Thursday 19 March 2015

Tips Hidup Bahagia dan Lebih Produktif

Dalam zaman yang serba memerlukan duit sekarang ini, banyak kita lihat berlakunya kes-kes penceraian, perebutan harta, hasad dengki dan banyak lagi perkara negatif telah berlaku. Kenapa kita perlu lalui hidup yang penuh dengan fikiran yang kacau-bilau sedangkan kita mampu untuk hidup lebih tenang dan bahagia.




Terdapat satu situasi di mana terdapat sebuah keluarga yang sangat sibuk mencari harta dunia. Ayah seorang ahli perniagaan tersohor, ibu pula seorang usahawanita berjaya. Namun, kehidupan mewah mereka tidak mampu untuk memberikan ketenangan dan kepuasan hati. Kenapa ini semua terjadi?Di manakah kegembiraan mereka?

Seandainya manusia diberikan lembah yang dipenuhi emas, nescaya mereka akan mencari lembah yang lain pula. Ini menunjukkan sikap tamak kita yang ada dalam diri kita. Seharusnya kita mendidik diri untuk jadi lebih baik dan produktif seperti wanita ini. Apakah rahsia tips kejayaan hidup dia.


Tip Menjadi Manusia Produktif & Tak Kesal Dengan Apa Yg Ada from iReach HD on Vimeo.

5 Tips mudah untuk bahagia dan produktif dalam hidup.

Menurut Monty Satiadarma iaitu seorang psikologist, kebahagian seseorang adalah kebolehan dia menerima sesuatu keadaan. Cara dia melihat dan menilai situasi itu samada dari sudut pandangan positif, menghayati makna pengalaman hidup, merelakan pengalamannya dan melakukan perubahan dalam hidup dan berupaya melepaskan dirinya daripada belenggu pengalaman yang emosional.



1- Buang perasaan takut dan khuatir

Positifkan fikiran kita supaya kita dapat menjadi insan yang lebih produktif. Perasaan takut dan khuatir adalah aura negatif yang menjadi penghalang untuk kita melakukan sesuatu yang di luar kotak pemikiran kita.

2- Buang perasan hasad dengki dan dendam

Perasaan iri hati atau hasad dengki dan juga suka berdendam adalah merupakan penyakit hati. Sejauh mungkin perlu dielakkan daripada perasaan ini menghuni di hati. Jangan sia-siakan tenaga kita untuk berdendam dan menyimpan rasa tidak puas hati melihat kejayaan orang lain. Seeloknya kita memikirkan cara untuk memajukan diri seperti mereka.

3- Catat 101 impian yang ingin dicapai

Semua orang mempunyai matlamat, azam, cita-cita dan impian yang ingin dicapai. Tulis 101 impian yang ingin dicapai di dalam buku nota kita. Baca setiap hari impian yang kita tulis, supaya menjadi pendorong untuk kita capai impian kita.




4- Rancang kehidupan

Rancang corak kehidupan kita agar selari dengan cita-cita kita untuk merealisasikan impian yang kita idamkan. Tanam semangat untuk terus berusaha sehingga mencapai impian kita.

5- Tingkatkan jati diri

Jadikan impian kita suatu kenyataan adalah pendorong untuk kita terus melakukan sesuatu hingga berjaya. Tanamkan disiplin dalam diri, kuatkan jati diri dan semangat untuk terus melakukan gerak untuk mencapai impian kita.

Setiap perkara yang kita lakukan di dunia ini tidak lepas daripada pandangan Yang Maha Esa. Sesungguhnya setiap rezeki yang diberikan kepada kita datang daripada-Nya. Bersyukurlah di atas kurniaan rezeki yang diberikan. Bersedekahlah sebahagian daripadanya kerana Allah pernah berfirman bahawa sebahagian rezeki yang kita peeolehi adalah milik orang lain. Bahagikanlah harta yang diperolehi supaya mendapat keberkatan daripada-Nya.




Sekiranya kita sentiasa stress dan buntu dalam menyusun percaturan hidup kita. Kita seharusnya mencari alternatif lain untuk meredakannya seperti mengambil supplemen untuk kesihatan otak dan tubuh badan kita.

B complex
Vitamin ni mengandungi kesemua jenis vitamin B yang diperlukan oleh badan kita. Ia juga dapat meredakan stress dan membantu menguatkan antibodi badan.





Hubungi saya untuk konsultansi percuma 

013-918 9500
SID: 1133646



No comments:

Post a Comment