Thursday 19 March 2015

Atasi Masalah Penat Bekerja Agar Si Manja Kekal Ceria

Melancong ke sana-sini mungkin perkara yang sangat mengujakan bagi mereka yang gemar melancong. Namun, jika terpaksa melancong disebabkan hal pekerjaan tentu ianya sangat memenatkan. Ini mungkin kerana kita terpaksa terkejar-kejar untuk melakukan sesuatu aktiviti yang menyebabkan badan dan otak kita penat.

Habis kerja terus balik rumah sebab hendak rehat. Buka je pintu rumah tengok keadaan rumah berselerak penuh dengan mainan anak-anak. Mula la  emak meroyan, bertempik macam tarzan suruh anak kemas balik mainannya bukan?

Wanita ini dahulunya sering penat dan mengalami masalah kesihatan setelah pulang daripada melakukan kerja luar ataupun melancong. Namun, setelah beberapa ketika, dia mampu mengatasi masalah tersebut sehingga kini. Apakah yang telah dilakukan olehnya??? Jom saksikan video ini.


Atasi Badan Letih Lesu Setiap Kali Travel. Say NO to Panadol or MC Lagi Dah! from iReach HD on Vimeo.

5 Cara mengatasi penat setelah habis waktu kerja.

Dikongsikan di sini  5 cara untuk mengatasi penat setelah seharian bekerja ataupun setelah pulang daripada melakukan kerja di luar kawasan.

1. Mandi air panas

Berendam di dalam tab mandi yang mengandungi air suam dicampur sedikit minyak aromaterapi pasti dapat melegakan rasa penat badan kita setelah seharian bekerja. Ataupun, boleh juga rendam kaki kita di dalam besen yang berisi air suam. Lega rasanya lenguh-lenguh kaki yang penat berjalan ke sana ke mari.

2. Jauhkan diri daripada kuasa medan magnetik

Hidup kita sekarang dikelilingi oleh gajet-gajet canggih yang tanpa kita sedar ianya memberi kesan buruk kepada kita.  Contohnya, balik kerja patutnya kita rehatkan otak, pancaindera, tenaga. Namun, kita sekarang ibarat tidak boleh berenggang dengan i phone, tab, ipad. Jadi, otak kita sentiasa bekerja untuk membalas komen di facebook, twitter, wechat dan sebagainya.



3. Minum teh hijau

Umum mengetahui bahawa teh hijau banyak khasiatnya. Minum teh hijau suam dapat melegakan perasan kita. Selain itu, ia juga dapat mengelakkan kerosakan jantung dan mencegah strok disebabkan oleh tekanan.

4. Amalkan zikir

Ada kisah yang menceritakan Fatimah Az zahra pernah meminta suaminya menggajikan orang untuk membantunya. Namun Rasulullah menegahkan dan menasihatinya supaya berzikir untuk hilangkan rasa penat.
   
    Subhanallah-33x
    Alhamdulillah-33x
    Allahuakbar-33x

5. Mengamalkan pengambilan pemakanan tambahan

Pemakanan tambahan ataupun supplement sudah menjadi satu keperluan bagi tubuh kita, bukan lagi kehendak. Kajian mengatakan, individu yang mengamalkan pengambilan supplement dengan konsisten dan berterusan dapat mengelakkan mendapat penyakit kronik (selain penyakit keturunan) dan awet muda.

Antara supplemen yang bagus dan banyak disarankan oleh pakar-pakar nutrisi adalah:

Energizing Soy Protein
ESP dapat membantu stimulatekan sistem badan kita supaya kekal cergas. Ia diperkaya dengan 9 jenis asid amino yang diperlukan oleh badan.

B complex
Ia dapat membantu menstabilkan metabolisme badan supaya kita bertenaga hasil daripada pertukaran kalori yang diambil ketika makan. Tambahan, B complex juga dapat membantu meredakan stress.

Vita Lea
Mengandungi pelbagai multivitamin yang diperlukan oleh badan. Antara khasiatnya ialah ia dapat membantu memberikan tenaga seharian, membantu melengkapkan nutrisi utama bagi mereka yang memilih makan dan dapat membantu melambatkan proses penuaan.

Vitamin C
Vitamin C dapat membantu mengurangkan kadar kolestrol dan tekanan darah. Disamping dapat membantu memperbaiki masalah insomia, stress dan mengelakkan daripada terkena selsema dan demam.

CoQ Health Plus
Vitamin ini dapat menyokong penghasilan tenaga daripada jantung, meningkatkan peredaran darah dan mengelakkan penyakit kardiovaskular termasuklah arteri tersumbat.


Jom sama-sama kita amalkan gaya hidup yang lebih sihat. Supaya sentiasa kekal bertenaga dan cergas, Barulah anak-anak pun sayang, ibu ayah balik kerja masih boleh lagi melayan mereka bermain. Sayangi keluarga anda, amalkan pengambilan supplemen yang semula jadi untuk kesihatan kita.

Anda boleh klik pada gambar di atas untuk tempah produk anda sekarang!!
Hubungi saya untuk mendapatkan khidmat konsultansi percuma,

013-918 9500
SID : 1133646




1 comment:

  1. Bagus2..gud info untuk org2 yg keje yg memenatkan badan dan otak..

    ReplyDelete