Thursday 10 November 2016

Kegunaan pencuci serbaguna Basic H

Perkara yang paling merisaukan para ibu adalah apabila anak kecil demam. Mengapa??? Sebab, jika suhu badan sikecil tinggi (demam) macam-macam perkara buruk boleh berlaku termasuklah sawan. Sawan boleh terjadi sekiranya suhu badan sikecil terlalu tinggi. 




Biasanya kalau Ammara demam k.Ayu memang akan selalu jerlum kepala dan badan dia. Memang basah lencun sentiasa baju yang dia pakai tu. Kalau tinggal kat kampung senang la nak petik daun bunga raya untuk jerlum kepala anak (petua orang dulu-dulu). Tapi, kalau dulu tinggal kat Penang, duk rumah flet pulak,mana nak cari daun bunga raya tu???
====================
Basic H penyelamatku
====================
Nasib baik la masa tu baru beli Basic H ni. Memula tu takut jugak la kan nak guna kat anak. Tapi, dah terdesak sebab suhu badan dia tinggi sangat pastu lambat turun. K.Ayu titiskan lebih kurang 5 titis camtu la dalam besen kecik (lupa nak spare lemon dalam peti ais) bercampur air. Pastu jerlum macam biasa. Alhamdulillah tengah malam tu Ammara boleh tidur lena dan suhu badan pun dah turun. Baru boleh tarik nafas lega.
Sekarang ni, bukan setakat Ammara demam je k.Ayu jerlum camtu. Kalau abi Ammara demam pun k.Ayu jerlum dengan Basic H juga tapi upgrade sikit cara, campur dalam 'spray bottle'..kihkihkih...senang..xlecak...😂😂😂
Lagi satu,kulit kepala pun tak berkerak macam jerlum guna daun bunga raya. Wangi je bau kepala anak.....hihihihihi....

===============
Kegunaan Basic H
===============

Nyah kotoran & bahan kimia
Biasa kita beli buah-buahan,sayur-sayuran dan ayam di pasar tu kebanyakkannya sudah dicemari pelbagai jenis racun serangga, bahan kimia untuk tujuan buah tu cantik, tak dimakan serangga perosak. Sama juga dengan sayuran, tengok hijau dan segar je kan??tapi hati-hati dengan racun perosak yang digunakan semasa proses penjagaan tanaman tu. Ayam pula biasanya dicucuk bahan kimia supaya cepat membesar & elakkan terkena penyakit. Bayangkan semua tu masuk ke dalam badan kita. Bahaya tau, kita kena nyah dulu semua kotoran dan bahan kimia tu daripada makanan kita. Cuba cara Basic H ni:

Isikan air di dalam besen, campurkan 5 titis Basic H ke dalamnya. Rendam sayur @  buah di dalam besen tersebut selama 5-10 minit. Insya Allah sayur yang layu pun boleh jadi segar kembali.



Untuk rendam bahan mentah seperti ayam dan makanan laut serta mi kuning, keow teow dan seangkatan dengannya, cuma titiskan 3titis sahaja lepas rendam mereka selama 5-10 minit.

Nyah kotoran degil pada pakaian
Kalau para isteri & ibu mesti stress basuh baju dan kasut sekolah anak kan??? Kotornya jangan cakapla, berselut, hitam, berdaki semua ada. Tambah-tambah anak lelaki, aktif main bola masa PJK kat sekolah tu memang balik kasut kotor yang amat la kan?? Meh cuba petua ni pulak.

 Isikan air ke dalam besen, tuangkan 1/4 penutup cecair Basic H ke dalamnya. Rendam kasut @ baju di dalam besen tersebut. Nak rendam lama pun tak apa, untung-untung tak payah sental teruk kasut @ kolar baju tu dah putih kembali.





Nyah kotoran dan minyak 
Kalau dah memasak tu kan, paling malas nak buat adalah membasuh peralatan memasak yang kotor & berminyak. Tambahan pula yang menggunakan bekas plastik, memang lama duk ulang basuh sampai betul-bersih. Sekarang ni kita cuba pula cara Basic H.

Isikan air dalam bekas dan campurkan beberapa titis Basic H ke dalamnya. Lepas tu basuh la peralatan memasak tu menggunakan air campuran Basic H tadi.

Kalau tempat kenduri tu, kena guna banyak cecair pencuci sebab banyak periuk belanga besar & pinggan, gelas nak dicuci kan??? Campurkan saja 1 sudu teh Basic H ke dalam 1baldi air. Lepas tu sental la semuanya. Jimatkan??? 


Puting botol susu pun selamat dicuci menggunakan Basic H.

Mencuci lantai dan alat permainan

Kalau nak cuci alat permainan anak-anak tu kan, campurkan 1sudu teh Basic H ke dalam 1 baldi air. Lepas tu,basuh la alat permainan tu lepas tu bilas sampai bersih.

Jika nak mop lantai pula,sama juga cara bancuhannya cuma yang lebih menyenangkan kerja kita para isteri, tak perlu bilas lantai tu dah.

Menghindarkan & membunuh serangga
Rimas dan menyampah betul kalau ada serangga perosak seperti lipas, tikus, lalat dan semut kat dalam rumah kita kan??

Masukkan 4-5 titis Basic H ke dalam botol semburan dan semburkan pada serangga itu. Sangat berkesan.

Nak hilangkan kutu kepala pun boleh. Memula, basahkan rambut, tuang 10 titis Basic H ke telapak tangan. Kemudian, buat macam tengah syampu rambut. Lepas tu balut rambut dengan tuala bersih. Biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas.

Sebenarnya banya lagi kegunaan Basic H ni. Memang dia pencuci serbaguna yang sangat bagus dan selamat digunakan pada kita dan juga tidak membahayakan alam sekitar. 99.5% kandungannya adalah berasaskan air. Ianya tidak bertoksik, organik, bebas bahan kimi berbahaya, bebas klorin dan memang dijamin selamat untuk digunakan.


Dapatkan segera Basic H anda sebelum kehabisan stok. Sebabnya memang selalu habis stok, berebut-berebut nak beli Basic H yang super jimat ni. Satu botol boleh tahan sampai berbulan-bulan, mengikut cara penggunaan kita juga la kan.

🌿Your trusted SID
📲 013-918 9500
Idayu Irdina : 1133646

fb : Idayu Irdina
Ig: #idayuirdina

No comments:

Post a Comment