Thursday 2 March 2017

Cara menyusukan bayi sampai kenyang walaupun puting tenggelam

Lebih kurang 10% daripada wanita mengandung mempunyai puting yang rata (flat nipple) ataupun puting tenggelam (inverted nipple). Mommies ada masalah yang mana??? Apakah puncanya?? Bagaimana caranya untuk susukan jugak bayi tu sampai kenyang???



Jom kita lihat bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini sekaligus ketahui cara untuk meriahkan lagi susu ibu.

Ironinya, masalah sebegini tidak menghalang ibu untuk menyusukan bayi secara efektif, sebab mulut bayi sepatutnya melekap ke atas aerola untuk menyusu, bukannya pada puting ibu.

Tapi, jika ada ibu yang mengalami masalah sebegini, seeloknya perlu diberikan perhatian khusus kepada proses pelekapan dan posisi bayi ketika menyusu.



Perasan tak kita mengalami banyak perubahan semasa hamil?? Sebenarnya, perubahan hormon semasa hamil akan meningkatkan sifat elastik pada kulit dan ini akan memperbaiki penonjolan puting. Ramai ibu hamil akan sedar bahawa puting mereka semakin menonjol di akhir-akhir tempoh kehamilan. Secara amnya, puting akan lebih menonjol dengan setiap kehamilan dan pengalaman penyusuan ibu.

=========================
Kenapa puting tenggelam????
=========================

Menurut kajian oleh Dewey et al.., puting leper atau tenggelam berkait rapat dengan penyusuan ibu yang sub optimal pada awal kelahiran serta kelewatan memulakan proses laktasi.

Bayi mungkin menghadapi masalah untuk menyusu sekiranya dia tidak dapat mengeluarkan puting ibunya dengan lidah untuk diletakkan dibahagian lelangit kerasnya, dan ini boleh menyebabkan dia tidak mempunyai rasa untuk menstimulasi dan memulakan proses hisapan.




Bayi kita mungkin menangis sebab rasa kecewa sekiranya tidak dapat mewujudkan dan mengekalkan lekapan yang berterusan, yang akan mengganggu proses pengalihan susu ibu daripada payudara ibu ke dalam mulut bayi (ineffective breast milk transfer). Hal ini juga akan mengakibatkan susu ibu berkurangan.

=================
Penonjolan puting
=================

Sekiranya ibu mendapati bayi sukar untuk melekap dengan baik, ibu boleh mencuba memakai breast shells di dalam coli dalam tempoh awal selepas kelahiran. 

Breast shells ni akan memberikan sedikit tekanan di sekeliling puting, yang akan menyebabkan kulit sekelilingnya jadi lebih lembut dan mudah dibentuk serta memudahkan bayi untuk melekap dengan lebih baik.



Tapi, ada juga cara lain untuk menonjolkan puting. Cara ini lebih menjimatkan, iaitu dengan menggunakan picagari yang diubahsuai sendiri. Cara ini memerlukan picagari yang bersaiz 10-20ml agar diameternya lebih besar daripada puting ibu.




Penggunaaan pam susu manual atau elektronik dengan tekanan atau suction sederhana selama beberapa minit sebelum menyusukan bayi turut membantu puting untuk lebih menonjol bagi memudahkan bayi melekap dengan baik.




Pastikan juga payudara ibu tidak terlalu penuh, bengkak atau keras ketika ingin menyusukan bayi untuk mendapatkan lekapan yang optimum bagi memulakan penyusuan.

Seandainya ibu-ibu mengalami masalah puting tenggelam, disarankan supaya mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar atau kaunselor laktasi bagi memeriksa dan menilai puting serta payudara anda seterusnya menyarankan kaedah dan nasihat yang bersesuaian untuk membantu anda.

Susukan bayi anda sejurus selepas kelahiran dan sekurang-kurangnya setiap 2-3jam selepas itu. Monitor feeding cues bayi anda bagi menyusukannya akan mengurangkan risiko payudara membengkak dan menyukarkan bayi untuk melekap. Ibu perlu mengajar bayinya untuk membuka mulut dengan luas supaya mulutnya melekap di kawasan aerola bukannya di puting.



Sekiranya ibu mengalami masalah puting tenggelam dan bayi pula menyusu dalam keadaan salah, ini akan meningkatkan risiko susu badan ibu berkurang. Terdapat beberapa petua yang boleh dilakukan untuk meningkatkan penghasilan susu badan. 

Tapi, yang paling mudah dan efektif berkesan, adalah dengan mengamalkan pengambilan Energizing Soy Protein (ESP), ia sangat membantu dalam menjayakan penyusuan ibu secara esklusif. Jom kita lihat, apa keistimewaannya sehinggakan 3 kali kehabisan stok bulan Februari lepas. Ibu berpantang ramai yang borong ESP ni, sebab ia dapat memberikan tenaga semasa dalam pantang.

========================
Energizing Soy Protein (ESP)
========================
KEBAIKAN :

♡ Membantu melancarkan penyusuan susu ibu


♡ Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu dengan lebih pekat dan banyak


♡ Membantu badan ibu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim menjadikan bayi anda cepat kenyang dan kurang meragam.


♡ Menganjalkan kembali payudara yang kendur


♡ Bertindak sebagai penggalak susu.


♡ Memberi tenaga berpanjangan kepada badan dan meningkatkan kesihatan tubuh secara menyeluruh.


♡ Membantu mempersiapkan badan ibu untuk penyusuan yang lancar selepas bersalin.

Sila hubungi saya untuk menempah ESP anda sekarang atau boleh membelinya secara online di sini.


Untuk mendapatkan harga yang lebih murah dan menjimatkan serta menguntungkan anda boleh daftar sebagai ahli.


1 comment:

  1. Info yang berguna.. Dan ESP memeng berkesan.. InsyaAllah

    ReplyDelete