Wednesday 4 March 2015

Cara mengatasi rambut gugur selepas bersalin

“Sayang...kenapa banyak sangat rambut atas lantai bilik ni?”. Pernah tak suami cakap macam tu pada anda? Apa perasaan anda apabila berhadapan dengan situasi sedemikian? Semestinya kita akan rasa rendah diri bukan?


Wanita ini telah mengalami masalah rambut gugur yang sangat kronik sehinggakan dia malu untuk berhadapan dengan suaminya sendiri. Jom kita tengok apa jalan penyelesaian yang dia telah lakukan bagi mengatasi masalah rambut gugur.




Rambut merupakan mahkota para wanita, seboleh mungkin kita akan berusaha untuk menjaga rambut agar sentiasa kelihatan lebat, lembut, wangi dan bersinar. Namun, apabila melahirkan anak, segalanya berubah. Masa dulu rambut lebat tiada masalah keguguran rambut. Tapi sekarang, asal sikat rambut je bergumpal rambut gugur. Bukan sikit, tapi segenggam rambut gugur. Selalu je tertanya-tanya, kenapa masalah keguguran rambut sering dihadapi oleh wanita yang melahirkan anak?


Sebelum kita mencari tahu punca masalah keguguran rambut. Ada baiknya kita mengetahui dulu jenis rambut kita. Rambut terbahagi kepada 3 jenis, iaitu rambut berminyak, normal dan kering.


1.Rambut berminyak

Sesiapa yang mempunyai rambut yang berminyak sebenarnya dia mempunyai kelenjar  minyak yang berlebihan sehingga mengakibatkan rambut jadi berminyak. Kebiasaannya, rambut yang berminyak akan sentiasa kelihatan basah, melekit, mudah kotor dan membentuk rumpun rambut. Sukar untuk mendandan rambut berminyak kerana strukturnya akan cepat berubah.

\

2.Rambut normal

Rambut normal mempunyai kelenjar yang mengeluarkan minyak secara mencukupi. Rambut normal senang untuk diuruskan kerana ia tidak mudah kotor dan mengerbang.


3.Rambut kering


Rambut kering akan kelihatan mengerbang ala-ala hantu kak limah, kusam, kusut, batang rambut rosak dan mempunyai hujung rambut yang bercabang. Hal ini terjadi kerana terdapat hanya sedikit minyak pada kelenjar dan ia tidak mampu mengeluarkan miyak yang secukupnya bagi rambut.

Orang tua-tua selalu cakap yang rambut kita gugur banyak sebab anak dah pandai main sembur air liur. Tapi, kenyataan tu tidak dapat dibuktikan secara saintifik, ia cuma lebih kepada peringatan bahawasanya anak kita dah semakin membesar dengan bijak. Terdapat beberapa punca ataupun faktor keguguran rambut yang telah disenaraikan di dalam blog Karangkraf, antaranya adalah:

1. Perubahan hormon selepas bersalin

   Rambut ibu hamil kelihatan lebat, bersinar dan cantik. Suami pun rajin mengelus lembut rambut isteri. Ini kerana, hormon progesteron dan estrogen sangat tinggi semasa hamil. Kedua-dua hormon ini menyebabkan pertumbuhan rambut terhenti pada peringkat anagen. Sebab itu rambut ibu hamil kelihatan berkilat dan berseri.


  Akan tetapi, ia bertukar menjadi mimpi ngeri setelah melahirkan anak. Suami pun dah takut hendak menyentuh rambut kita. Setelah melahirkan anak, semua hormon akan kembali normal dan di saat itulah ibu-ibu akan mengalami masalah keguguran rambut. Oleh sebab masalah ini berlarutan, maka ia menyebabkan rambut tidak sempat tumbuh dan memanjang. Lama-kelamaan menyebabkan rambut semakin nipis dan jarang.



2.Tekanan

  Dalam tempoh masa beberapa bulan selepas melahirkan anak, kita akan mengalami tranformasi keadaan yang luar biasa tahap kesibukannya. Mana nak uruskan rumah, kesibukan di tempat kerja, nak melayan kawan-kawan, nak memasak dan macam-macam perkara lagi yang harus dilakukan dalam satu masa disamping menjaga anak kecil. Hal ini mungkin akan mengakibatkan keadaan huru-hara bagi mereka yang baru pertama kali menimang cahaya mata. Tapi, tidak kurang juga bagi mereka yang telah mempunyai anak, melayan karenah anak-anak yang 1001 macam perangai boleh mengakibatkan kita rasa tertekan.

    Menghadapi pelbagai tekanan dalam satu-satu masa menyebabkan kita kurang prihatin terhadap kesihatan dan kebersihan rambut. Itu merupakan salah satu faktor masalah rambut gugur. Sekiranya masalah ini tidak dibendung, ia akan menyebabkan masalah keguguran rambut yang serius sehingga boleh menjadi masalah keguguran jenis wanita (female pattern baldness).




   3.Pola pemakanan tidak sihat

   Ramai ibu yang mengamalkan diet yang tidak seimbang selepas bersalin. Kononnya ingin menjaga bentuk tubuh badan agar kembali langsing. Namun, harus diketahui bahawa corak pemakanan yang tidak sihat akan menyebabkan kulit kita lebih cepat tua.

  Hal yang sama berlaku kepada rambut kita. Kulit kepala akan menjadi cepat tua dan meninggalkan liang-liang yang kosong. Sekiranya tidak dirawat, liang kosong tadi akan merencatkan pertumbuhan rambut baru kerana ia akan tertutup dan terbenam.

4.Faktor  usia

   Walhal sama juga dengan penjagaan pola pemakanan kita. Sekiranya kita tidak mengamal corak pemakanan yang sihat, ia boleh memudaratkan kesihatan tubuh badan kita. Faktor usia juga memainkan peranan penting, semakin meningkat usia, semakin lambat penyerapan nutrein dalam badan maka semakin tinggi risiko untuk rambut lambat tumbuh.

     Apabila sel-sel kulit kepala semakin tua, semakin rendah peluang untuk rambut tumbuh. Ini kerana, nutrisi-nutrisi yang kita dapat daripada makanan yang kita ambil akan terlebih dahulu diagihkan kepada organ-organ penting di dalam tubuh untuk membantu organ-organ dalaman berfungsi dengan baik


5.Berusia dan memiliki ramai anak
  
     Ibu yang telah melahirkan anak lebih tiga kali akan lebih berisiko berbanding mereka yang mempunyai bilangan anak yang sedikit. Semakin ramai anak, semakin kurang masa untuk urus diri sendiri maka semakin kurang perhatian dan penjagaan terhadap rambut. Kekotoran yang terlekat di rambut akan menyebabkan kulit kepala berkelemumur yang akhirnya menyebabkan rambut gugur.




Antara petua ataupun cara yang boleh dilakukan bagi mengelakkan keguguran rambut yang melampau adalah:


1. Setiap kali cuci rambut, mesti dipastikan rambut telah dibilas sebersih-bersihnya. Ini kerana, sekiranya rambut tidak dibilas dengan bersih, ia akan mengakibatkan kelemumur terbentuk di kulit kepala. Selain itu, urut  kepala perlahan-lahan agar aliran darah ke kepala lancar dan dapat menyihatkan rambut.

2. Gunakan perapi selepas bersyampu. Ini kerana, perapi dapat melembabkan rambut dan jangan biarkan rambut terlalu terdedah kepada cahaya matahari kerana ia akan mengakibatkan kerosakan rambut.

3. Amalkan pengambilan pemakanan yang sihat dan sentiasa bersenam. Jauhi aktiviti merokok dan mengambil minuman keras. Ia tidak dapat memberikan manfaat kepada tubuh badan kita.

4. Amalkan pengambilan vitamin-vitamin yang bagus untuk kesihatan rambut dan juga tubuh badan. Antara vitamin yang diperlukan ialah:


Kebaikan Zinc complex:

1. Membantu mengatasi keguguran rambut.
2. Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.
3. Membantu mengekalkan kelenjar dan merembeskan minyak yang melekat do folikel
    rambut.
4. Memperbaiki radang kulit seperti jerawat dan ekzema.
5. Membantu membentuk protein dan kolagen untuk kesihatan kulit, kuku dan organ.
6. Membaiki masalah prostat.


Kebaikan Energizing Soy Protein (ESP):

1. Merupakan protein non-GMO yang berasaskan tumbuhan semulajadi yang berkualit tinggi.

2. Membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim juga hormon yang teratur.

3. Mempunyai paras glisemik indeks yang rendah dapat membantu mengekalkan paras gula dalam darah normal.

4. Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.

5. Memperbaiki sistem pigmentasi, kedutan dan kesan tua.

6. Mengandungi 20 jenis asid amino yang penting untuk mimbina otot, kuku, rambut, kulit, darah, organ dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci awet muda.





Jom dapatkan Zinc complex dan ESP anda pada harga promosi.
Hubungi saya Pn. Idayu Irdina
SID : 1133646
Whatsapp/Telegram/Wechat/Viber
013-918 9500

https://www.facebook.com/idayu.irdina?fref=photo



No comments:

Post a Comment