Monday 14 November 2016

Pitam semasa hamil dan kesannya.

Biasa terjadi ke tidak kepada ibu-ibu hamil di mana situasinya hampir pengsan di dalam LRT??? Bahaya tau keadaan ini jika benar-benar terjadi ketika kita sedang mengandung. Sebab ia boleh membahayakan keselamatan ibu dan juga bayi di dalam kandungannya itu.



Kebiasaan masalah pitam atau terasa hampir pitam semasa hamil ini berkait rapat dengan paras hemoglobin(Hb) darah ibu hamil.  Ibu hamil yang sihat mempunyai paras Hb yang baik iaitu tidak kurang daripada 11gm/dl. Kekurangan paras Hb atau biasa disebut hb rendah atau lebih dikenali sebagai Anemia.  Anemia terjadi apabila ibu hamil tidak dapat sumber zat besi yang mencukupi untuk menjana penghasilan hemoglobin bagi ibu dan bayinya. Semasa hamil, para ibu perlu dapatkan lebih zat besi untuk menbantu mengekalkan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Namun, terdapat juga faktor-faktor lain yang menyebabkan pitam :

1. Kurang dalam pengambilan makanan kaya zat besi, asid folik dan vitamin B12.

2. Thalasemia (penyebab biasa bagi anemia semasa hamil)

3. Pendarahan berlebihan semasa haid 
Kerap mengandung (kurang dari 2 tahun) atau kerap keguguran

4. Kehamilan kembar

 Jika mengandungkan anak kembar, maka keperluan bagi setiap bayi juga boleh meningkatkan risiko ibu hamil mengalami anemia. Terdapat ramai ibu mengalami anemia dan ianya adalah perkara biasa yang berlaku semasa kehamilan tetapi kita kena lah ambil langkah berjaga-jaga kan.

Simpton-simpton Kekurangan Zat Besi

1. Sesak nafas

2. Para ibu juga akan selalu letih, muKdah mengah dan degupan jantung sangat laju, tidak bermaya.

3. Kerap sakit kepala dan pucat lesu termasuk di bahagian kelopak mata dan kuku. 

Makanan Yang Mengandungi Zat Besi 

30mg zat besi setiap hari diperlukan oleh ibu hamil. Terdapat juga banyak makanan yang mengandungi sumber yang terbaik yang kaya dengan zat besi. Ibu hamil perlu makan lebih sayur-sayuran hijau, bijian yang kaya dengan zat besi, daging merah tanpa lemak, kismis, prun, kekacang dan kerang.

Sekiranya ibu ke klinik dan didapati mengalami masalah hb rendah dan kurang zat besi, doktor akan sarankan untuk ambil makanan yang kaya dengan zat besi dan juga beliau akan berikan pil zat besi tetapi pil zat besi ini mempunyai kesan sampingan iaitu sembelit. Bayangkan dah la ibu pening tak sedap badan, tambah lagi sembelit. Oh tidak!

Cara terbaik dan paling senang untuk dapatkan sumber zat besi supaya tidak pitam dan tidak mempunyai sebarang kesan sampingan ialah Vitalea. Vitalea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu ambil obimin lagi. Vitalea ni memang kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa hamil.



Nak lagi cepat penyerapan zat besi, ibu hamil yang comel perlu ambil Vitamin C. Buah-buahan yang mengandungi vitamin C ialah jambu batu, limau, mangga, tembikai dan betik. Jika ibu bekerja di pejabat ataupun kadang-kadang terlupa nak potong buah, jangan risau kerana ibu boleh ambil Vitamin C terbaik dalam bentuk tablet. Sangat mudah dan senang dibawa ke mana saja.


Elak minum teh, kopi dan susu yang akan menganggu penyerapan zat besi.

Jangan Pandang Ringan Kalau HB Rendah, Boleh Bawa Maut!

Pada trimester kedua dan ketiga, bayi anda akan menyerap lebih banyak zat besi dari tubuh badan anda. Disebabkan itu, anda perlu lebih berjaga-jaga pada tempoh ini untuk kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. Kesan anemia pada ibu ialah mudah mendapat jangkitan, lemah jantung dan risiko kematian ibu semasa bersalin adalah tinggi.

Bukan itu sahaja, bahaya anemia ini kepada bayi dalam kandugan boleh menyebabkan bayi lahir kurang berat badan, pramatang, bayi boleh mati dalam perut, keguguran serta pembesaran fizikal dan mental bayi terbantut. Bahaya kan?

Untuk mengelakkan dari mengalami hb rendah dan anemia ini, saya amat sarankan para ibu hamil mengambil zat besi yang secukupnya serta vitamin C untuk penyerapan zat besi yang optimum. Tetapi jika para ibu inginkan kesihatan yang menyeluruh dan optimum kepada diri sendiri dan bayi yang disayangi, ibu perlu dapatkan keperluan optimum dan nutrisi yang sangat lengkap iaitu cukup asid folik, kalsium, magnesium, DHA, EPA dan protein secukupnya.



Saya syorkan supaya ibu hamil mengamalkan kedua-dua jenis vitamin iaitu Vita Lea Multivitamin dan juga Sustained Release Vitamin C untuk penyerapan vitamin yang lebih optimum.

Ibu-ibu hamil boleh berurusan dengan saya untuk tujuan pembelian produk dan juga konsultansi secara percuma.

FB: IdAyu Irdina
Ig: #idayuirdina
     @idayu_irdina
Whatsapp / sms / wechat : 013-918 9500

COD di kawasan Rantau Panjang, Pasir Mas & Kota Bharu.





No comments:

Post a Comment