Wednesday 12 July 2017

Resepi detox untuk kuruskan badan dan kempiskan perut buncit

Assalamualaikum...haiii....kali ni saya nak kongsikan beberapa resepi detox untuk kuruskan badan dan kempiskan perut buncit. Mungkin kita dah biasa baca dan tahu resepi air detox kan??Kali ni ada extra info lagi berkenaan toksin, detox dan simptom-simptom badan dipenuhi toksin.


Sebelum itu, saya nak terangkan sedikit maksud detox dalam bahasa mudah difahami. Ringkasnya, detoks adalah proses di mana seseorang membuat perubahan gaya hidup untuk membersihkan toksin di dalam badan mereka. Perubahan gaya hidup ini biasanya melibatkan diri dari beberapa perkara yang berbahaya dan mengoptimumkan proses badan. Sesetengah perubahan adalah sementara, seperti mengikuti diet pembersihan, yang lain kekal.

Mungkin saya juga patut terangkan secara ringkas tentang toksin. Toksin adalah sebarang bahan yang beracun di mana ia boleh menyebabkan kesan buruk kepada kesihatan kita. Toksin merujuk kepada semua logam, bahan kimia, bahan pencemar, bahan makanan tiruan, racun perosak, dan racun yang menyebabkan kerosakan tubuh. Terdapat jugak toksin daripada bahan semula jadi contohnya seperti arsenik.


Tanpa kita sedar, badan kita ni mungkin telah memikul beban lebih 8kg toksin. Jika kita jarang bersenam dan tidak mengamalkan gaya pemakanan yang sihat, ia akan menyebabkan badan kita menjadi gemuk dan perut buncit serta beberapa masalah kesihatan yang lainnya. Jom kita periksa simptom-simptom badan kita yang mungkin dipenuhi toksin dan perlu detox untuk jadi lebih sihat. Antara simptom-simptomnya adalah :

1 - Sensitif terhadap bau
Hidung kita sememangnya amat sensitif dengan bau. Namun, jika badan kita mempunyai banyak toksin, ia akan mengakibatkan kita rasa pening kepala, sakit perut dan lain-lain apabila kita terhidu sesuatu bau yang tidak menyenangkan deria bau kita.

2 - Mengalami masalah pada kulit
Kesan ketara pada kulit yang kita boleh lihat dengan tumbuhnya jerawat di muka dan juga di badan. Selain daripada faktor penggunaan bahan kecantikan kulit yang tidak sesuai dan mempunyai bahan terlarang yang bertoksin tinggi, faktor pemakanan yang kurang sihat juga penyumbang kepada masalah kulit. Kulit akan mengalami masalah jika terdapat jumlah toksin berlebihan di dalam badan.



3- Masalah sembelit
Salah satu fungsi usus di dalam tubuh kita adalah menyingkirkan toksin. Tetapi, sekiranya kita mengalami masalah sembelit,toksin yang terkumpul di dalam badan kita akan turut tersimpan dan boleh memburukkan lagi sembelit yang kita alami.

Sembelit yang teruk boleh mengakibat rasa sakit kepala, masalah pernafasan dan masalah kulit. Elakkan mengambil makanan yang mempunyai banyak bahan pengawet, bahan kimia, pestisisda dan lain-lain. 

4- Masalah berat badan
Rata-rata daripada kita yang mengalami masalah berat badan berlebihan akan mencuba produk-produk menguruskan badan yang berlambak dipasaran. Tanpa kita sedar, tanpa kita ketahui produk tersebut mengandungi jumlah toksin yang sangat tinggi. Namun, hasilnya tetap sama, berat badan kita sukar untuk turun juga.

Penyelesaian terbaik bagi masalah berat badan adalah dengan melakukan detoksifikasi. Semasa melakukan proses detox, berat badan kita akan turun secara sihat, kulit akan menjadi bertambah baik dan masalah kesihatan lain pun akan beransur pulih.



5- Mulut berbau
Walaupun sudah menggosok gigi, kunyah gula-gula mint, berkumur dengan listerin, masalah mulut berbau tetap juga ada. Itu salah satu tanda badan kita banyak toksin. Hati kita sedang berusaha keras untuk menyingkirkan toksin di dalam badan.

Baik, terdapat pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk melakukan detoksifikasi bagi menyingkirkan toksin di dalam badan sekaligus membantu menurunkan berat badan kita. Di sini saya ingin kongsikan beberapa resepi air detox yang pernah viral sebelum ini. Boleh lah cuba buat di rumah nanti ye.

Resepi air detox



Nenas daun pudina
 
Bahan:
Beberapa hirisan buah nenas di potong nipis
Beberapa helai daun pudina 

Cara membuatnya:
.Masukkan daun pudina ke dalam balang kaca dan renyukkan.

Masukkan potongan buah nenas tadi dan lenyekkan sedikit untuk keluarkan jusnya.

Masukkan ketulan ais ke dalam balang. Lalu diisikan air ke dalamnya.

Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman atau selama 8jam sebelum diminum.

Nenas bagus untuk membantu mengatasi masalah sendi. Manakala daun pudina pula membantu menyokong sistem penghadaman kita.



Kiwi strawberi

Bahan:
Kiwi
Strawberi
Air

Cara membuatnya:
Masukan beberapa beberapa biji buat strawberi yang di belah 4 ke dalam balang kaca.

Masukkan sebiji buah kiwi yang dibuang kulit dan dihiris nipis ke dalam balang kaca yang sama.

Masukkan air lalu disimpan di dalam peti sejuk. Biarkan semalaman sebelum sedia diminum.

Tembikai strawberi



Bahan:
2 cawan kiub tembikai
1 cawan strawberi

Cara membuatnya:  
Masukkan 2 jenis buah-buahan ini ke dalam balang kaca dan isikan air.

Simpan di dalam peti sejuk selama 4-6 jam sebelum dinikmati pada bila-bila masa.

Air detox ini bagus untuk anti-radang dan kecantikan kulit.

Cuka epal lemon kulit kayu manis

Bahan:
1 biji epal
2 sudu besar cuka epal
1 sudu besar jus lemon
1 sudu kecil serbuk kayu manis

Cara membuatnya:
Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus. Tuangkan ke dalam jag air, masukkan beberapa ketulan epal dan gaul sebati. Terus boleh dinikmati.

Epal kaya dengan serat yang membantu proses perkumuhan. Manakala kulit kayu manis dapat membantu mengawal selera makan.



Halia lemon
Bahan:
1 hiris lemon
1/2 inci halia

Cara membuatnya:
Masukkan lemon dan halia ke dalam segelas air suam. Amalkan meminumnya setiap pagi.

Air detox ini membantu mencegah kanser, melegakan tubuh badan dan membantu mengeluarkan toksin yang terkumpul di dalam badan.



Selain mengamalkan air detox ni, kita juga boleh mengamalkan pengambilan suplemen yang dijamin selamat, sihat dan berkesan seperti set detox Shaklee ini.



Jom dapatkan set detox anda sekarang. Konsultansi percuma diberikan sebelum, semasa dan selepas pembelian dilakukan.

FB Page: Idayu Irdina
IG: #idayuirdina
No.HP:  013-9189500






No comments:

Post a Comment