Wednesday 25 January 2017

Landmark study Shaklee dan kepentingannya

Bukan semua syarikat mampu keluarkan bukti yang kuat melalui kajian saintifik dan ujian klinikal. Ujian saintifik ini dipanggil ‘Landmark Study’. Tapi, CEO Shaklee Mr Roger Barnett, sanggup keluar duit yang banyak untuk landmark study Shaklee demi membuktikan produk-produk shaklee semulajadi dan selamat. 

==========================================
Kenapa kita perlu bijak dengan memilih suplemen yang ada landmark study ni???
==========================================

Sebabnya dah terang tak perlu bersuluh lagi...tidak semua syarikat mampu dan mahu mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk upah saintis hebat yang bukan staff syarikat dia pun untuk melakukan landmark study ni.

Satu hal lagi, landmark study Shaklee ni dilakukan oleh Profesor Emerita Dr. Gladys Block yang merupakan saintis tersohor dalam bidang nutrisi dari Universiti California. Segala baik buruk kajiannya terhadap produk Shaklee akan tetap diterbitkan dalam jurnal untuk bacaan umum. Boleh baca kat sini 👇





=====================================
Kenapa menelan belanja yang banyak sangat untuk buat kajian ni??
=====================================

Shaklee upah Dr. Gladys Block ni untuk buat kajian selama 20 tahun ke atas 3 golongan. Ini semua untuk memastikan bahawa produk Shaklee memang selamat digunakan oleh kita semua.



===================
Siapa 3 golongan itu??
===================

Kajian landmark study Shaklee ini telah dilakukan keatas 3 golongan iaitu orang yang tidak amalkan supplemen, org yang amalkan suplemen jenama lain dan orang yang amalkan supplemen Shaklee.

Tujuannya adalah untuk mendapatkan data saintifik bagi membuktikan produk Shaklee benar-benar berkesan dan selamat.




 
Keseluruhannya keputusan daripada landmark study Shaklee ini sangatlah mengujakan! Suplemen Shaklee dijamin dan telah terbukti selamat, berkesan dan semulajadi. Jadi, pelaburan besar yang dikeluarkan oleh pihak Shaklee adalah sangat berbaloi kan??

Diri kita mudah sangat teruja dengan produk yang cepat berkesan dan murah, tanpa fikir tentang akibatnya dikemudian hari. Apa yang kita telan, masuk ke dalam badan kita adalah tanggung jawab kita. Jadi, kita berhak untuk jadi bijak dengan memilih suplemen yang terbukti selamat, sihat, dan berkesan. 



==========================================
Bagaimana untuk mendapatkan nasihat tentang suplemen yang selamat, semulajadi dan berkesan ini??
==========================================

Paling mudah, google saja apa yang kita nak tahu. Rasanya, semua jawapan ada dalam google tu. Tapi, jika nak dapatkan khidmat nasihat tentang produk yang sememangnya terbukti dengan kajian saintifik bahawa ianya selamat, semulajadi dan berkesan, boleh hubungi saya.

Idayu Irdina
013-918 9500

#tsunamishaklee #shakleeeffect #liveamazing #landmarkstudy




Friday 20 January 2017

Cara jana pendapatan tambahan dari rumah tanpa modal

Penting ke buat side income???
.........................................................

Susah sebenarnya nak jawab soalan ini. Sebab ia terlalu subjektif, bergantung kepada taraf ekonomi seseorang dan juga keinginan dia untuk hidup bebas hutang dan ada duit simpanan yang banyak untuk hari tua dan waktu kecemasan.



Sesetengah orang sudah selesa dengan kehidupan mereka yang total jumlah pendapatan RM2k je sebulan. Ada juga yang dah jadi doktor, gaji ribu riban sebulan, ada klinik sendiri tapi buat jugak side income dengan menjual vitamin ni. Penting ke tak ada side income ni kena tepuk dada tanya hati. Eh! perlu ke aku ada side income ni??

Kepentingan side income bagi suri rumah
........................................................................

Kenapa suri rumah?? Sebab saya seorang suri rumah. Eh..Eh..Eh...bukan sebab itu. Perasan tak, zaman dulu ke, zaman sekarang ke, ramai ibu-ibu yang buka meja kat tepi jalan @ menjaja kuih-muih, nasi lemak untuk sarapan pagi. Itu dikira side income sebab mereka meniaga sekejap je, dari jam 6-9 pagi je. Selepas itu, sibuk menguruskan anak-anak.



Untuk apa ibu-ibu ini cari side income?? Baik tinggal kat rumah jaga anak aje. Biar suami je yang cari duit!!!Tapi, bil-bil yang banyak tu macam mana nak bayar??Duit gaji habis untuk bayar bil, simpanan untuk hari tua macam mana pulak??



Sebab mereka cuba untuk bangunkan potensi dalam diri mereka untuk berjaya walaupun hanya menjual sarapan pagi. Tetapi, sekiranya sarapan pagi mereka habis dijual, itu dikira kejayaan buat mereka. Keuntungan yang dapat tadi boleh disimpan, digunakan dan dijadikan modal tambahan untuk buat lebih bayak sarapan untuk keesokan pagi.

Sama la macam saya, saya seorang suri rumah dan mempunyai seorang anak. Suami saya bekerja makan gaji. Kalau ikutkan gaji dia, memang cukup untuk menampung perbelanjaan hidup kami sekeluarga. Tapi, kenapa saya nak buat side income jugak??



Sebab saya ada impian untuk dicapai. Saya seorang pemegang ijazah sarjana muda kejuruteraan. Saya pernah bekerja sebagai jurutera di sebuah kilang. Saya sanggup berhenti kerja untuk luangkan lebih banyak masa bersama keluarga. Paling tidak pun, anak-anak membesar 24 jam dipantau oleh kita sendiri sebagai ibu mereka kan??

Apa impian saya nak capai???
  1. Bebas hutang PTPTN yang dipinjam masa belajar dulu.
  2. Mempunyai pendapatan bulanan sama @ lebih gaji yang seorang jurutera dapat.
  3. 10-20% daripada pendapatan bulanan boleh dihulurkan sebagai elaun bulanan untuk ibu ayah di kampung.
  4. Ada simpanan untuk hari tua, memiliki rumah sendiri, perbelanjaan untuk pengajian anak-anak 100% kami tanggung tanpa perlu buat pinjaman PTPTN. Boleh membeli-belah dengan senang hati (all woman need this as a therapy...hahahaha...alasan sangat kan).
  5. Percutian keluarga - saya target sekali setahun kami akan melancong ke luar negara untuk melihat keindahan alam dan budaya orang lain di luar negara.


Jadi, penting ke ada side income ni???
....................................................................

Tanya diri anda, apa yang anda nak dapat dapat dalam hidup ini yang menjadi hak milik anda. Rumah?? kereta mewah?? Nak ada duit kepuk-kepuk sampai tak tahu nak buat apa dengan duit itu??

Bagi saya, memang sangat perlu bagi saya ada side income untuk capai 5 impian saya tadi. Alhamdulillah, saya semakin hampir mencapai sebahagian daripadanya.

Kenapa pilih bisnes Shaklee?? 
....................................................

  1.  Yuran keahlian yang sangat murah (RM80) sahaja. Tapi, saya jadi ahli tanpa perlu bayar yuran keahlian pun. Macam mana tu?? Dengan setiap pembelian bernilai 200uv dalam 1 resit, kita layak untuk mendapatkan keahlian secara percuma. Jadi, semasa hamil dulu suami hadiahkan saya full set hamil & berpantang yang bernilai lebih 200uv. Sebab itu saya dapat keahlian percuma. Serta dapat merasa duit hasil bonus pertama sebagai rebat tunai.


  1. Tidak perlukan modal untuk beli barang sebelum dijual kepada pelanggan. Selepas pelanggan membuat bayaran, barulah saya 'proceed order' mereka. Jadi, saya tidak stress fikirkan soal modal.

  1. Bonus dan keuntungan runcit yang lumayan. Bagi setiap produk yang dijual saya telah untung sebanyak 15-25%. Ditambah lagi bonus yang saya dapat setiap pertengahan bulan sebanyak 3, 4 ,5 ,6 angka pun boleh dapat. Janji, rajin berusaha untuk capai target bonus setiap bulan yang kita nak.

  1. Kami bekerja sebagai satu kumpulan yang besar. 'Support group' yang sentiasa ada untuk membantu dan membimbing kita untuk terus berusaha untuk capai target kita. Dalam kumpulan kami ada yang kerja sebagai doktor, cikgu, akauntan, peniaga online, pakar nutrisi, dan macam-macam lagi karier mereka ni. Jadi, jangan risau, kami semua dengan senang hati dan tak sabar untuk berkongsi ilmu yang kami ada ni dengan anda semua dalam kumpulan kami nanti.

  1. '1 to 1 coaching', selalunya saya akan memberikan fokus yang lebih kepada newbies yang baru-baru nak mencuba dalam bisnes ini secara 'personal coaching'. Sambil-sambil pantau mereka yang terlebih dahulu menyertai kumpulan kami.

  1. Target no.5 saya adalah untuk bercuti ke luar negara bersama keluarga. Shaklee menyediakan percutian bersama keluarga selain kita dan juga ibu ayah kita dihantar mengerjakan umrah secara percuma dengan layanan 5 bintang bagi yang layak.

  1. Nak beli kereta idaman?? Shaklee juga memberikan anugerah 'car bonus' bagi yang layak. Insentif yang dapat tu nanti boleh la bayar ansuran bulanan kereta idaman tu.

  1. Menghadiri kelas-kelas nutrisi yang diadakan secara percuma dan juga berbayar (bayaran murah je pun) oleh pihak Shaklee dan juga mentor-mentor dalam group iReach kami. Biasanya akan dapat hadiah best-best jika join kelas mereka ni.

  1. Tak perlu keluar rumah pun untuk pos barang. Shaklee ada sediakan perkhidmatan 'online order'. Klik-klik je barang dah sampai kat pelanggan. Nak cari pelanggang pun tak susah, sebab rata-rata dah kenal dan tau tentang produk Shaklee. Sambil duk main FB dan Ig tu, promote la sikit apa yang kita jual. Dapat untung untuk bayar bil internet @ bil telefon tu.

Jom sertai kami untuk menambah pendapatan sampingan anda. Supaya nanti di hari tua kita boleh pencen dengan senang hati. Tak perlu risau tentang hutang, tak ada duit bila dah tak larat nak bekerja dan segala macam alasan lagi. Mulakan langkah anda sekarang untuk masa depan. Fast action for Fast result.





Thursday 12 January 2017

7 jars system merupakan kaedah menabung yang bijak

Sekarang ini, kalau keluar rumah bawa duit RM50. Nanti sampai rumah balik kadang-kadang ada baki...kadang-kadang habuk pun tak ada dalam poket tu kan???hihihihihi...



Beginilah lumrah hidup kita sekarang ini, taraf hidup semakin tinggi. Kadang-kadang kita keluar dah bawa senarai barang-barang keperluan yang hendak dibeli, tetapi ada juga terbeli barang yang menjadi kehendak kita. Jadi, kita sering tewas dengan diri kita sendiri.

Macam mana kita nak disiplinkan diri kita supaya dapat menguruskan kewangan kita dengan lebih bijak dan sistematik? Baiklah, di sini saya ingin kongsikan tentang sistem 7 balang.



Sebenarnya idea sistem 7 balang atau '7 jars system' ini telah diadaptasikan daripada idea 'money jar system'. Jom kita tengok apakah 7 balang yang dimaksudkan itu???

Sistem 7 balang

1. NEC (necessity)
Tabung ini kita gunakan untuk simpan duit bagi perbelajaan harian dan bulanan kita. Contohnya duit tabung ini untuk membeli lauk pauk, bayar ansuran pinjaman kereta @ rumah, bayar bil-bil utiliti dan keperluan anak-anak.

2. EDU (education)
Balang ni memang khas untuk menyimpan duit untuk kos pembelajaran anak-anak bila mereka masuk universiti nanti. Kalau kita menabung untuk mereka sejak lahir lagi, i.allah anak kita tak perlukan PTPTN untuk sambung belajar nanti.



3. LTSS (long term saving for spending)
Ok..yang ni pulak untuk kita simpan dalam masa panjang untuk capai target kita untuk beli rumah, kereta, hartanah.

4. FFA (financial freedom)
Simpanan untuk hari tua kita nanti, macam duit kwsp jugak lah konsep dia. Simpan duit ini untuk kegunaan masa tua kita nanti, apabila sudah tidak berdaya untuk keluar mencari duit lagi.



5. PLAY (leisure)
Balang ini pula untuk menyimpan wang untuk kita melakukan apa saja kesukaan kita, contahnya kumpul duit untuk pergi umrah sekeluarga, melancong, atau melakukan hobi sukan lasak ke...

6. GIVE (charity)
Sedekah. Tabung ini untuk kita gunakan bagi tujuan sedekah kepada mereka yang lebih memerlukan. Allah kan dah pesan, dalam rezeki kita ada bahagian untuk orang lain...ingat tak??

Dah cukup 6 balang kan??? macam dalam gambar tu..tapi...balang yang ke-7 untuk apa @ siapa???




7. Parents (ibu bapa)
Ibu bapa dah berkorban untuk kita sejak kita lahir lagi. Mereka berkorban segalanya untuk kita, jadi adalah lebih manis jika duit gaji@bonus kita dapat itu kita kongsi dengan mereka kan?? Selain dapat menggembirakan hati mereka, kita juga mendapat lebih berkat dalam menjalani kehidupan kita dan juga pencarian rezeki kita. Jangan kedekut untuk bagi duit kepada ibu bapa kita.



Jom agihkan duit gaji @ bonus bisnes kita mengikut '7 jars system' ini. Tak payah beli tabung mahal-mahal baru nak mulakan. Guna je apa-apa bekas, sampul surat, angpow atau apa saja yang ada untuk simpan duit agihan kita. 

Peratus agihan wang kita boleh tetapkan sendiri bersesuaian dengan situasi kewangan kita sekarang ni. Tapi, bila sudah tetapkan berapa peratus untuk semua balang tu, kenalah disiplin untuk mengamalkannya pada setiap bulan ye...hihihihihi..




Cara coaching downline yang mudah dan berkesan

Kaedah mana yang lebih best??? kaedah 'coaching' secara online @ offline???Yang mana anda lebih suka???
=====================================

Ok....kalau k.Ayu, k.Ayu lebih suka 'coaching' anak-anak downline yang ingin berniaga secara offline...maksudnya dapat jumpa 'face-to-face'...lebih senang untuk k.Ayu menurunkan ilmu dan terus dipraktikkan oleh anak cucu dalam bisnes ini..tetapi.....

kalau anak cucu tinggal berdekatan senanglah bagi kami nak berjumpa...boleh terus ajar cara untuk 'create' blog, cara untuk 'promote' produk secara softselling di facebook dan instagram, yang mana ia lebih dekat dan mudah melekat di hati prospek kita, cara nak memudahkan kerja-kerja promosi dengan menggunakan aplikasi yang tersedia....namun....

sekarang ni semuanya dihujung jari saja kan?? k.Ayu akan sentiasa pantau anak cucu bisnes melalui online....sama macam upline k.Ayu pantau k.Ayu...cara ini lebih senang, efektif dan lebih cepat untuk dilakukan..segala tutorial untuk dilakukan boleh je direkod dan dihantar kepada downline kita...

k.Ayu cuma duplicate je apa yang upline k.Ayu dah buat...upline kita yang dah berjaya mendapat bonus 4 - 5 angka sebulan akan ajar kita kaedah-kaedah yang telah berjaya mereka lakukan untuk majukan bisnes mereka. Moyang turun ilmu kepada nenek... nenek turun ilmu kepada mak...mak turun ilmu kepada cucu...dan seterusnya...begitulah proses 'coaching' yang diamalkan.

Jangan risau...bermula dengan gambar-gambar untuk di promosikan di laman sosial, cara nak handle prospek, cara pengambilan suplemen sehingga tips untuk menjadi seorang yang berjaya dalam bisnes ini akan k.Ayu ajar langkah demi langkah pada setiap masa.

Apabila ada kelas-kelas nutrisi di cawangan Kota Bharu, kita boleh jumpa dan bertukar-tukar fikiran...ye la..kelas-kelas nutrisi ni biasanya Cekeli buat percuma saja untuk bagi penerangan yang lebih jelas kepada usahawannya. 

Jom...siapa-siapa yang berminat untuk jana pendapatan dengan bisnes online...jom sertai team k.Ayu...kita lebih senang untuk berjaya jika kita bekerja sebagai satu kumpulan. 

Your SID Pro
🌷 Idayu Irdina
⏩ 013-918 9500

#tsunamishaklee #shakleeeffect #liveamazing #landmarkstudy #tim6awesone




Tuesday 10 January 2017

Resveratrol - kebaikannya di dalam Vivix

Resveratrol
----------------------

Apakah resveratrol??? Apakah fungsinya??? Dari mana datangnya resveratrol??? Kenapa ia menjadi komponen utama dan terpenting dalam Vivix???


Apakah resveratrol??
===================
Resveratrol merupakan sejenis bahagian tumbuhan yang dikenali sebagai polifenol.

Dari mana datangnya resveratrol??
=============================
Ia boleh didapati pada tumbuhan, buah-buahan, bijian dan kekacang. Kulit anggur merah mengandungi konsentrasi Resveratrol yang paling tinggi. Ia bertindak sebagai 'sistem imunisasi' untuk memelihara sel-sel daripada jangkitan virus dan bakteria.

Apakah fungsi resveratrol??
========================
✔ Melindungi dan mengaktifkan mitokondria - "loji tenaga sel" yang menjana tenaga, menyelaras metabolisme tubuh, mengawal proses tumbesaran dan kematian sel.

✔ Mengaktifkan gen anti-penuaan (Sirtuin 1) - Apabila gen Sirtuin 1 dirangsangkan oleh Resveratrol, ia akan mengaktifkan pertumbuhan sel yang normal dan sihat serta mematikan pertumbuhan virus, bakteria serta sel-sel abnormal seperti sel kanser.



✔ Melanjutkan jangka hayat - Penyelidikan oleh Dr. David Sinclair dan ahli-ahli sains Itali memaklumkan bahawa Resveratrol mempunyai kesan melanjutkan jangka hayat.

✔ Meningkatkan daya ketahanan Bagaimana meningkatkan daya ketahanan? Dengan Resveratrol, bilangan dan fungsi mitokondria di dalam sel-sel otot ditingkatkan untuk membentuk fiber otot seperti otot ahli-ahli sukan. Daya ketahanan dapat ditingkatkan melalui proses ini.



✔ Membina daya ketahanan terhadap kanser melalui 3 fasa :-

⏩Fasa Pertama - mengurangkan kerosakan.      sel-sel sihat akibat serangan ejen-ejen karsinogenik.

⏩Fasa Pertumbuhan - Mengaktifkan gen Sirtuin 1 untuk menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.

⏩Fasa Pertumbuhan Pesat Mempercepatkan kadar kematian sel-sel kanser.

Kenapa ia menjadi komponen utama dalam Vivix???
=====================================

Menurut (www.resveratrol.com),  Resveratrol merupakan antioksidan yang kuat yang dihasilkan oleh beberapa tumbuhan bagi tujuan untuk melindungi tumbuhan tersebut dari tekanan alam sekitar. Ia dihasilkan daripada tindakbalas tumbuhan tersebut terhadap jangkitan kulat, tekanan, kecederaan akibat dirosakkan haiwan, sinar UV, cuaca ekstrem dan sebagainya.


Tumbuhan yang menggunakan pestisid dan herbisid biasanya tiada atau kurang menghasilkan bahan ini kerana mereka dilindungi oleh racun perosak tersebut.

Tumbuhan yang paling banyak menghasilkan resveratrol adalah anggur, raspberi dan kacang. 

Menurut American Cancer Institute, rasveratrol adalah antioksidan yang sangat berkuasa. Ia mengurangkan pengaktifan NF kappa B, yakni sejenis protin yang dikaitkan dengan pembentukan kanser dalam tubuh.

Menurut laporan kajian yang dibuat oleh Department of Biochemistry and Molecular Biology, New York Medical College, resveratrol menjadikan proses proliferation dalam kanser payudara menjadi kurang aktif.

Menurut American Cancer Institute, meminum sumber resveratrol setiap hari menurunkan risiko kanser prostat. Malah meminumnya sekali seminggu boleh menurunkan risiko kanser prostat sebanyak 60%.


Anggur muscadine adalah anggur yang paling tinggi nilai resveratrolnya. Ikatan kimia dalam anggur muscadine ini jauh berbeza dari anggur-anggur jenis lain, yang mana ia kaya dengan anthocyanins, yang mempunyai antioksidan yang tinggi dan menunjukkan beberapa kesan anti-tumor, termasuk menghalang sintesis DNA dalam kanser payudara dan perkembangan saluran daran dalam sesetengah tumor, termasuk enzim perebak tumor.

Menurut Department of Patholody, Northwestern University Feinberg School of Medicine membantutkan perkembangan CCR6-mediated migration pada sel yang rosak dalam kes diabetes.

Resveratrol juga terkenal sebagai ejen Kanti-penuaan. Dalam kajian oleh Douglas Mental Health University Institute, McGill University, resveratrol melindungi kulit serta melambatkan kesan penuaan kulit dan lain2 kesan penuaan pada kulit.



Resevratrol juga berperanan dalam meningkatkan tahap ‘kolesterol baik’ dan melindungi dari kerosakan arteri, sekaligus menjaga kesihatan jantung.

Masyarakat di Barat mengambil wain merah untuk mendapatkan sumber resveratrol, namun kajian terbaru menunjukkan kesan alkohol pada wain boleh memberi kesan kepada golongan tertentu.

Jadi sebagai alternatif yang selamat dan halal, untuk resveratrol ini, Shaklee telah mengeluarkan produk yang sangat bagus, VIVIX yang mana:-

  • Satu sudu teh Vivix mengandungi resveratrol yang bersamaan dengan 100 gelas wain merah (jangan minum wain, haram!)
  • 2500 kajian yang diterbitkan terhadap bahan-bahan yang digunakan dalam Vivix
  • Vivix adalah 10 kali lebih power dari resveratrol semata-mata





Monday 9 January 2017

Filem yang memberikan inspirasi terbaik dalam hidup

Hari ini tiba-tiba rindu pulak nak masuk panggung wayang. Rasanya kali terakhir tengok wayang bersama suami akhir tahun lepas, cerita ala-ala Harry Potter gitu. Lupa la pulak tajuknya. 

Kalau dulu memang saya suka sangat filem aksi dan adventure. Fast and Furius dan Transformer memang saya tengok kat panggung wayang sebab lebih seronok. Dulu la, masa bujang dan tak ada anak. Suami pun layan je, sebab dia pun suka tengok wayang jugak kalau filem aksi ni.



Tapi, yang paling memberikan kesan berbekas dihati saya adalah filem Sanctum arahan Aliester Grierson. Jangan kata saya memilih, cerita melayu pun saya tengok wayang juga macam filem Adnan Sempit dan filem-filem arahan Syamsul Yusof yang ditayangkan sebelum ada anak memang saya tengok di panggung wayang.

Sanctum merupakan filem 3D pertama yang saya tonton. Ia mengisahkan tentang sekumpulan ekspidisi peneroka gua yang cuba mencari laluan untuk keluar daripada gua itu melalui terowong dasar laut. Filem ini dah lama ditayangkan, rasanya pada awal tahun 2011 lagi. Terdapat beberapa adegan yang memberikan inspirasi untuk kita motivasikan diri sendiri.



Diawal cerita, Josh (pelajar yang sedang cuti semester dipaksa oleh ayahnya, ketua ekspidisi untuk turut serta di dalam ekspidisi tersebut), Victoria (teman wanita pelabur yang menaja kos ekspidisi) dan Carl Hurley (pelabur @ penaja ekspidisi) baru je tiba di 'base camp' di atas gua yang berlokasi di Esa'ala Cave di Papua New Guinea. Gua yang belum diteroka oleh sesiapa pun laluan keluar di dasar laut.



Josh dan Victoria turun ke dasar gua dengan cara biasa orang 'rock climbing' tu, yang kena pasang macam-macam alat dan tali kat badan. Tapi, Carl punyai cara yang lebih mudah dan lebih menyeronokkan. 

Carl turun ke dasar gua menggunakan payung terjun. Awesome!!! Dan Carl terlebih dahulu sampai ke bawah sedangkan Josh dan Victoria yang mula mendaki turun ke dasar gua.

Dari sudut ini kita dapat lihat bahawa Carl, seorang pelabur yang sentiasa menjadi peluang dan ruang untuk mencari kelainan di saat orang lain menjalankan rutin biasa. 

Mungkin, jika ekspidisi mereka berjaya, mereka boleh pelbagaikan tawaran pakej pelancongan yang menarik kepada pelancong yang sukakan sukan ekstrem. Dia boleh pelbagaikan pilihan dalam perniagaannya.



Sama juga seperti kita, kita perlu berfikir diluar kotak untuk mendapatkan hasil yang lebih baik lagi. Tidak salah rasanya mencuba pelbagai kaedah yang boleh membantu memudahkan kerja kita. Kita juga boleh pelbagaikan kemahiran yang kita ada.

Ok, bila mereka sampai di bawah, ayah Josh iaitu Frank seorang 'master diver' sedang bersiap sedia bersama 'team'nya untuk menyelam lagi bagi meneroka terowong dasar laut yang mereka belum pernah mereka terokai. 



Sudah beberapa minggu mereka di dalam gua itu, ahli kumpulannya mula lemah dan beransur tidak sihat. Apabila Frank menyelam bersama Judes, tanpa disangka hos tangki oksigen Judes telah bocor dan dia memaksa Frank untuk berkongsi oksigen dengannya. Pada mulanya Frank bersetuju, tetapi setelah beberapa kali berkongsi oksigen, Judes mula panik dan inginkan oksigen hanya untuk dirinya. 

Frank yang pada masa itu 'realize' Judes menyelam dalam keadaan tidak sihat. Memaksa dirinya merebut kembali topeng oksigen daripada Judes dan mengakibat Judes mati lemas. Josh yang menyaksikan adegan itu melalui skrin monitor merasakan amat marah kepada ayahnya kerana telah membunuh Judes.



Tanpa mereka sedar, taufan telah melanda di luar bahagian gua, pihak 'base camp' cuba hubungi kumpulan di dasar gua untuk memaklumkan hal itu namun gagal. Apabila air hujan mencurah dan mereka rasakan sedikit gegaran, barulah mereka cuba hubungi base camp dan base camp maklumkan tentang taufan berkenaan. Banyak cabaran yang terpaksa mereka hadapi untuk panjat naik semula ke atas dan gagal.

Ramai yang terkorban disebabkan air hujan yang masuk ke dalam gua deras macam air terjun. Salah seorang pekerja suruhan mereka telah cedera parah. Frank merasa sangat kasihan melihat rakannya itu dan mengambil keputusan untuk melemaskan dia di dalam air. Josh menyaksikannya dan merasa bertambah marah dengan tindakan ayahnya itu kerana membunuh tanpa mengetahui sebab sebenar perbuatan ayahnya.

Dengan peralatan yang tidak mencukupi bekala oksigen yang kurang, mereka terpaksa mencari laluan dasar laut untuk keluar dari gua tersebut sebelum ia dipenuhi air lumpur.



Dalam ekspidisi mencari jalan keluar, hanya Josh yang berjaya keluar setelah hampir lemas. Dia juga terpaksa berdepan dengan detik paling sukar di dalam hidupnya apabila terpaksa melemaskan ayah sendiri bagi menghentikan penderitaan ayahnya yang cedera parah setelah bergaduh dengan Carl yang kemudiannya telah mati semasa curi-curi  mencari jalan keluar sendirian ketika mereka sedang berehat.

Lampu kecil yang sentiasa tergantung di leher Josh menjadi penerang bagi dia ketika mencari jalan keluar di dasar laut. Lampu kecil itu adalah pemberian seseorang kepadanya. Terlalu banyak pengajaran di dalam filem ini, antaranya:

1. Kekuatan mental sangat penting selain kekuatan fizikal. Sebab apa??? Kekuatan mental yang menggerakkan kekuatan fizikal kita. Hati kena kuat, cekal dan tabah dalam menghadapi apa saja ujian dan dugaan dalam perniagaan dan juga hidup kita.



2. Selalu berfikir di luar kotak dan cabar diri untuk keluar daripada zon selesa untuk capai impian @ target kita. Jika kita selalu saja buat apa yang orang lain buat dan kita takut untuk keluar daripada zon selesa yang kita rasai sekarang, kita takkan dapat rasa berada di dalam zon yang lebih selesa di hari akan datang.



3. Sentiasa bersiap sedia dan mempunyai ilmu yang secukupnya sebelum melakukan sesuatu yang ekstrem yang mungkin akan merisikokan diri kita dan juga perniagaan kita. Ilmu ni, semakin kita cari dia semakin banyak dan semakin kita gali ilmu semakin banyak ilmu yang kita dapat. Nak buat apa pun kena ada ilmu, bukan setakat ilmu belajar kat sekolah aje ye.



4. Jangan tamak dan jangan sesekali pentingkan diri sendiri. Orang kata kalau berniaga ni mesti kena pentingkan diri baru untung. Kenyataan ini tidak salah dan juga tidak betul, kenapa?? Sebab kita perlu pentingkan diri untuk mengaut keuntungan dengan tidak merugikan diri kita sendiri. 

Contohnya ada customer minta COD herbal blend ke Pasir Puteh sedangkan kita tinggal di Rantau Panjang, kos minyak kereta untuk ulang alik COD pun dah RM20 kot. Tapi customer tak nak bayar kos minyak kereta, jadi, tidak salah kalau kita menolak supaya kita tidak mengalami kerugian. Jadi, kita juga jangan tamak sebab nak dapat untung yang sedikit tapi kita mengalami kerugian tanpa sedar yang banyak.



5. Sentiasa bersangka baik, berfikiran positif dan tawakal kepada Sang Pencipta. Walaupun kita hampir kecundang, bisnes semakin merudum, buntu untuk cari jalan keluar sentiasa ingalah bahawa Allah ada untuk membantu kita. Kembali sujud dan mintalah pertolongan kepadaNYA, insya Allah kita akan jumpa penyelesaian disetiap kebuntuan kita.



Sanctum Film <--- klik sini untuk tonton filem Sanctum di Youtube