Friday 20 March 2015

Risiko Melancong Semasa Hamil dan Cara Mengatasinya

Ibu hamil cenderung mengalami emosi yang tidak stabil. Kadang-kadang rasa gembira yang tiada bersebab, kadang kala rasa kemarahan yang meluap-luap, kemurungan, semua perasaan ini bercampur aduk tanpa sebab yang munasabah. 

Oleh yang demikian, ada eloknya juga sang suami yang prihatin membawa si isteri pergi bercuti. Tidak kisah lah ke mana destinasi percutian itu, asalkan dapat mententeramkan hati dan minda pujaan hati yang sedang mengandung. Kebiasaannya, ibu atau bakal ibu lebih selesa memilih kawasan yang berpantai dan juga kawasan sejuk yang mempunyai banyak tumbuhan hijau. Ini mungkin kerana, apabila sejuk mata memandang, sejuk hati yang terasa maka lapang lah perasaan dan minda kita.



wanita ini telah melakukan beberapa perkara yang ohsem semasa mengandung...jom saksikan!!!

Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.


Risiko melancong semasa hamil ini boleh terjadi pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Antara risiko-risiko yang lazimnya dihadapi oleh ibu hamil semasa melancong adalah:

1. Tidak dibenarkan menaiki kapal terbang.
Bakal-bakal ibu perlu mengetahui terlebih dahulu syarat-syarat penerbangan yanh telah ditetapkan oleh sesebuah syarikat penerbangan.
antara syarat-syarat penerbangan yang telah ditetapkan oleh Air Asia adalah seperti berikut:

1-27 minggu kehamilan, penumpang dibenarkan menaiki pesawat tanpa surat akuan daripada doktor. tetapi, penumpang mesti menandatangani penyata liabiliti terhad.

28-34 minggu kehamilan, penumpang hendaklah mengemukakan surat akuan doktor yang mengesahkan bilangan minggu kehamilan dan bertarikh tidak melebihi 30 hari daripada hari sama ada penerbangan keluar atau masuk ke dalam negara.  Disarankan agar terdapat pernyataan daripada doktor bahawa penumpang dalam keadaan sihat untuk melakukan perjalanan. penumpang juga mesti menandatangani penyata liabiliti terhad.

35 minggu dan melebihinya, penumpang tidak dibenarkan menaiki kapal terbang.
perkara penting yang patut di bawa bersama adalah buku rekod kesihatan penumpang, surat akuan doktor dan ubat/vitamin yang diperlukan semasa melancong.




2. Risiko kaki bengkak.
Masalah utama ibu hamil adalah kaki akan bengkak sekiranya berdiri terlalu lama ataupun berjalan jauh.  secara saintifiknya dipanggil Deep Vein Thrombosis (DVT), yang mana darah mula membeku di bahagian kaki.  sekiranya ia terjadi, rawatan segera diperlukan oleh ibu hamil bagi mengelakkan kesulitan di masa akan datang.
selain itu, duduk terlalu lama juga akan menyebabkan kaki bengkak. biasanya berlaku semasa perjalanan jauh menaiki kereta ataupun bas dan juga kapal terbang. ini kerana, apabila perut kita semakin membesar, ia memberi tekanan kepada pengaliran darah daripada bahagian atas ke bawah.



3. Kesalahan memakai tali pinggang keledar
Walaupun sedang hamil, bakal ibu perlu mematuhi peraturan memakai tali pinggang keledar.  gambar di bawah menunjukkan cara yang betul memakai tali pinggang keledar.



4. Risiko divaksin semasa melancong
Kebanyakan pakar akan menasihatkan supaya ibu hamil dielakkan daripada divaksin. hal ini kerana, ubat yang digunakan untuk vaksin belum terbukti selamat untuk kandungan.


Pengambilan supplement yang betul dan secara konsisten dapat membantu ibu hamil untuk kekal cergas disamping dapat menjaga kandungan dengan lebih baik.

Apakah Kebaikan Set Mengandung Shaklee buat Ibu Hamil?

Setiap Ibu Mengandung pasti mahukan bayi dalam kandungannya mendapat khasiat yang terbaik untuk pembesaran yang sempurna dan pertumbuhan otak yang cemerlang. Set Mengandung Shaklee memenuhi kesemua keperluan Ibu Hamil dengan rangkaian set kehamilannya.

1) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)

Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral.
Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi. Juga dapat meningkatkan paras HB dalam darah.

2) Sustained Release Vita-C

Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik.
Membantu Penyerapan iron.


3) B-Complex

Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik.

4) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)

Antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu.

- Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.
- Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.
- ESP memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. 
- Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.

Set kehamilan dan semasa pantang 2in1


5) Ostematrix (Calcium & Magnesium)

Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium.
Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh.
Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.
Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.

6) OmegaGuard (EPA & DHA)

DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak.
DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.

Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.

Pakar mencadangkan supplement Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.

Pengambilan nutrisi yang lengkap dan berkhasiat sepanjang kehamilan adalah kunci utama kepada :

1- Perkembangan otak dan minda bayi yang sempurna
2- Perkembangan bayi yang sihat
3- Pencegahan baby dari mendapat jaundice.




013-918 9500
SID:1133646





No comments:

Post a Comment