Wednesday 12 July 2017

Resepi detox untuk kuruskan badan dan kempiskan perut buncit

Assalamualaikum...haiii....kali ni saya nak kongsikan beberapa resepi detox untuk kuruskan badan dan kempiskan perut buncit. Mungkin kita dah biasa baca dan tahu resepi air detox kan??Kali ni ada extra info lagi berkenaan toksin, detox dan simptom-simptom badan dipenuhi toksin.


Sebelum itu, saya nak terangkan sedikit maksud detox dalam bahasa mudah difahami. Ringkasnya, detoks adalah proses di mana seseorang membuat perubahan gaya hidup untuk membersihkan toksin di dalam badan mereka. Perubahan gaya hidup ini biasanya melibatkan diri dari beberapa perkara yang berbahaya dan mengoptimumkan proses badan. Sesetengah perubahan adalah sementara, seperti mengikuti diet pembersihan, yang lain kekal.

Mungkin saya juga patut terangkan secara ringkas tentang toksin. Toksin adalah sebarang bahan yang beracun di mana ia boleh menyebabkan kesan buruk kepada kesihatan kita. Toksin merujuk kepada semua logam, bahan kimia, bahan pencemar, bahan makanan tiruan, racun perosak, dan racun yang menyebabkan kerosakan tubuh. Terdapat jugak toksin daripada bahan semula jadi contohnya seperti arsenik.


Tanpa kita sedar, badan kita ni mungkin telah memikul beban lebih 8kg toksin. Jika kita jarang bersenam dan tidak mengamalkan gaya pemakanan yang sihat, ia akan menyebabkan badan kita menjadi gemuk dan perut buncit serta beberapa masalah kesihatan yang lainnya. Jom kita periksa simptom-simptom badan kita yang mungkin dipenuhi toksin dan perlu detox untuk jadi lebih sihat. Antara simptom-simptomnya adalah :

1 - Sensitif terhadap bau
Hidung kita sememangnya amat sensitif dengan bau. Namun, jika badan kita mempunyai banyak toksin, ia akan mengakibatkan kita rasa pening kepala, sakit perut dan lain-lain apabila kita terhidu sesuatu bau yang tidak menyenangkan deria bau kita.

2 - Mengalami masalah pada kulit
Kesan ketara pada kulit yang kita boleh lihat dengan tumbuhnya jerawat di muka dan juga di badan. Selain daripada faktor penggunaan bahan kecantikan kulit yang tidak sesuai dan mempunyai bahan terlarang yang bertoksin tinggi, faktor pemakanan yang kurang sihat juga penyumbang kepada masalah kulit. Kulit akan mengalami masalah jika terdapat jumlah toksin berlebihan di dalam badan.



3- Masalah sembelit
Salah satu fungsi usus di dalam tubuh kita adalah menyingkirkan toksin. Tetapi, sekiranya kita mengalami masalah sembelit,toksin yang terkumpul di dalam badan kita akan turut tersimpan dan boleh memburukkan lagi sembelit yang kita alami.

Sembelit yang teruk boleh mengakibat rasa sakit kepala, masalah pernafasan dan masalah kulit. Elakkan mengambil makanan yang mempunyai banyak bahan pengawet, bahan kimia, pestisisda dan lain-lain. 

4- Masalah berat badan
Rata-rata daripada kita yang mengalami masalah berat badan berlebihan akan mencuba produk-produk menguruskan badan yang berlambak dipasaran. Tanpa kita sedar, tanpa kita ketahui produk tersebut mengandungi jumlah toksin yang sangat tinggi. Namun, hasilnya tetap sama, berat badan kita sukar untuk turun juga.

Penyelesaian terbaik bagi masalah berat badan adalah dengan melakukan detoksifikasi. Semasa melakukan proses detox, berat badan kita akan turun secara sihat, kulit akan menjadi bertambah baik dan masalah kesihatan lain pun akan beransur pulih.



5- Mulut berbau
Walaupun sudah menggosok gigi, kunyah gula-gula mint, berkumur dengan listerin, masalah mulut berbau tetap juga ada. Itu salah satu tanda badan kita banyak toksin. Hati kita sedang berusaha keras untuk menyingkirkan toksin di dalam badan.

Baik, terdapat pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk melakukan detoksifikasi bagi menyingkirkan toksin di dalam badan sekaligus membantu menurunkan berat badan kita. Di sini saya ingin kongsikan beberapa resepi air detox yang pernah viral sebelum ini. Boleh lah cuba buat di rumah nanti ye.

Resepi air detox



Nenas daun pudina
 
Bahan:
Beberapa hirisan buah nenas di potong nipis
Beberapa helai daun pudina 

Cara membuatnya:
.Masukkan daun pudina ke dalam balang kaca dan renyukkan.

Masukkan potongan buah nenas tadi dan lenyekkan sedikit untuk keluarkan jusnya.

Masukkan ketulan ais ke dalam balang. Lalu diisikan air ke dalamnya.

Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman atau selama 8jam sebelum diminum.

Nenas bagus untuk membantu mengatasi masalah sendi. Manakala daun pudina pula membantu menyokong sistem penghadaman kita.



Kiwi strawberi

Bahan:
Kiwi
Strawberi
Air

Cara membuatnya:
Masukan beberapa beberapa biji buat strawberi yang di belah 4 ke dalam balang kaca.

Masukkan sebiji buah kiwi yang dibuang kulit dan dihiris nipis ke dalam balang kaca yang sama.

Masukkan air lalu disimpan di dalam peti sejuk. Biarkan semalaman sebelum sedia diminum.

Tembikai strawberi



Bahan:
2 cawan kiub tembikai
1 cawan strawberi

Cara membuatnya:  
Masukkan 2 jenis buah-buahan ini ke dalam balang kaca dan isikan air.

Simpan di dalam peti sejuk selama 4-6 jam sebelum dinikmati pada bila-bila masa.

Air detox ini bagus untuk anti-radang dan kecantikan kulit.

Cuka epal lemon kulit kayu manis

Bahan:
1 biji epal
2 sudu besar cuka epal
1 sudu besar jus lemon
1 sudu kecil serbuk kayu manis

Cara membuatnya:
Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus. Tuangkan ke dalam jag air, masukkan beberapa ketulan epal dan gaul sebati. Terus boleh dinikmati.

Epal kaya dengan serat yang membantu proses perkumuhan. Manakala kulit kayu manis dapat membantu mengawal selera makan.



Halia lemon
Bahan:
1 hiris lemon
1/2 inci halia

Cara membuatnya:
Masukkan lemon dan halia ke dalam segelas air suam. Amalkan meminumnya setiap pagi.

Air detox ini membantu mencegah kanser, melegakan tubuh badan dan membantu mengeluarkan toksin yang terkumpul di dalam badan.



Selain mengamalkan air detox ni, kita juga boleh mengamalkan pengambilan suplemen yang dijamin selamat, sihat dan berkesan seperti set detox Shaklee ini.



Jom dapatkan set detox anda sekarang. Konsultansi percuma diberikan sebelum, semasa dan selepas pembelian dilakukan.

FB Page: Idayu Irdina
IG: #idayuirdina
No.HP:  013-9189500






Tuesday 11 July 2017

Cara mengatasi masalah kulit muka kering dan kusam serta berjeragat

Cara mengatasi masalah kulit muka kering dan kusam serta berjeragat telah banyak dikongsikan di media sosial. Tapi, tiada yang berkesan dan dapat mengatasi masalah kulit yang dihadapi oleh anda?? Selain itu, kita juga rasa takut nak cuba produk penjagaan muka yang berlambak dipasaran sebab banyak yang memberikan kesan buruk setelah menggunakannya.



Muka kita menjadi kering dan kusam sebab kulit kita tidak dapat mempertahankan kelembapan kulit. Ditambah dengan cuaca yang panas terik, menyebabkan mudahnya pembentukan jeragat di wajah kita. Lagi parah jika terdapat lingkaran gelap dan garis kedutan kecil di bawah mata, ia menyebabkan kita jadi kurang yakin untuk berdepan dengan masyarakat.

Kita boleh mencuba beberapa petua untuk mengembalikan keanjalan dan kelembapan wajah kita. Tapi, masa yang ada tidak cukup untuk kita gunakan sebaiknya bagi menjaga wajah kita. Jadi, langkah paling mudah adalah dengan menggunakan set penjagaan wajah yang sesuai dengan kulit kita.



Selain mempunyai rangkaian produk vitamin yang telah banyak membantu jutaan penduduk dunia mengatasi masalah kesihatan mereka. Shaklee juga mempunyai rangkaian untuk kecantikan wajah dan penjagaan rambut.

Bagi masalah kulit muka kering dan kusam serta berjeragat, set penjagaan wajah Enfuselle basic system normal - dry sangat bagus untuk diamalkan. Selain daripada semuanya berasaskan bahan-bahan semulajadi, ia juga mempunyai fungsi-fungsi tertentu bagi setiap produk. Set penjagaan wajah Enfuselle ini sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita.



Hydrating Cleansing Lotion
========================
Pencuci muka yang membantu membersihkan muka daripada kotoran dan juga mekap tanpa memjejaskan lapisan minyak semulajadi pada kulit. 1 botol Hydrating cleansing lotion mampu bertahan sehingga 6-8 bulan penggunaan.

Antara kelebihan Hydrating cleansing lotion adalah:
- diperkaya dengan kandungan emolien dan juga vitamin E bagi membantu seimbangkan, menghaluskan dan menyerikan kulit wajah

- membantu mencerahkan tona kulit muka dengan sekata

- membantu menyeimbangkan pH kulit dan juga hipoalergenik.



Hydrating Toner
===============
Hydrating toner membantu membersihkan dan melegakan kulit wajah kita, selain ia juga membantu meneutralkan tindak balas yang boleh menjejaskan kulit. 1 botol Hydrating toner mampu bertahan sehingga 6-12bulan penggunaan.

- membantu menyimbangkan pH kulit dan meneutralkan tindak balas negatif besi semasa penggunaan air paip

- dirumuskan tanpa menggunakan alkohol 

- kandungan ekstrak witch hazel dan kamomil membantu membersihkan, melembutkan dan melindungi lapisan minyak semulajadi kulit.



Hydrating Moisturizer
====================
Krim yang tidak melekit, tanpa minyak dan kaya dengan pelembap. Ia dapat membantu meningkatkan kelembapan kulit sehingga 24jam. Selain itu, ia mampu bertindak dengan pantas membantu menghaluskan, menganjalkan dan menghidratkan kulit.

- kajian membuktikan 102% peningkatan kelembapan kulit dalam masa 28 hari

- dalam masa 28 hari penggunaan, sebanyak 195% garis halus di wajah dapat dikurangkan

- 21% kedutan dapat dikurangkan dalam masa 28hari

- ia dibuktikan secara klinikal dan ia juga hipoalergenik.



Eye Treatment
==============
Terbukti secara klinikal dapat membantu mengurangkan garis-garis halus, kedutan dan lingkaran gelap bawah mata. Kecil-kecil cili padi, 1 tiub 14ml mampu digunakan sehingga 12bulan penggunaan.

Kajian klinikal menunjukkan hasil :
- 233% pengurangan kedutan di bawah mata dalam masa 2 minggu

- 120% membantu peningkatan keanjalan dan ketegangan kulit dalam masa 2 minggu

- sebanyak 209% garis halus yang ketara dapat dikurangkan dalam masa 8 minggu

- peningkatan kelembapan kulit sebanyak 32% dalam masa 8minggu

- mengandungi botani anti penuaan dan vitamin C bagi membekalkan khasiat yang ketara untuk kulit 

- telah menjalani ujian oleh pakar oftalmolagi dan ianya selamat digunakan oleh pemakai "contact lens" dan ianya hipoalergenik.


Jom dapatkan set penjagaan wajah untuk kulit kering ini sekarang. Anda layak untuk mendapat konsultansi percuma daripada saya sebelum, semasa dan selepas pembelian dilakukan.

FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : 013-9189500

Untuk pembelian produk secara online, anda boleh klik link-link di bawah ini.



Untuk mendapatkan penjimatan sehingga 25%, anda boleh mendaftarkan diri sebagai ahli terlebih dahulu sebelum membuat pembelian produk. Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan juga bantuan khidmat nasihat.