Untuk mengelakkan badan kita terhidrat setelah seharian berpuasa,kita perlu memperbanyakkan minum air masak di malam hari. Contohnya, minum 2 gelas air ketika berbuka, 2-3 gelas air sebelum kita tidur dan 2 gelas air ketika bersahur nanti.

2- Elakkan minuman berkafein dan berkarbonat
Kita pun sudah sedia maklum bahawa minuman berkafein seperti kopi dan teh tidak bagus untuk kesihatan badan kita. Lagi satu, tolong jangan "kejutkan" usus kita dengan minum karbonat sebab ia boleh menyebabkan usus menderita. Minuman sebegini hanya akan menyebabkan kita bertbah haus kerana kerap buang air kecil. Hal sedemikian akan mempercepatkan kehilangan cecair di dalam badan yang boleh menyebabkan badan kita terhidrat.

3- Pengambilan makanan tambahan yabg sihat, selamat dan semula jadi
Terdapat 3 jenis makanan tambahan yang dapat membantu kita untuk kekal cergas bertenaga di bulan mulia ini.

- Energizing Soy Protein (ESP)
ESP merupakan sejenis protein yang berasaskan kacang soya nonGMO. Di dalam satu canister 850g ESP terdapat 30kg kacang soya yang telah siap diproses. Apa yang ESP boleh bantu kita di bulan ramadhan????

√ Dapat membantu kita rasa kenyang lebih lama.

√ Dapat bantu memberikan tenaga segera.

√ Satu hidangan ESP bersamaan 2 x ganda daging, 4 x ganda telur dan 12 x ganda susu rendah lemak.


- Meal Shakes
Uniknya meal shakes ini ia sesuai untuk diamalkan oleh semua peringkat umur bermula 1tahun dan ke atas. Kaya dengan rasa french vanila dan bau yang sangat sedap. Setiap hidangannya mencakupi 30% daripada ptotein harian kita.

√ Dapat membantu memberikan kita rasa kenyang lebih lama.

√ Gabungan meal shakes dan ESP dapat membantu mereka yang gastrik teruk untul berpuasa tanpa masalah.

√ Hidangan berkhasiat yang rendah lemak dan rendah kolesterol.



- Performance Drink (PD)
Minuman ala isotonik ini menjadi salah satu minuman pembekal tenaga untuk para atlet sukan Olimpik dunia. Malah, angkasawan NASA si kembar itu pun mengambil minuman berkhasiat ini semasa di angkasa untuk membekal tenaga dan mengelakkan dehidrasi.

√ Kaya dengan perisa oren yang sedap dan dapat membantu mengurangkan rasa haus dan juga mengelakkan badan kita daripada mudah terhidrat.

√ Selain mempunyai kesimbangan elektrolit yang sempurna untuk mencegah dehidrasi, ia juga membantu mengekalkan kandungan air di dalam badan kita.

√ Opti Lite (campuran 6 bahan elektrolit) terkandung di dalamnya bagi menyokong dehidrasi sepenuhnya dan mempunyai gabungan unik karbohidrat yang membantu membekalkan tenaga dengan segera.



Jom dapatkan set kekal bertenaga di bulan puasa ini dengan segera. Anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultansi berkaitan dengan produk sebelum, semasa dan selepas pembelian dilakukan.

FB Page: Idayu Irdina
IG: @idayu_irdina

Atau anda boleh terus membelinya secara online di sini



Wednesday, 7 June 2017

Peluang jana side income tanpa modal besar dan tak perlu simpan stok

Peluang jana side income tanpa modal besar dan tak perlu simpan stok ini jarang syarikat nak bagi kan??? Kebiasaannya mereka akan pujuk kita keluarkan modal besar sebanyak RM20,000.00 dulu barulah dapat stok dengan harga yang sangat murah. Mana kita nak dapat RM20,000.00 itu???Pinjaman peribadi dengan nilai "interest" yang tinggi??


Kenapa perlu kita pinjam RM20,000.00 dengan bank sedangkan ada perniagaan yang lebih bagus dan boleh bantu kita untuk menjana pendapatan sehingga RM20,000.00 sebulan dan lebih lagi??? Anda fikir mana yang lebih bagus dan tidak membebankan, diantara keluarkan RM20k untuk beli stok yang belum tentu boleh jual sehingga habis dan dapat balik modal dalam masa 1bulan dengan keluarkan modal RM68.90 dan boleh jana pendapatan sehingga RM20k sebulan???

Betul ke dengan Shaklee kita boleh jana pendapatan sampai 5,6,7 angka??? Kami tak dapat nak janjikan bulan bintang untuk anda sebab, apabila anda buat keputusan untuk sertai kami, anda sendiri yang akan tentukan berapa jumlah pendapatan bulanan yang ada inginkan.

Kami akan sediakan platform untuk anda memulakan bisnes anda sendiri. Kami akan tunjukkan jalan menuju pendapatan bulanan yang anda inginkan. Berjaya atau tidak???? Anda yang tentukan, tepuk dada tanya hati, ini adalah bisnes anda dan menjadi tanggungjawab anda 300% untuk kembangkan empayar anda sendiri.



Apa yang keluarga bisnes kami sediakan untuk anda berjaya di dalam bisnes Shaklee ini???

1- Personal coaching 
Sebelum anda dimasukkan ke dalam keluarga besar kami iaitu celikvitamin group dan ireach group, anda terlebih dahulu akan dibantu tunjuk ajar berniaga secara peribadi oleh saya sendiri dan dibantu oleh dua orang coordinator Shaklee yang hebat dalam bidang blog dan online marketing.

2- Kelas nutrisi/produk
Kami didik ahli keluarga bisnes kami dengan ilmu tentang produk dan juga nutrisi. Kita bukan sekadar menjual tapi kita nak bantu orang ramai supaya lebih sihat dan menyebarkan kebaikan serta kelebihan produk Shaklee kepada mereka.

3- Tips dan perkongsian kejayaan
Di dalam keluarga bisnes kami tidak kedekut ilmu dan juga tips untuk berjaya dalam bisnes ini. Kelas jana pendapatan melalui facebook, instagram dan blog memang sentiasa diadakan secara online. Belum lagi kelas perkongsian cara untuk menjual 100botol vivix sebulan oleh ratu vivix kami kan. 


Ireach group memang sentiasa adakan kelas online untuk ahlinya dan kelas istimewa bagi mereka yang pangkat supervisor ke atas.


Antara tips yang kami selalu amalkan untuk saling membantu dan menyokong antara satu sama lain.


Setiap malam akan ada perkongsian ilmu di dalam group whatsapp.

Apa lagi nak ditunggu??Apa lagi yang nak difikirkan??Jom sertai keluarga besar kami untuk menjada pendapatan sampingan anda, atau mungkin ia akan menjadi pendapatan bulanan anda suatu haru nanti. Jangan fikir hanya suri rumah sahaja yang berada di dalam keluarga bisnes kami ye. Kami juga mempunyai ahli yang terdiri daripada mereka yang bekerja dan pernah bekerja sebagai doktor, guru, akauntan, ahli farmasi, jurutera dan lain-lain bidang profesional.






Monday, 5 June 2017

Tips elak gastrik ketika berpuasa di bulan Ramadhan

Hari ini nak kongsi sedikit tips elak gastrik ketika berpuasa di bulan ramadhan. Tips ringkas sahaja, sebabnya bulan puasa ni emosi orang sakit akan jadi kurang stabilkan nak baca panjang-panjang. Jom kita terus kepada tips nya ye.


1- Bersahur
Masalah gastrik ini dikatakan semakin teruk apabila kita berpuasa di bulan ramadhan. Sebab perut jadi kosong dan angin mudah masuk. Telahan ini tidak berapa tepat, sistem pencernaan kita berehat sepenuhnya ketika kita berpuasa. Jadi, rembesan asid hirdoklorik dalam perut akan menurun. Jadi, sepatutnya tidak terjadinya gastrik sebab kita berpuasa.

Perkara yang patut kita lakukan adalah bangun bersahur lebih kurang setengah jam sebelum waktu imsak. Bersahur dengan makanan yang tinggi kadar sulfur seperti brokoli, kobis dan bawang putih. Bersahur dengan makan nasi atau makanan berat lain yang berkhasiat dan rasanya tidak terlalu masam dan pedas.

2- Berbuka secara ringan
Sudah seharian kita berpuasa, elakkan berbuka dengan minuman berkarbonat dan berkafein tinggi. Minuman sebegini tidak bagus untuk kesihatan usus dan juga boleh menyebabkan kalenjar jus gastrik di dalam perut kita menjadi lebih aktif.

Seeloknya kita berbuka dahulu dengan buah kurma dan segelas air suam. Kemudian kita tunaikan solat maghrib, selepas itu barulah kita menjamah hidangan yang lain. Hal ini boleh mengelakkan perut 'terkejut' dengan kehadiran makanan setelah seharian berpuasa.

3- Mengamalkan makanan tambahan yang membantu atasi masalah gastrik
Makanan tambahan a.k.a suplemen a.k.a jugak vitamin memang berlambak dijual dipasaran. Tetapi, kita sebagai pengguna yang bijak haruslah memilih yang selamat, sihat dan semula jadi.

Shaklee mempunyai rangkaian produk yang telah dikaji oleh para saintis dan penerima anugerah nobel dalam menghasilkan setiap produknya. Bukan main cop kat label produk tu je "lulus kkm dan ujian klinikal". Produk shaklee ada yang sudah dipatenkan dan ujian klinikal yang dijalankan telah disahkan dan diakui selamat oleh pihak bertanggungjawab. Dan sudah semestinya produk shaklee ini mempunyai kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Antara produk shaklee yang dapat membantu mengatasi masalah gastrik semasa berpuasa adalah Vivix, ESP, peppermint ginger plus, meal shakes dan ostematrix.



Untuk mendapatkan konsultansi percuma sebelum,semasa dan selepas pembelian produk anda boleh hubungi saya melalui :

FB Page: Idayu Irdina
IG: @idayu_irdina
No.HP: 013-9189500


Resepi ringkas untuk berbuka dan sahur tetapi mengenyangkan

Bulan puasa ni memang semua tempat penuh menjual makanan yang sedap dan enak je dipandangan mata kita. Tapi, kekadang tekak ni susah nak terima makanan apabila dah seharian berpuasa. Di sini saya hendak kongsikan resepi ringkas untuk berbuka dan sahur tetapi mengenyangkan. Tak perlu buka tutup dapur gas pun untuk menyediakan resepi ini.


Sudah berapa banyak resepi yang telah dicuba tapi tetap tak kena dengan tekak dan jugak tidak dapat membekalkan tenaga untuk berpuasa sepanjang hari. Resepi yang bakal saya kongsikan ini i.allah dapat memberikan rasa kenyang yang lebih lama malahan dapat membekalkan tenaga untuk kita berpuasa sepanjang hari dan terawih di malam hari.

Resepi untuk dewasa






Kelebihan Cinch Shake Shaklee:
1- Kaya dengan luecine yang berfunsi membantu mengekalkan otot semasa kita dalam proses menurunkan berat badan.

2- Diperkayakan dengan protein yang membantu memberikan rasa kenyang lebih lama.

3- Mengandungi 24 jenis vitamin dan mineral penting untuk tubuh kita.

4- Mengandungi serat larut yang tinggi iaitu 6 gram.

5- Cinch shake membantu kita untuk menurunkan berat badan dan mendapat bentuk tubuh idaman jika diamalkan secara berterusan disamping mengambil pemakanan seimbang dan bersenam.







Resepi ni ringkas tetapi i.Allah boleh mengenyangkan kita. Istimewa buat ibu menyusu, resepi ini dicipta sebagai ikhtiar untuk menjadi milkbooster kepada ibu-ibu yang menyusu.



Kelebihan Energizing Soy Protein Shaklee:
1- Membantu mengenyangkan perut dan membekalkan tenaga lebih lama.

2- Mengandungi 9 jenis asid amino yang sememangnya diperlukan oleh badan.

3- Tidak mengandungi kolesterol dan rendah lemak.

4- Membantu memudarkan parut jerawat dan parut di badan.

5- ESP juga membantu membekalkan kalsium, membantu menurunkan dan menaikkan berat badan (sila rujuk saya), membantu mencegah osteoporosis.

Resepi untuk kanak-kanak

Bukan setakat ibu ayah je yanga nak berpuasa kan??? Anak-anak pun dah belajar berpuasa. Masa berbuka mungkin la tak ralat sangat sebab memang mereka pun duduk tunggu di meja makan awal lagi kan?? hahahha...tapi, masa bersahur ada kalanya mereka tak ada selera untuk makan. Jadi, sebagai ibu yang bijak dan prihatin, kita boleh sediakan resepi ini untuk anak-anak kita.



Kelebihan meal shakes Shaklee:
1- Mengandungi fiber yang tinggi di mana ia dapat membantu melawaskan proses penyingkiran.

2- Berperisa vanila dan rasa macam aiskrim selain mempunyai bau yang enak.

3- Mengandungi vitamin A,C,E dan selenium yang kaya dengan antioksidan.

4- Mengandungi biotin, asid folik, magnesium dan kalsium yang bagus untu kesihatan tulang dan tumbesaran anak-anak kita.

5- Kaya dengan protein yang membantu memberikan rasa kenyang lebih lama.

Gantikan resepi ESP dan cinch dengan meal shake Shaklee untuk anak-anak kita.









Untuk mendapatkan konsultansi sebelum, semasa, dan selepas pembelian produk, anda boleh menghubungi saya di sini:

FB Page: Idayu Irdina
IG: @idayu_irdina

atau anda boleh membeli secara online dengan klik link di bawah


Tuesday, 23 May 2017

Khasiat Elderberry terkenal sejak zaman purba lagi

Menurut penulisan Dr.Axe di dalam blognya draxe.com, memberitahu terdapat bukti yang menunjukkan elderberry telah terkenal sejak zaman purba lagi sebagai 'natural remedy'. Tidak hairan lah sehingga sekarang elderberry masih lagi menduduki carta teratas dalam senarai herba untuk antiviral.



Elderberry ini terkenal disebabkan oleh khasiatnya yang banyak dan boleh dinikmati dalam pelbagai cara. Pada zaman Greek dulu, elderberry dikenali sebagai 'father of medicine' sebab ia dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Antara kebaikan elderberry adalah ia dapat mengurangkan tempoh selsema, masalah resdung, sakit saraf, keradangan, keletihan yang kronik, alahan, sembelit dan juga kanser. Ada kajian yang menunjukkan setelah mengambil ekstrak elderberry ia dapat mengurangkan tempoh selsema seawal 4 hari.


 
Pada tahun 1995, terjadinya wabak selsema di Panama sehingga memaksa pihak kerajaan menggunakan elderberry sebagai rawatan alternatif untuk membantu melawan wabak selsema itu.

Elderberry juga merupakan antioksidan, ia lebih kaya dengan flavonoids berbanding blueberry, kranberi, biji goji dan beri hitam. Sekarang kita dah dapat sedikit gambaran tentang khasiat elderberry ini, jom kita ketahui lebih dalam lagi tentang kebaikan elderberry ini.



Kebaikan Elderberry terhadap kesihatan kita

 1. Melegakan demam dan selsema

Elderberries adalah sangat baik sebagai penggalak sistem imun. Ia mengandungi sebatian kimia yang dipanggil anthocyanidins, yang diketahui mempunyai kesan terhadap penyakit. Ekstrak elderberry telah terbukti sebagai rawatan yang selamat, berkesan dan kos efektif untuk kedua-dua gejala demam dan selesema.

Pada tahun 2016, Nutriens telah menerbitkan satu jurnal kajian yang menunjukkan suplemen elderberry mampu mengurangkan tempoh dan gejala demam selsema pengembara.

Pengembara yang mengguna herba ini 10 hari sebelum sehingga 4-5 hari selepas perjalanan ke luar negara, mengalami selsema purata tempoh 2 hari lebih pendek begitu juga dengan mereka yang mengalami demam.

Selain itu, beberapa kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak elderberry amat berkesan mengurangkan simptom-simptom seperti flu. Secara khususnya, flavonoid yang terkandung di dalam ekstrak elderberry mengikat kepada H1N1 virus influenza manusia dan virus selesema burung H5N1.

Satu kajian secara rawak telah dilakukan pada tahun 2009, pesakit kepada dua kumpulan: Satu kumpulan telah diberikan empat dos 175 miligram ekstrak elderberry proprietari harian, dan kumpulan lain menerima placebo setiap hari selama dua hari. Kumpulan ekstrak elderberry yang dirawat menunjukkan peningkatan yang ketara dalam kebanyakan tanda-tanda selesema manakala kumpulan placebo tidak menunjukkan sebarang peningkatan atau peningkatan dalam keterukan gejala. Para penyelidik menyimpulkan bahawa ekstrak elderberry berkesan dalam mengawal gejala influenza. 

Satu lagi kajian yang telah diterbitkan di dalam Jurnal Penyelidikan Perubatan Antarabangsa menunjukkan bahawa apabila ekstrak elderberry digunakan dalam jangka masa 48 jam pertama bermulanya simptom selsema, ia dapat memendekkan tempoh simptom tersebut pada puratanya 4 hari.



2. Masalah Resdung

Dengan sifat-sifat anti-radang dan antioksidan elderberry, ia masuk akal bahawa ia boleh membantu masalah sinus ataupun resdung ini. Jangkitan sinus adalah keadaan di mana rongga sekitar saluran hidung menjadi radang, dan herba anti-virus ini boleh dijadikan sebagai penawar semula jadi jangkitan sinus.

Satu kajian yang dijalankan oleh Institut Jabatan Perubatan Komplementari Perubatan Dalaman di Hospital Universiti di Zurich, Switzerland diperiksa penggunaan produk proprietari, Sinupret, yang mengandungi bunga elderberry. Penyelidik menggunakan Sinupret untuk merawat sinusitis bakteria bersama-sama dengan antibiotik (doxycycline atau vibramycin) dan decongestant. Orang yang mengambil kombinasi menunjukkan perubahan yang lebih baik berbanding dengan mereka yang tidak mengambil Sinupret sama sekali.

3. Merendahkan Paras Gula Dalam Darah

Kedua-dua bunga dan buah yang secara tradisinya telah digunakan untuk merawat kencing manis. Penyelidikan telah mengesahkan bahawa ekstrak elderflower merangsang metabolisme glukosa dan rembesan insulin, menurunkan tahap gula dalam darah.Penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of Nutrition dinilai tindakan seperti insulin dan insulin melepaskan elderberry hitam dalam vitro.

Kajian ini mendapati bahawa ekstrak akueus tua meningkat dengan ketara pengangkutan glukosa, pengoksidaan glukosa dan glikogenesis tanpa sebarang insulin ditambah.

Apakah proses glikogenesis, dan mengapa ia penting? Glikogenesis adalah proses di mana gula berlebihan dibersihkan daripada aliran darah dan ke dalam otot dan hati, yang membantu mengekalkan gula dalam  darah yang normal di dalam badan kita.

4. Diuretik semulajadi

Elderberry telah ditunjukkan untuk menggalakkan kedua-dua proses membuang air kecil dan air besar. Kajian telah menunjukkan elderberry itu atau Sambucus mempunyai kesan diuretik semulajadi.  Diuretik adalah bahan yang menggalakkan pengeluaran air kencing. Doktor menetapkan diuretik apabila badan mengekalkan terlalu banyak air, yang menjadi masalah biasa di kalangan orang dewasa yang lebih tua.



Kenapa panjang sangat bercerita pasal Elderberry ni?? Mana nak dapatkannya kat Malaysia ni?? Buah-buahan import ni selalunya memang mahal. Kalau yang organik lagi la mahal.

Apa nak cari jauh sangat, Elderberry Eropah ada terkandung dalam Vivix Shaklee. Sebotol Vivix ada 150ml, tapiiiiiiii...kat dalamnya ada 10x resveraterol. Vivix ada 4 ramuan utama yang sememangnya tiada tandingan dari segi khasiatnya.


Apa yang hebat sangat pasal Elderberry dan Vivix ni??? Saya biarkan gambar yang berbicara ye.





Jadi, anda tak payah susah-susah kumpuk duit untuk ke negara Eropah semata-mata nak beli buah purba ini. Apa yang perlu anda buat?? Senang sahaja, call, whatsapp atau mesej je saya untuk order. Paling mudah tekan je link-link kat bawah ni untuk beli Vivix.

Tapi sebelum itu,saya sangat berbesar hati untuk memberitahu bahawa anda semua layak untuk mendapatkan konsultansi percuma daripada saya sebelum,semasa dan juga selepas pembelian dilakukan.

SID : 1133646
Fb Page : Idayu Irdina
Ig : @idayu_irdina
No.HP : 013-9189500



Sebenarnyakan...lebih jimat jika anda membeli 2 botol Vivix di dalam SATU resit. Sebab, anda akan mendapat semua ini dengan percuma...

 Percuma keahlian shaklee jimat RM70
Percuma penghantaran melalui Gdex / City Link
Cashback rebate  /-rm35 masuk akaun anda