Wednesday 18 March 2015

Gastrik vs Gastrik Kronik!Bahaya dan Cara Mengatasinya.

Sedang sibuk bekerja, tiba-tiba rasa tidak selesa di dalam dada. Sakit di perut rasa bagai dicucuk-cucuk. Jeling tengok jam ditangan, 'Oh...dah jam 1 petang. Patut la rasa semacam je...dah rasa lapar. Pagi tadi tak sempat nak sarapan'. Pergi ke kafeteria untuk membeli makanan, baru je makan sikit perut dah rasa tak selesa. Teruskan juga habiskan makanan, tapi...muntah akhirnya sebab perut dah masuk angin, rasa berasid saja dalam perut ni. 'Kenapa?'. Itu merupakan salah satu simptom penghidap gastrik sebenarnya. 

Wanita ini telah mengalami penyakit gastrik yang kronik sehingga tidak mampu makan dan berdiri dengan betul. Tetapi, sekarang sudah mampu meneruskan pekerjaan walaupun lambat bersarapan atau lewat makan tengah hari.


Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.

Menurut keterangan Dr. Mohd Faisal Jabar ( Pakar perunding pembedahan laparoskopi), gastrik terbahagi kepada dua bahagian iaitu gastritis dan ulser perut ataupun peptik.


Perbezaan Antara Gastrik dan Gastrik Kronik

Gastritis merupakan keradangan mukosa yang melapik dinding perut. Secara semula jadinya, perut kita mengeluarkan asid hidroklorik yang berfungsi mencerna makanan. Asid hidroklorik sangat kuat dan bersifat menghakis. Sebab itu lah lapisan perut kita dilapisi dengan mukosa bagi mengelakkannya terhakis. Gastrik berlaku sekiranya tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik dengan kekuatan lapisan pertahanan. 


Sekiranya kita merasa sakit perut ketika lapar, itu bermakna asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut. Namun, seandainya kita merasa sakit perut selepas makan. Itu bermakna kita mungkin mengalami ulser. Ini kerana lapisan mukosa telah menjadi lemah dan tidak mampu melawan beban asid hidroklorik yang dirembeskan. Tambahan, ia mampu mengakibatkan berlakunya keradangan.

Antara tanda utama sakit gastrik adalah rasa sakit perut, senak, berangin, pedih, sendawa berulang kali, kerap kentut selepas makan, loya, muntah, hilang selera makan dan berat badan turun.

Pada tahap gastrik kronik, pesakit boleh mengalami ulser perut yang menyebabkan pendarahan. Pendarahan boleh dilihat dalam dua bentuk iaitu najis menjadi hitam seperti tar dan muntah mengandungi darah ataupun hitam seperti kopi.


Kebiasaannya, lelaki lebih berisiko menghidap penyakit ini dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda daripada wanita. 

Punca penyakit gastrik

Tambah Dr. Mohd Faisal lagi, cara pengambilan makanan yang tidak betul dan merokok adalah antara punca utama penyakit gastrik. Minuman keras, berkafein, berkarbonat, makanan pedas, berlemak dan kari antara stimulus untuk jus usus dirembes dengan banyak. Selain itu, individua yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh masa yang lama seperti ubat keradangan anti steroid (NSAID) termasuklah aspirin yang diambil oleh pesakit jantung untuk mencairkan darah. Ini semua merupakan faktor yang menyebabkan gastrik.

Cara merawat sakit gastrik

Kebanyakan pesakit gastrik ini tidak mendapatkan rawatan yang betul. Ramai yang salah anggap kerana tidak mengambil ubat tetapi menggantikannya dengan makanan. Walhal, mereka seharusnya mengambil ubat seperti yang disarankan oleh pakar.

Selain daripada pengambilan ubat-ubatan yang dibekalkan di hospital atau pun klinik. Pengambilan makanan tambahan juga bagus untuk elakkan gastrik daripada menyerang. Antaranya adalah pengambilan Energizing Soy Protein ( ESP ), B complex, Ostematrix dan Peppermint Ginger Plus.


Set melegakan gastrik Shaklee


Energizing Soy Protein (ESP)
- merupakan protein kacang soya yang bersifat alkali dan dapat meneutralkan asid.
- dapat memberikan rasa kenyang dan mengandungi zat asid amino yang perlu untuk
  membina dan membaiki semula sel-sel yang terhakis akibat rembesan asid hidroklorik.

B complex
- berfungsi untuk melancarkan aliran darah yang seterusnya memberikan kita rasa tenang
  dan tidak tertekan yang boleh menjadi punca sakit gastrik.
- membantu meringankan rasa sakit perut bagi mengelakkan kebergantungan kepada ubat.

Ostematrix
- alternatif bagi menggantikan susu bagi mereka yang tidak gemarkan susu.
- bersifat alkali dan membantu meneutralkan asid yang telah memasuki kawasan esofagus
  yang menyebabkan rasa pedih ulu hati.

Peppermint Ginger Plus
- membantu membuang angin yang berkumpul di dalam badan.
- membantu melegakan ketidakselesaan dalam perut.
- membantu pencernaan dan mengelakkan daripada ketidakhadaman.

Hubungi saya Puan Idayu Irdina untuk konsultansi percuma dan dapatkan produk anda sekarang dengan harga promosi. Anda juga boleh whatsapp/telegram/wechat/viber pada 013-918 9500



Hubungi pengedar sah Shaklee Kelantan
011-37547279
SID: 1133646

COD kawasan Rantau Panjang, Pasir Mas, Lati, Lubok Jong, Meranti, Salor, Kota, Pintu Geng, Tesco, KB Mall, Kota Bharu.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=367c9ae075bd4d63b91356f0206bebe5







No comments:

Post a Comment