Friday 20 January 2017

Cara jana pendapatan tambahan dari rumah tanpa modal

Penting ke buat side income???
.........................................................

Susah sebenarnya nak jawab soalan ini. Sebab ia terlalu subjektif, bergantung kepada taraf ekonomi seseorang dan juga keinginan dia untuk hidup bebas hutang dan ada duit simpanan yang banyak untuk hari tua dan waktu kecemasan.



Sesetengah orang sudah selesa dengan kehidupan mereka yang total jumlah pendapatan RM2k je sebulan. Ada juga yang dah jadi doktor, gaji ribu riban sebulan, ada klinik sendiri tapi buat jugak side income dengan menjual vitamin ni. Penting ke tak ada side income ni kena tepuk dada tanya hati. Eh! perlu ke aku ada side income ni??

Kepentingan side income bagi suri rumah
........................................................................

Kenapa suri rumah?? Sebab saya seorang suri rumah. Eh..Eh..Eh...bukan sebab itu. Perasan tak, zaman dulu ke, zaman sekarang ke, ramai ibu-ibu yang buka meja kat tepi jalan @ menjaja kuih-muih, nasi lemak untuk sarapan pagi. Itu dikira side income sebab mereka meniaga sekejap je, dari jam 6-9 pagi je. Selepas itu, sibuk menguruskan anak-anak.



Untuk apa ibu-ibu ini cari side income?? Baik tinggal kat rumah jaga anak aje. Biar suami je yang cari duit!!!Tapi, bil-bil yang banyak tu macam mana nak bayar??Duit gaji habis untuk bayar bil, simpanan untuk hari tua macam mana pulak??



Sebab mereka cuba untuk bangunkan potensi dalam diri mereka untuk berjaya walaupun hanya menjual sarapan pagi. Tetapi, sekiranya sarapan pagi mereka habis dijual, itu dikira kejayaan buat mereka. Keuntungan yang dapat tadi boleh disimpan, digunakan dan dijadikan modal tambahan untuk buat lebih bayak sarapan untuk keesokan pagi.

Sama la macam saya, saya seorang suri rumah dan mempunyai seorang anak. Suami saya bekerja makan gaji. Kalau ikutkan gaji dia, memang cukup untuk menampung perbelanjaan hidup kami sekeluarga. Tapi, kenapa saya nak buat side income jugak??



Sebab saya ada impian untuk dicapai. Saya seorang pemegang ijazah sarjana muda kejuruteraan. Saya pernah bekerja sebagai jurutera di sebuah kilang. Saya sanggup berhenti kerja untuk luangkan lebih banyak masa bersama keluarga. Paling tidak pun, anak-anak membesar 24 jam dipantau oleh kita sendiri sebagai ibu mereka kan??

Apa impian saya nak capai???
  1. Bebas hutang PTPTN yang dipinjam masa belajar dulu.
  2. Mempunyai pendapatan bulanan sama @ lebih gaji yang seorang jurutera dapat.
  3. 10-20% daripada pendapatan bulanan boleh dihulurkan sebagai elaun bulanan untuk ibu ayah di kampung.
  4. Ada simpanan untuk hari tua, memiliki rumah sendiri, perbelanjaan untuk pengajian anak-anak 100% kami tanggung tanpa perlu buat pinjaman PTPTN. Boleh membeli-belah dengan senang hati (all woman need this as a therapy...hahahaha...alasan sangat kan).
  5. Percutian keluarga - saya target sekali setahun kami akan melancong ke luar negara untuk melihat keindahan alam dan budaya orang lain di luar negara.


Jadi, penting ke ada side income ni???
....................................................................

Tanya diri anda, apa yang anda nak dapat dapat dalam hidup ini yang menjadi hak milik anda. Rumah?? kereta mewah?? Nak ada duit kepuk-kepuk sampai tak tahu nak buat apa dengan duit itu??

Bagi saya, memang sangat perlu bagi saya ada side income untuk capai 5 impian saya tadi. Alhamdulillah, saya semakin hampir mencapai sebahagian daripadanya.

Kenapa pilih bisnes Shaklee?? 
....................................................

  1.  Yuran keahlian yang sangat murah (RM80) sahaja. Tapi, saya jadi ahli tanpa perlu bayar yuran keahlian pun. Macam mana tu?? Dengan setiap pembelian bernilai 200uv dalam 1 resit, kita layak untuk mendapatkan keahlian secara percuma. Jadi, semasa hamil dulu suami hadiahkan saya full set hamil & berpantang yang bernilai lebih 200uv. Sebab itu saya dapat keahlian percuma. Serta dapat merasa duit hasil bonus pertama sebagai rebat tunai.


  1. Tidak perlukan modal untuk beli barang sebelum dijual kepada pelanggan. Selepas pelanggan membuat bayaran, barulah saya 'proceed order' mereka. Jadi, saya tidak stress fikirkan soal modal.

  1. Bonus dan keuntungan runcit yang lumayan. Bagi setiap produk yang dijual saya telah untung sebanyak 15-25%. Ditambah lagi bonus yang saya dapat setiap pertengahan bulan sebanyak 3, 4 ,5 ,6 angka pun boleh dapat. Janji, rajin berusaha untuk capai target bonus setiap bulan yang kita nak.

  1. Kami bekerja sebagai satu kumpulan yang besar. 'Support group' yang sentiasa ada untuk membantu dan membimbing kita untuk terus berusaha untuk capai target kita. Dalam kumpulan kami ada yang kerja sebagai doktor, cikgu, akauntan, peniaga online, pakar nutrisi, dan macam-macam lagi karier mereka ni. Jadi, jangan risau, kami semua dengan senang hati dan tak sabar untuk berkongsi ilmu yang kami ada ni dengan anda semua dalam kumpulan kami nanti.

  1. '1 to 1 coaching', selalunya saya akan memberikan fokus yang lebih kepada newbies yang baru-baru nak mencuba dalam bisnes ini secara 'personal coaching'. Sambil-sambil pantau mereka yang terlebih dahulu menyertai kumpulan kami.

  1. Target no.5 saya adalah untuk bercuti ke luar negara bersama keluarga. Shaklee menyediakan percutian bersama keluarga selain kita dan juga ibu ayah kita dihantar mengerjakan umrah secara percuma dengan layanan 5 bintang bagi yang layak.

  1. Nak beli kereta idaman?? Shaklee juga memberikan anugerah 'car bonus' bagi yang layak. Insentif yang dapat tu nanti boleh la bayar ansuran bulanan kereta idaman tu.

  1. Menghadiri kelas-kelas nutrisi yang diadakan secara percuma dan juga berbayar (bayaran murah je pun) oleh pihak Shaklee dan juga mentor-mentor dalam group iReach kami. Biasanya akan dapat hadiah best-best jika join kelas mereka ni.

  1. Tak perlu keluar rumah pun untuk pos barang. Shaklee ada sediakan perkhidmatan 'online order'. Klik-klik je barang dah sampai kat pelanggan. Nak cari pelanggang pun tak susah, sebab rata-rata dah kenal dan tau tentang produk Shaklee. Sambil duk main FB dan Ig tu, promote la sikit apa yang kita jual. Dapat untung untuk bayar bil internet @ bil telefon tu.

Jom sertai kami untuk menambah pendapatan sampingan anda. Supaya nanti di hari tua kita boleh pencen dengan senang hati. Tak perlu risau tentang hutang, tak ada duit bila dah tak larat nak bekerja dan segala macam alasan lagi. Mulakan langkah anda sekarang untuk masa depan. Fast action for Fast result.





No comments:

Post a Comment