Monday 15 August 2016

TIPS UNTUK MEMULIHKAN TULANG RUSUK YANG PATAH

Assalamualaikum....

Agak lama saya tidak menulis blog ini... dah bersarang pun...
Sebenarnya banyak peristiwa yang berlaku dalam hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini...

Awal tahun 2016 dapat kerja baru...syukur Alhamdulillah...masa tu 1st time hantar anak kat pengasuh..ibu dan anak..sama-sama mengangis...balik kerja terus ambil anak kat rumah pengasuh..
peluk cium kami dua beranak macam setahun tak jumpa...hahaha


Tak sampai 3bulan kerja...pada 23hb Mac 2016 kami suami isteri mengalami kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan ke tempat kerja...berguling-guling kami kat atas highway itu...Syukur sebab masih lagi Allah berikan peluang untuk bernafas...suami menerima 20 jahitan di kawasan muka... makala saya pulak patah tulang rusuk....dan luka-luka ringan yang tak ringan sangat la rasa sakitnya..malam-malam nak tidur tak lena....berdenyut rasanya....




Tulang rusuk belakang..no.2 daripada atas...yang itu yang patah...nak baring susah..nak duduk susah... nak berdiri susah...sampai sekarang..saya tidak boleh mengangkat benda-benda berat... masih terasa sakitnya itu....

Untuk pengetahuan semua...kalau patah tulang rusuk..doktor tidak akan bedah untuk pulihkan tulang yang patah....mereka akan nasihatkan supaya kita berehat dan jangan banyak bergerak...baiklah...di sini saya kongsikan beberapa tips yang saya amalkan semasa tulang patah...selepas 3 minggu....saya dah boleh memandu sejauh lebih 80KM dalam masa 1 hari....

TIPS MEMULIHKAN TULANG RUSUK YANG PATAH

1- POSISI TIDUR
    Posisi tidur memainkan peranan penting untuk memulihkan tulang rusuk yang patah.  Sila tidur dalam keadaan terlentang bagi membolehkan tulang yang patah itu bersambung elok kembali. Jangan tidur bersandar atau dalam keadaan yang tidak selesa. Apabila tidur dalam keadaan terlentang, kita akan merasa lebih selesa. Jika ingin solat, kita boleh solat secara terlentang, Islam itu indah. Lihat gambar di bawah.



2- HADKAN PERGERAKAN
    Sebaik-baiknya kita cuba mengehadkan pergerakan kita. Bergerak apabila perlu sahaja. Jika kita kurang bergerak, kurang la rasa sakit yang kita alami. Kalau acap kali bergerak, dikhuatiri acap kali juga la banjir air mata nanti...hahhaha.... Jika ingin melepaskan hajat, janganlah ditahan. Bangun perlahan menuju ke tandas. Jika ingin berwudhuk,minta pertolongan mahram kita untuk bantu kita berwudhuk. Contohnya, sediakan air dalam botol semburan, lalu disemburkan ke tempat-tempat yang sebagaimana kita berwudhuk.



4- MENGAMBIL MAKANAN TAMBAHAN
    Tips yang paling penting adalah bab pemakanan. Selain daripada kita pantang makanan yang boleh memudaratkan kesihatan kita yang baru lepas kemalangan ni. Kita perlu ambil makanan tambahan yang mana boleh membekalkan nutrisi-nutrisi yang bagus untuk proses pemulihan tulang yang patah dan juga penyembuhan luka dengan cepat.


Suplemen Shaklee ni bukan cikai-cikai tau...sebahagian produk diorang ni geng angkawasan NASA pun amalkan jugak tau...tak percaya cer klik link ni.

Ok..saya terangkan serba sedikit tentang produk yang saya amalkan ini..Alahamdulillah..ianya sangat berkesan dan tiada kesan sampingan yang lain..kalau ada kesan sampingan takkan NASA pun panggil SHAKLEE sediakan vitamin untuk angkasawan diorang kan???

Energizing Soy Protein (ESP)
-protein di dalam ESP ini dapat membantu pertumbuhan sel-sel baru bagi menggantikan sel-sel yang telah rosak atau mati. Jangan tak tahu..ESP juga merupakan HOT produk untuk ibu menyusu dan juga wanita yang inginkan kulit gebu semulus kulit bayi....hihihihi...

Sustained Released Vit-C Plus
- Vit C dapat membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan juga pembinaan kolagen tulang. Disamping juga dapat membantu mengecutkan jerawat-jerawat daku yang naik bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan...hakak tak sempat nak jaga wajah dik non semasa sakit.

Ostematrix
-Yang ni suplemen paling saya suka. Saya amalkan sejak hamilkan anak sulung sampai lah sekarang. Ostematrix adalah gabungan kalsium, magnesium dan vitamin D. Semua tahukan kalsium adalah komposisi utama dalam tulang manusi. Jadi, kalsium ini penting dalam proses penyembuhan tulang. Vitamin D pulak memainkan peranan supaya kalsium dapat diserap secara optimum oleh tubuh.

Doktor beritahu saya, selepas 5 minggu baru hilang rasa sakit tetapi tulang yang patah tidak pulih sepenuhnya lagi. Tetapi, saya beritahu anda yang selepas 2 minggu rasa sakit itu telah beransur hilang dan minggu ke-3 saya sudah memandu kereta lebih 80KM.

Yang penting kita perlu rehat secukupnya, amalkan pemakanan yang sihat dan pilihlah suplemen yang betul-betul dapat membantu kita untuk pulih kembali. Semangat yang kuat dapat membantu kita sembuh lebih cepat.

Jika berminat untuk mendapatkan suplemen Shaklee, anda boleh whatsapp @ mesej saya di talian

013-918 9500
Idayu Irdina
SID: 1133646

No comments:

Post a Comment